1.2              Falsafah Pendidikan Barat

 

Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum. Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu. Manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat , sebaliknya, falsafah moden menyuarakan bahawa individu boleh menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat.

 

1.2.1                                Falsafah Pendidikan Tradisonal Barat

 

Terdapat banyak mazhab mengenai falsafah pendidikan tradisional barat tetapi kita hanya akan melihat dua sahaja iaitu perennialisma dan essentialisma.

 

1.2.2                               Perennialisma

 

Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had masa. Ciri  yang mendefinisikan manusia adalah rasionaliti, oleh yang demikian, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan

 

Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa.

 

Fokus perennialisme adalah perkembangan diri :

-             ini adalah kerana orang adalah manusia, oleh itu orang perlu diajar mengenai kemanusiaan dahulu dan bukannya mesin atau teknik

-             orang juga adalah pertamanya orang dan keduanya pekerja. Oleh itu, topik-topik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-topik vokasional;

-             topik-topik penting adalah topik yang membincangkan perkembangan seseorang, oleh itu, prinsip perlu diajar bukannya fakta. Fakta sentiasa berubah , sebagai contoh , “A particular strategy with modern perennialists is to teach scientific reasoning, not facts. They may illustrate the reasoning with original accounts of famous experiments. This gives the students a human side to the science, and shows the reasoning in action. Most importantly, it shows the uncertainty and false steps of real science.”

 

Guru dilihat sebagai seorang berkuasa dalam bidangnya. Pengetahuan dan kepakarannya tidak boleh dipersoalkan. Guru membantu murid berfikir secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik, sebagai pakar mata pelajaran, ia perlu mahir membimbing perbincangan. Nilai tradisional juga diajar secara eksplisit.

 

1.2.3                               Essentialisma

 

Essentialisme melihat kepada keperluan dan kepentingan dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik. Essentialism mengambil kira pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan. Ia merupakan teori yang mepertikaikan bahawa tujuan utama pendidikan adalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiap generasi baru.

 

Essentialism menggalakkan perkembangan intelek setiap individu dan mendidik seseorang agar cekap. Melibatkan pengajaran marta pelajaran asas yang tradisional yang berguna pada masa lampu dan yang akan berguna pada masa akan dating. Mata pelajaran yang penting adalah Membaca, Menulis dan Matematik (3M) serta Sastera, Bahasa Asing, Sejarah, Sains , Seni  dan Muzik. Juga memberi focus kepada pengajaran kemahiran penting, pnguasaan konsep dan prinsip. Program dibawah fahaman essentialis biasanya mengajar kanak-nakan secara beransur maju daripada yang mudah ke yang kompleks.

 

Essentialism berusaha mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik. Guru dianggap sebagai yang berkuasa dalam matapelajaran dan pengajarannya. Ia berkuasa didalam bilik darjah, menentukan kurikulum dan mengajar nilai-nilai tradisional. Oleh itu, seorang guru dianggap sebagai model yang bernilai untuk dicontohi.

 

Kurikulum essentialism adalah kurikulum umum, berpusatkan matapelajaran yang menitikberatkan bahasa, sastera dan matematik, seni dan sains.

 

2,2 Falsafah Pendidikan Barat Moden

 

Falsafah pendidikan barat moden mempunyai banyak mazhab yang berbeza dengan ciri-ciri dan pandangan yang sendiri, namun ianya mempunyai pertalian kerana mereka berkembang daripada mazhab-mazhab lain. Mazhab-mazhab yang dimaksudkan adalah pragmatism, progressivism dan rekonstruktivism.

 

2.2.1 Progressivism

 

Progressivism berkembang daripada mazhab pragmatism (berfikir mengenai penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah). Percaya bahawa kebenaran  adalah relative dan tentative. Pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan. Oleh kerana pengetahuan menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak perlulah diajar bagaimana cara berfikir dan bukannya apa yang perlu difikirkan. Dengan itu, pendidikan haruslah menyediakan murid yang boleh menyesuaikan dirinya dengan perubahan situasi.

 

Progressivism juga beranggapan bahawa manusia secara semula jadinya adalah baik. Ia berpegang kepada pandangan bahawa kanak-kanak akan memilih apa yang terbaik untuk mereka.

 

Pandangan Progressivism

 

a)     Peranan Kurikulum

 

 - Berdasarkan minat murid, isi kandungan yang interdisipilin,

 - Melibatkan aplikasi masalah manusia ,

 - Mengalakkan pelbagai alternative yang berkait seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah dan

   kaedah projek,

-  Menekankan pengalaman langsung, tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan,

-     Mengunakan pendekatan induktif untuk pengajaran

 

b)    Peranan Guru

 

Sebagai pembimbing kepada penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik

-             murid digalakkan membina penerangan serta kefahaman sendiri tentang sesuatu fenomena, bagi membolehkan murid mengguna pembinaan pengetahuan baru untuk bidang pembelajaran lain

-             fokusnya ialah murid sebagai pelajar dan bukan sebagai isi kandungan

 

c)     Peranan Sekolah

 

Mengalakkan kolaborasi iaitu aktiviti pembelajaran kumpulan secara kolaboratif dan bagi mengurangkan penekanan kepada pembelajaran persaingan individu

 

Pereka cipta dan pelaksana prosedur yan demokratik iaitu bebas berbincang, merancang akitiviti pengajaran dan pembelajaran bersama, menggalakkan penyertaan menyeluruh dalam aktiviti pendidikan, penyertaan masyarakat dan reformasi sosial

 

Perubahan yang berlaku dalam pendidikan merupakan perubahan daripada pengajaran pemusatan guru kepada berpusatkan murid dan daripada isi kandungan kepada proses pembelajaran untuk memperkembangkan pemikiran dan individu yang boleh menyesuaikan diri

 

2.1.2 Rekonstruksionism

 

Adalah hasil pertumbuhan daripada progressivism yang berhasrat untuk memperbaiki dan membangunkan semula masyarakat. Menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru dan penghapusan penyakit masyarakat sebagai tujuan utama pendidikan.

 

Melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk memajukan kehidupan manusia melalui pendidikan dan reformasi sosial. Rekonstruksionism memilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk masyarakat baru.

 

Fungsi utama sekolah termasuklah :

 

-             untuk mengenal pasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan krisis budaya

-             untuk memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah tersebut

 

Fungsi Kurikulum termasuklah :

 

-             menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial

-             berfokuskan trend masa kini dan masa depan , merangkumi isu-isu kebangsaan dan antarabangsa

-             mengalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang boleh  mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat

-             mengalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengenai masyarakat masa kini dan juga masa hadapan

 

Guru tidak seharusnya takut untuk memberi komitmen dalam membina masyarakat baru. Mereka harus berperanan sebagai ejen perubahan dan reformasi. Mereka juga membantu murid supaya sedar tentang masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat.

 

 

Falsafah Asas | Falsafah Barat | Falsafah Islam | Falsafah Pendidikan Malaysia | Rumusan | Kembali

Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
                        
 

Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada 14 Apr 2011  oleh Pengendali@2006