1.0  Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

 

1.1  Konsep Asas Falsafah Pendidikan

 

Apakah falsafah ?

 

-             Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan sophia (bijaksana).

-             Dengan maksud cintakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan

-             Pendekatan yang menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia.

-             Melibatkan kajian untuk mencari apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan

-             Merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi dan menjustifikasikan penyelesaian serta membincangkan keseluruhan proses

 

Dalam falsafah kita  sering bertanya soalan-soalan asas seperti :

 

Siapakah saya ? Dari mana saya datang ? Mengapa saya berada disini ? Kemana saya akan pergi ? Bagaimanakah caranya untuk saya lalui kehidupan ini ?

 

Rumusan, falsafah adalah satu kajian mengenai alam semulajadi dan maksud dunia sejagat serta kehidupan manusia. Ia adalah satu set kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang membimbing tingkah laku.

 

1.1.1 Apakah pendidikan ?

 

Satu proses pengajaran, latihan dan pembelajaran terutama di sekolah dan kolej, untuk memperbaiki pengetahuan dan membina kemahiran.

Diajar secara formal dalam institusi tetapi secara tidak langsung melalui pengalaman sendiri.

 

1.1.2 Apakah falsafah pendidikan ?

 

Satu kajian mengenai makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan atau pembelajaran.

Merupakan kajian mengenai kajian semula jadi minda yang serba tahu, semula jadi manusia , soalan mengenai kuasa dan pertalian di antara pendidikan dan masyarakat. Berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia.

 

 

Falsafah Asas | Falsafah Barat | Falsafah Islam | Falsafah Pendidikan Malaysia | Rumusan | Kembali

Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
                        
 

Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada 14 Apr 2011  oleh Pengendali@2006