4.0 Rumusan

 

Falsafah adalah satu pendekatan yang menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia ini dan merupakan satu kajian mencari kebenaran dan nilai dalam hidup.

 

Falsafah pendidikan adalah satu kajian mengenai pendidikan dari segi  maksud, tujuan dan kaedah, merupakan satu inkuiri terhadap minda semula jadi, semula jadi manusia, dan bagaimana pendidikan dan masyarakat saling berhubung antara satu sama lain.

 

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

Latihan dan kualiti guru adalah berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Guru

 

Falsafah Pendidikan Negara adalah berasaskan falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam

 

Perennialism berfokus kepada perkembangan diri dengan tujuan utama adalah pendidikan ialah untuk mengajar nilai dan ilmu sejagat serta memupuk nilai rasional dan intelek

 

Essentialism melihat pendidikan sebagai persediaan  untuk kerjaya dan kewarganegaraan. Sekolah memainkan peranan penting  dalam membantu perkembangan intelek sesorang individu. Guru mempunyai kuasa terhadap pengajaran dan kurikulum

 

Progressivism menyarankan bahawa kebenaran itu adalah relatif dan tentatif.  Ilmu membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan. Pendidikan haruslah menyediakan murid supaya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan situasi melalui usaha koloboratif.

 

Rekonstruktionism menyarakan pembaikan dan pembangunan semula masyarakat. Sekolah dianggap tempat untuk mengenal pasti penyakit masyarakat dan mencari jalan untuk mengurang dan mnyelesaikan masalah.

 

Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan pengajaran Islam, diperolehi daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.aw. Pendidikan dilihat sebagai usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu , kemahiran dan amalan berasaskan al-Quran dan Sunnah. Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu yang lengkap supaya ia tahu siapa dirinya , peranan dan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan dan menjadi Khalifah yang baik.

 

Objektif utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk menghasilkan perhubungan melalui nilai-nilai murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, peribadi yang baik, bertanggungjawab, setia kepada negara serta mampu  memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta menggalakkan perpaduan antara manusia yang berbilang bangsa.

 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dijadikan rujukan kepada pendidik memahami sistem pendidikan kebangsaan, penyuluh kepada murid, menyumbangkan bimbingan dan halatuju kepada semua usaha pendidikan, samada dalam  atau luar institusi pembelajaran. Ia menyediakan polisi dan pertimbangan asas untuk merancang kurikulum sekolah,mereka cipta bahan pembelajaran dan menentukan strategi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

 

Falsafah Pendidikan Guru dicipta sebagai panduan untuk membina program pendidikan guru.

 

Program pendidikan guru menekankan kepada perkembangan potensi guru dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ia harus melahirkan guru permulaaan yang bermoral tinggi, seimbang, bersepadu secara harmoni dari segi sikap, amalan dan kecekapan.

 

Falsafah Asas | Falsafah Barat | Falsafah Islam | Falsafah Pendidikan Malaysia | Rumusan | Kembali

Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
                        
 

Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada 14 Apr 2011  oleh Pengendali@2006