3.0    Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru 

 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dirangka  berdasarkan ideologi dan falsafah yang terkandung dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara serta ideologi budaya masyarakat Malaysia yang diumumkan pada tahun 1988 berbunyi :

 

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

 

3.1        Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

 

Elemen dalam FPK

Analisa

Usaha yang berterusan

Perlu menyesuaikan dengan pelbgai perubahan seperti K-Ekonomi dan ICT

Perubahan kepada pengurusan pengetahuan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini

Pendidikan seumur hidup

Mengembangkan potensi individu

Setiap individu dianugerahkan kebolehan dan potensi semulajadi dari Allah yang mungkin tidak disedari

Potensi dan kebolehan ini perlu sentiasa diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti

Menyeluruh dan bersepadu

Potensi dan kebolehan domian perlu dipupuk secara bersepadu dan menyuluruh dari segi intelektual, rohani (agama), emosi, fizikal

Seimbang dan harmoni

Menghargai pengetahuan, perwatakan yang baik, ketahanan dan cabaran

Rasional, sihat, bekerjasama , sentiasa cuba menyelesaikan masalah

Kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan

Saling berhubung dengan dengan diri sendiri, persekitaran dan Tuhan

Mengakui Tuhan sebagai pencipta

Warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan berketerampilan

Budaya ilmu

Menyebar maklumat

Cekap dalam memahami prosedur dan pengetahuan kemahiran

Mempunyai tahap moral yang tinggi

Sopan dan berdisiplin

Boleh membezakan baik buruk, nilai mulia

Menghargai kemanusiaa, kewarganegaraan dan aspek kerohanian

Mampu mencapai kesejahteraan diri ditahap tinggi

Daya tahan yang kuat untuk menghadapi percanggahan, stabil dan tenang

Badan yang sihat

Boleh mewujudkan pertalian yang baik dengan orang lain

Boleh menyumbangkan kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam keluarga, masyarakat dan negara

Melalui kerjasama, timbangrasa dan hormat

Kesefahaman dalam keluarga

Semangat kenegaraan dan cintakan tanah air

Menghargai dan mengamalkan rukunegara

Patuh dan memelihara perlembagaan

Membangunkan ekonomi melalui pelbagai cara

  

3.2                        Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

 

Telah digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh Negara. Pernyataan Falsafah Pendidikan Guru ada;ah seperti berikut :

 

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan positif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

 

3.2.1  Analisis Falsafah Pendidikan Guru

 

Elemen Falsafah Pendidikan Guru

Analisa

Perwatakan yang mulia

Sopan dan berdisiplin

Boleh membezakan baik dan buruk, nilai mulia

Menghargai kemanusiaan.kewarganegaraan dan aspek rohani

Berkembang maju dan berpandangan saintifik

Perlulah berpengetahuan serta berkemahiran

Mempunyai kemahiran professional dalam mengunakan dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan peningkatan P & P

Berkomited menegakkan aspirasi Negara

Cekap, jujur dan boleh dipercayai, patuh kepada undang-undang Negara

Sentiasa memperbaiki diri, keluarga, masyarakat, agama , bangsa dan Negara

Mengekal warisan budaya kebangsaan

Menegakkan amalan dan mempromosikan budaya dan cara hidup Malaysia

Mengamalkan nilai murni, penyayang dan berempati, inovatif dan kreatif

Patuh kepada profesion perguruan

Pembangunan individu dan pengekalan masyarakat yang bersatu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Guru sebagai ejen perubahan

Menegakkan dan mempromosikan rasa hormat antara budaya dan kehidupan yang harmoni

Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran seumur hidup

 

3.2.2     Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

 

Matlamat utama dalam falsafah pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang professional, tinggi daya tahan, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai kemahiran yang diperlukan dan berpengetahuan dalam teknologi.  Guru-guru mampu hidup dan menegakkan warisan Negara seperti demokrasi, intergrasi dan antara budaya yang harmoni. Mereka akan menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Pendidikan guru meliputi aspek seperti membina kemahiran dalam mata pelajaran utama, pedagogi serta pengurusan pembelajaran.

 

3.2.3 Implikasi FPK dan FPG kepada peranan Guru

 

Falsafah ini mengalakkan kita sebagai guru memahami sistem pendidikan selain dari membimbing kita melaksanakan fungsi pendidikan. Boleh diperolehi dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan

 

Boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi FPK dan visi 2020 dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT supaya boleh mengikuti perubahan sistem penyampaian.

 

 Perlulah bertanggungjawab sepenuhnya dan bersifat akauntabiliti dan sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengamalkan apa yang telah dipelajari bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara dan bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif.

 

Sebagai seorang yang saintifik dan progresif, perlu sentiasa mengikuti perkembangan dan trend pendidikan terkini serta dapat membina dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan guru.

 

 

Falsafah Asas | Falsafah Barat | Falsafah Islam | Falsafah Pendidikan Malaysia | Rumusan | Kembali

Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
                        
 

Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada 14 Apr 2011  oleh Pengendali@2006