PERANCANGAN RANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan  Pengajaran Tahunan

Merupakan satu kerangka perancangan pengajaran & pembelajaran lengkap dengan komponen, hasil pembelajaran & aktiviti serta bahan yang disusun mengikut kesesuaian masa yang dirancang dari minggu ke minggu.

Dilaksanakan dalam tempoh setahun

Objektif

Guru dapat merancang, merangka, menyedia dan menyelaras secara tersusun Rancangan PengajaranTahunan/Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk mencapai Hasil Pembelajaran

 

Prosedur menyediakan rancangan pengajaran  tahunan

·         Memilih dan menentukan tema

·         Membina web tema umum & web tema khusus

·         Menyediakan senarai semak hasil pembelajaran

·         Menulis Rancangan Pengajaran Tahunan/Mingguan

 

 

Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan

MINGGU

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Aktiviti

 

2

TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIA

(BM 1) Kemahiran Mendengar.

(BM 1 .1) Mendengar dengan penuh perhatian dengan bimbingan (Contoh: Selamat pagi, Selamat petang).

(BM 2)  Kemahiran Bertutur.

(BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra.

(BM 3) Kemahiran Membaca.

(BM 3.1) Mengenal bentuk huruf A - Z.

(BM 4)  Kemahiran Menulis.

(BM 4.1) Menguasai kemahiran pratulis

TUNJANG KEMANUSIAAN

(KM 1.0) Diri saya

(KM 1.1) Mengetahui tentang latar belakang sejarah diri sendiri

TUNJANG KOMUNIKASI

BAHASA  INGGERIS

(BI 1)Listening speaking

(BI 1.1) Listen to and discriminate sounds

(BI 2 Pre reading skills

(BI 2.1) Understand that printed materials contain meaning.

(BI 3 ) Reading Skills.

(BI 3.1) Identify alphabet.

(BI 4)  Writing Skills.

(BI 4.1) Pre-writing skills.

(BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila dengan bimbingan.

(BM2.1.1) Berbual dengan sebutan perkataan yang betul.

(BM 3.1.1) Menyebut huruf mengikut urutan

(BM 4.1.1) Memengang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis.

(KM 1.1.2) Menceritakan tentang diri sendiri (contoh: nama, umur, jantina, bangsa, hobi).

(BI 1.1.1) Listen to and identify common sounds around them.

(BI 2.1.1) Show awareness that print conveys meaning by doing Pretend Reading.

(BI 3.1.1) Recognize letters of the letters of the alphabet by their shapes.

(BI 4.1.1) Engage in activities requiring eye-hand coordination.

  1. Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah.
  2. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.
  3. Menyanyikan lagu ucapan selamat

Contoh: Selamat pagi cikgu,

Selamat pagi cikgu,

Selamat pagi,

Selamat pagi,

Selamat pagi cikgu.

(Melodi: Happy Birthday)

  1. Bercerita tentang diri sendiri.
  2. Murid-murid menyebut nama guru, pembantu dan diri sendiri secara individu.
  3. Bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar.
  4. Main peranan memberi ucapan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan.
  5. Berlakon mengikut emosi -gembira ,sedih,takut dan marah
  6. Permainan mimik muka
  1. Bercerita tentang diri sendiri.
  2. Murid-murid menyebut nama guru, pembantu dan diri sendiri secara individu.
  3. Bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar.
  4. Teacher introduces each of the students to the class.
  5. The children introduce themselves to the class, e.g : “My name is Ali.”
  6. Teacher reads a short story.
  7. Teacher ask questions and the children answer them.
  8. The children act out lines from the short story.
  9. Talk to children about the letters that represent the sounds they hear at the beginning of their names.
  10. Say children’s names and help them match letters with the first sound of their name – Farah – “F”.
  11. Encourage children to draw and paint and talk about       what they have done.

 

 

 
 

Rancangan Harian

•          Kriteria-kriteria yang perlu ada sewaktu menulis Rancangan Harian ialah ;

–        Rancangan Tahunan / Rancangan Mingguan

–        Tema

–        Hari, Tarikh, Masa

–        Komponen, Hasil Pembelajaran

–        Aktiviti, Bahan

–        Kesepaduan

–        Catatan

–        Penutup

–        Refleksi

•          Aktiviti dalam Rancangan Harian perlu berteraskan ABP (Amalan Bersesuaian Perkembangan) yang menjana

      perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor.

•          Perlaksanaan pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu perlu seimbang di dalam dan di luar kelas

•          Pembelajaran hendaklah berpusatkan murid dengan pendekatan yang bersesuaian.

•          Pemilihan sumber hendaklah berasaskan tema, persekitaran dan pengetahuan sedia ada serta minat murid.

 

Contoh Rancangan Slot Pengajaran

Kelas              :           Tadika  Mustika  

Tarikh             :           05 Januari 2010         

Masa               :           0800- 0830 pagi

Bil. murid       :           25 orang

Modul             :           Tema

Tajuk/Tema    :           Keluarga saya

Tunjang Utama :       

KM2.0        Saya dan Keluarga          

Standard Kandungan           :          

KM2.1              Mengetahui keluarga terdekat (datuk, nenek, ibu, bapa, adik beradik)

BM2.2              Meransang pertuturan melalui soal jawab

Standard Pembelajaran :

KM2.1.2           Menceritakan salasilah keluarga terdekat.

BM2.2.6           Menjawab soalan dengan jawapan yang bersesuaian

Kesepaduan Tunjang :

BM2.0              Kemahiran bertutur

Objektif  Pembelajaran        :          

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-

(i)         bercerita tentang salasilah keluarga sendiri.

Pengetahuan Sedia ada :

Murid telah didedahkan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak.

 Kemahiran Berfikir (KB)      :

Mengekategori umur dan jantina.

Penerapan Nilai        :

Kasih sayang, hormat menghormati

Alat Bantu Mengajar :

Carta Pokok Keluarga, Gambar Keluarga, Lagu Kasih Sayang

Fokus MI        :

Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan interperonal

Kosa Kata      :Ibu, bapa, datuk, nenek, adik, abang, kakak

 

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN/  ABM

 

Set Induksi

( 5   minit )

 

Kasih sayang

(Tulis senikata lagu)

1.Guru perdengarkan lagu “Kasih Sayang Keluarga”.

2.Guru dan murid menyanyi lagu “Kasih Sayang Keluarga” sambil berpegang tangan.

 

 

 

ABM:

 

CD / kaset Lagu: Kasih Sayang Keluarga

 

 

Langkah 1

( 5  minit )

 

 

 


Ahli keluarga: datuk, nenek, ibu, bapa dll

Soalan guru:

“Siapakah yang kamu paling sayang ?”.

“Siapakah yang paling tua dalam keluarga


1.Guru bertanya dan murid akan

memberitahu / menjawab soalan.

2. Guru mempamerkan gambar keluarga mengikut jawapan murid.

 

 

ABM:Gambar ahli keluarga

KB: menjana idea

 

PN: hormat

 

MI: linguistik

 

Langkah 2

( 10  minit )

 

 

 


Susunan gambar

mengikut:

Peringkat umur;

Jantina;

Pasangan

 


1.Murid diminta

menyusun gambar keluarga mengikut umur atau jantina di papan tulis.

2.Murid diminta menyusun gambar mengikut pasangan.

 

ABM:Gambar ahli keluarga

KB: mengkategori

PN: hormat

MI: linguistik

 

Langkah 3

( 7 minit )

 

Pokok Keluarga/

 

Salasilah keluarga

1.   Guru bahagikan murid dalam kumpulan secara berpasangan dan mengedar gambar pokok keluarga untuk dilengkapkan.

2.   Murid bercerita tentang pokok keluarga yang telah disiapkan.


ABM:Gambar pokok keluarga

KB: mengkategori

PN: linguistik

MI: linguistik

 

Penutup

( 3 minit)

 

Kasih sayang terhadap keluarga

Guru merumuskan pelajaran hari itu dan bersama-sama menyanyi lagu “Kasih Sayang Keluarga”.

 


ABM: CD/ Kaset Lagu

KB: refleksi

PN: penyayang

 

 

 

 Refleksi Guru:           

 

KESIMPULAN

·         Penulisan perancangan tahunan dan harian merupakan  asas dan panduan untuk guru mencapai hasil pembelajaran yang dirancang.

·         Agihan masa dan komponen akan lebih seimbang dalam P&P.

·         Cadangan yang diberi diharap dapat memberi idea kepada guru untuk merancang dan menyedia dengan format penulisan yang lebih sistematik

·         Guru dapat melaksanakan aktiviti P&P dengan lebih bermakna dan menarik minat murid serta akhirnya mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan.

 

Dibina pada Nov 19, 2010 dan dimuatnaikkan pada 20 Nov 2010 oleh Pengendali@2006