KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 

 

 

3.1  Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak      

·         Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak

          Berasaskan aktiviti

          Pengalaman bersepadu

          Pengalaman deria

          Mengikut situasi

          Meneroka dan menjelajah

          Belajar sambil bermain

          Bimbingan guru

          Bertujuan

          Unsur motivasi dan mencabar

          Fleksibel

 

·         Prinsip-prinsip  pembelajaran kanak-kanak

          Berasaskan minat murid

          Berasaskan bahan dan aktiviti

          Relevan dengan kanak-kanak

          Belajar melalui deria

          Belajar melalui pengalaman

          Belajar melalui bermain

          Mengambil kira perbezaan individu

 

 

3.2  Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan  Prasekolah

 

3.2.1 Belajar melalui bermain

 

          Konsep belajar melalui bermain

 

Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat menggembirakan dan bermakna.

          Kepentingan belajar melalui bermain

 

-  Bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi.

-       Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa tanpa kongkongan daripada guru.

-       Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

   

          Tujuan belajar melalui bermain

-       memberi peluang untuk meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran.

-       meningkatkan tumpuan dan perhatian.

-       memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan.

-       memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif.

-       membantu menyelesaikan masalah.

-       membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa.

-       membina kemahiran fizikal serta peningkatan kemahiran motor halus dan motor kasar.

-       membina kemahiran bahasa dan berkomunikasi.

-       membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.

-       membina kemahiran kendiri yang positif.

-       memupuk sikap bertanggungjawab.

 

          Jenis-jenis main

 

-       Main sosial (Social Play)

-       Main kognitif (Cognitive Play)

-       Main Bebas (informal Play)

-       Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)

-       Permainan Luar (Outdoor Play)

 

 

Main sosial

 

-                      Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan.

 

Jenis-jenis main sosial:

 

  • Main “occupied”

-          murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun.

 

  • Main ‘solitary’

-          kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan rakan dan keadaan sekelilingnya.

 

  • Main ‘onlooker’

-          kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat dengan permainan orang lain.

 

  • Main ‘parallel’

-          kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya.

 

  • Main ‘associative’

-                      kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam   

            alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.

 

  • Main ‘cooperative’

-          kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.

 

 

Main Kognitif

 

Dalam main kognitif murid menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.

 

Jenis-jenis main kognitif:

 

-          main simbolik

-          main ‘games and rules’

-          main konstruktif (Constructive Paly)

 

·         Main simbolik

-          memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama , ibu atau sekuntum bunga.

 

·         Main ‘games and rules’

-          murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkat laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut.

 

·         Main konstruktif  (Constructive Play)

-             murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia meraka.

-             Murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing.

 

Main Bebas

 

-          Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran. Semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan rakan sebaya dan orang dewasa.

 

Main Sosiodrama/ Main Peranan

 

-          Main drama  memberi peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak.

 

Contoh main sosiodrama yang boleh dijalankan:

-          Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik.

-          Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi kepada kanak-kanak-kanak tersebut.

 

 

 

Permainan Luar

 

-          Di antara alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang-jongket, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan.

-          Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati.

-          Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus, motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti.

                                         

3.2.2 Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang murid.

 

Tujuan dan kepentingan

 

-          Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan komponen dan hasil pembelajaran.

-          Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru mencetus idea yang lebih menarik.

-          Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih.

-          Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir.

-          Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan kanak-kanak mengikuti dengan mudah.

 

Faktor-faktor pemilihan tema ialah

 

-          Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen.

-          Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang akan diperolehi dan kehidupan murid.

-          Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid.

-          Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.

-          Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on experience) melalui aktiviti pembelajaran.

-          Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

-          Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan memberi pengetahuan baru kepada murid.

-          Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang dekat kepada yang jauh, dari yang mudah kepada yang sukar dan mencabar, dan daripada yang umum kepada yang spesifik.

 

 Pelaksanaan

 

-          Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik.

-          Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna.

-          Mencipta peta minda ‘web’ tema.

-          Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir.

-          Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan.

-          Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaitan dengan tema.

-          Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.

 

 

3.2.3 Pendekatan Bersepadu

 

Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah.

    
     
Apa yang disepadukan?

-          Kesepaduan antara tunjang

-          Kesepaduan antara teori dan amali

-          Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni.

-          Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik

-          Kesepaduan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.

-          Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid.

-          Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas.

 

 

     Tujuan pendekatan bersepadu :

-          Mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh.

-          Mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaannya dan menimbulkan kepuasan belajar.

-          Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna.

-          Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.

-          Mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

-          Mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin.

 

3.2.4 Pendekatan projek

 

·         Konsep Pendekatan Projek

 

Satu kaedah pengajaran pembelajaran yang bertujuan menggalakkan murid-murid mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Biasanya melalui kaedah ini, murid-murid akan di bimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep tertentu. Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran

 

·         Kepentingan pendekatan  projek

 

-            Murid berpeluang memilih projek tanpa paksaan

-            Melatih murid berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan minat

-            Memupuk kerjasama dikalangan murid

-            Melatih murid menilai hasil kerja mereka

-            Hasil projek boleh dijadikan BBM

 

 

 

·         Perancangan dan pelaksanaan pendekatan  projek

 

 

  

3.2.5 PENDEKATAN-PENDEKATAN LAIN

 

·            Pembelajaran berpusatkan murid

 

Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembinbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru perlu  menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi pengalaman baru.

 

Kebaikan aktiviti berpusatkan murid

-          Mendorong minat meneroka

-          Menggalakkan murid berdikari

-          Membina keyakinan diri

-          Membna pengetahuan menerusi cuba jaya

-          Memahami sendiri sesuatu konsep

-          Menyelesaikan masalah ingin tahu

-          Memberi peluang memilih bidang yang diminati

-          Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik

-          Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran

-          Mewujudkan suasana ceri dalam pembelajaran


·            Inkuiri penemuan

 

-    Pembelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang belaku dalam situasi penyelesaian masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan/ pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru (Pelajar memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan)

-    Pelajar berinteraksi dengan persekitaran mempuat peninjauan, memanipulasi objek,   
     menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuati ujikaji

 

             Ciri

-    Guru wujudkan suasana & bimbing

-    Pembelajaran yg melibatkan pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri

-    Mengalakkan pelajar berfikir secara mendalam

-    Pelajar menerima cabaran untuk mencari   pengetahuan secara sendiri

-    Penglibatan & interaksi pelajar yang tinggi

 

Kepentingan

-       Mengajar bagaimana berfikir &mencari maklumat bagi diri sendiri – Tidak bergantung   
pada guru utk dapat maklumat / terima kesimpulan org lain

-       Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi

-       Mengumpul, menyusun, menganalisa maklumat utk  sampai kpd satu keputusan

-       Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi

 

  

·         Pembelajaran masteri

-          merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.([Bloom, 1968]

-          berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinann sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.


           
Ciri-ciri

-          Hasil pembelajaran perlu ditentukan

-          Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran

-          Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan

-          Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK)

-          Bahan P&P yang berkesan

-          Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah keunit pembelajaran yang baru.

-          Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai arasmasteri

-          Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri

 

 

           

 

 

·         Pembelajaran kontekstual

 

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.  Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

 

  

-       Ciri:

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

 

       Faedah pembejalaran secara kontekstual

 

MURID

-            Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan

-            Dapat mengaitkan kandungan mata   pelajaran dengan pengalaman harian

-            Boleh memindahkan kemahiran

-            Boleh meneroka dan mendapatkan bukti

-            Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit

-            Dapat belajar secara kerjasama

 

    GURU

-            Dapat menjadikan pengajaran   sebagai satu pengalaman yang berjaya.

-            Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata  pelajaran dengan dunia pekerjaan.

-            Dapat menjadi penghubung antara  pihak akademik dan vokasional atau
              industri.

 

Kepelbagaian Kecerdasan

 

·         Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence)

 

Pengenalan:

 

-          Setiap kanak-kanak mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangannya.Selain daripada guru di sekolah, ibubapa hendaklah berperanan memberi peluang kepada anak-anak mereka membangunkan kepelbagaian kecerdasan.

 

-          Menurut Howard Gardner, setiap individu / kanak-kanak mempunyai kebolehan  membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah.

 

-    Faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak

-       keluarga

-       permakanan

-       persekitaran tempat tinggal

-       rakan sebaya

-       sekolah

-       media  massa

 

 

Jenis-jenis kepelbagaian kecerdasan

 

Menurut Howard Gardner, seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kepelbagaian kecerdasan seperti berikut:

 

-     Kecerdasan linguistik / bahasa

-    Kecerdasan Logik Matematik

-    Kecerdasan Ruang

-    Kecerdasan Muzik

-    Kecerdasan Kinestetik

-    Kecerdasan Interpersonal

-    Kecerdasan Intrapersonal

-    Kecerdasan Naturalistik

 

Kecerdasan linguistik / bahasa

 

Kebolehan seseorang menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada

dengan lisan atau penulisan. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis, memberi ucapan dan dapat membuat hubungkait di antara satu sama lain.

Kecerdasan Logik Matematik

 

Kebolehan seseorang kanak-kanak menggabungkan Matematik dan saintifik iaitu
termasuklah kebolehan mengira pelbagai olahan serta dapat menyelesaikan masalah Matematik.

 

Kecerdasan Ruang

 

Kebolehan seseorang mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan dalam bentuk grafik seperti mencorak, melukis serta mengukir.

 

 Kecerdasan Muzik

 

Kebolehan mengesan nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu  dan mengubah tempo dan irama yang mudah.Ia juga termasuk dalam kebolehan menghafal  sesuatu dengan berlagu seperti menyanyi, bernasyid dll.

 

 Kecerdasan Kinestetik

 

Kebolehan menggunakan gerakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal koordinasi, kepantasan dan keseimbangan.

 Kecerdasan Interpersonal

 

Kebolehan memahami perasaan diri sendiri seperti memahami kemahuan, matlamat dan citi-cita serta perasaannya sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, mempunyai kemahiran mengurus diri sendiri supaya dapat menghasilkan kecemerlangan dan motivasi diri dan dapat meningkatkan konsep kendiri yang positif serta dapat menguasai emosi dan kerohanian yang kuat untuk mengharungi alam kehidupan.

 

Kecerdasan Intrapersonal

 

Kebolehan memahami perasaan seseorang, berinteraksi dan memahami kemahuan, fikiran dan perlakuan orang lain. Kanak-kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan dengan orang lain dan dapat mengawal perasaan apabila mereka berkawan.

 

Kecerdasan Naturalistik

 

Kebolehan menggunakan apa yang terdapat pada alam sekeliling seperta mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

 

 

 

3.2.6        Pengelolaan Aktiviti

 

Pengelolaan aktiviti terbahagi kepada 3 iaitu;

 

·         Aktiviti kelas

·         Aktiviti kumpulan

·         Aktiviti individu

 

 

Aktiviti secara kelas:

 

 

·         Contoh Aktiviti Kelas:

-                 bercerita

-                 circle time

-                 nyanyian/ gerakan

-                 lawatan luar

-                 bersoal jawab

-                 eksperimen

Aktiviti kumpulan:

 

·         Pengelolaan aktiviti secara kumpulan

·         Kumpulan kecil ; bilangan ahli yang kecil 5-8 orang

·         Murid menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil

·         Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama

·         Aktiviti yang boleh dijalankan

-          Main doh ; Main pondok; Main bongkah

-           Main permainan tradisioanl

-           Cantuman puzzle

-           Berkebun

-           Penerokaan

-           Permainan bahasa/matematik

-           Kolaj/capan/renjisan/cetakan/melukis/

-           Pertandingan: menyusun   huruf/perkataan/gambar bersiri

 

 

Pengelolan aktiviti secara individu

 

·         Aktiviti individu

 

-             Melukis gambar

-             Menyusun gambar bersiri

-             Menggunting/menampal

-             Menguntai manik/bunga

-             Mengenakan butang baju

-             Membaca buku kecil/kad bacaan

-             Main doh/suai pasang

-             Membasuh tuala/ sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan

 

 

Dibina pada Nov 19, 2010 dan dimuatnaikkan pada 20 Nov 2010 oleh Pengendali@2006