Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

 

 

HBSS2103: SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

 

SEMESTER SEPTEMBER 2010

 

 

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan  sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

 

2.    Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times New Roman” dan langkau baris 1.5.

 

3.    Tugasan ini menyumbang sebanyak 30%  kepada gred akhir kursus.

 

4.    Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

 

5.    Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.

 

6.    Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan selepas tarikh tidak akan diterima.

 

7.    Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

 

8.    Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.

 

Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN TUGASAN

 

Pelajar dikehendaki menghasilkan satu analisis tentang perkembangan sosio-ekonomi negara bermula dari era Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan dan era selepas merdeka hingga masa kini. Pelajar seharusnya berupaya menghasilkan sebuah penulisan ilmiah dengan mengetengahkan perbincangan yang jelas beserta fakta berpandukan soalan-soalan berikut.

 

·         Kedudukan geopolitik mempengaruhi sosio-ekonomi rakyat pada era Kesultanan Melayu Melaka. Jelaskan.

 

·        Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah memberikan impak kepada sosio-ekonomi penduduk pada masa itu.

      Buktikan.

             

·        Perkembangan sosio-ekonomi bertambah baik khususnya taraf hidup masyarakat pada era selepas merdeka hingga

      masa kini. Bincangkan.

Setiap fakta yang dikemukakan haruslah dinyatakan dengan jelas sumber rujukan yang berkaitan.

 

                                                                                                                     [ 30 markah]    

 

PANDUAN PELAJAR

 

1.Pelajar dinasihatkan terlebih dahulu merujuk kepada modul kursus khasnya bagi topik 1,2,3,6,8 dan 10

          2.Sebagai pelajar sejarah, sumber internet tidak harus dijadikan sandaran utama. Namun, sumber tersebut boleh digunakan

            sebagai sumber sampingan. Anda dinasihatkan menggunakan buku-buku  rujukan, bahan-bahan dan dokumen di muzium dan arkib,

            artikel,  dan sumber-sumber  yang  berwibawa.

 

3.         Bahan-bahan sumber yang dicadangkan adalah seperti;

 

           Abdul Rahman Haji Abdullah, 1985. Asia Tenggara Tradisional: Politik dan  Kebudayaan. Kuala Lumpur: Teks Publishing.

 

           Amarjit Kaur, 1984. “An Historical Study of Transport in Malaya”, Historia. KualaLumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

 

 

_         _________, 1991.”Semenanjung Tanah Melayu Abad ke-19: Satu Tinjauan Ekonomi”, Masyarakat Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur:

           

                                    DBP

 

           Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

 

           Azmi Khalid, 1997. “Ekonomi Melayu Kurun ke-19: Sara Diri atau Komersil?” dalam Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (ed.). Alam

          

                                      Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: DBP.

 

          Blythe, W.L., 1953. Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya. Malayan Branch Royal Asiatic Society.

 

  Gullick, J.M., 1987. Malay Society in the Late Nineteeth. Singapore: Oxford University Press.

 

  Haris Mohd Jadi, 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP

 

  Kratoska, Paul, H., 1997. The Japanese of Malaya: A Social and Economic History.Honolulu: University of Hawai’i Press.

 

  Mohd Amin Hassan, 1992. “Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu: Bijih Timah dan Getah”, Malaysia: Warisan dan

                                       Perkembangan. Kuala Lumpur: DBP

 

  Ruslan Zainuddin, 2003. Kursus Komprehensif Fajar Bakti, Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd.

 

  Sandhu K.S., 1969. Indians in Malaya. London: Cambridge University Press.

 

  Yap Beng Ling, 1989. “Stratifikasi Sosial dan Masyarakat Melayu”, Masyarakat Melayu: Struktur,  Organisasi dan Manifestasi. Kuala

                                Lumpur: DBP

 

   Zainal Abidin Abdul Wahid et al, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: DBP

 

4. Setelah membaca modul dengan teliti, anda dinasihatkan memulakan bacaan buku rujukan dengan memilih buku-buku yang umum

   terlebih dahulu. Sebagai contoh anda dinasihatkan membaca buku Malaysia Warisan dan Perkembangan oleh Zainal Abidin Abdul

    Wahid et al. dan Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia oleh Azmah Abdul Manaf.

 

5. Buat satu rangka jawapan yang bersandarkan kajian melalui bacaan sebelum mengadakan perbincangan dengan tutor.  Contoh : 

·        Pengenalan /pendahuluan

·        Sosio-ekonomi era Kesultanan Melayu Melaka

·        Sosio-ekonomi era penjajah

·        Sosio-ekonomi era selepas merdeka hingga masa kini

·        Penutup/kesimpulan

 

6.     Anda boleh menggunakan sistem nota kaki/nota hujung dalam penulisan dan pastikan senarai bibliografi ditulis menggunakan

        format APA yang betul.

 

 

 

PANDUAN TUTOR

 

 

1.      Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan yang bersifat ilmiah. Sebagai contoh perlu menggunakan sistem nota rujukan sama ada nota kaki atau nota hujungan. Pelajar juga wajib melampirkan senarai bibliografi. Perkara yanga paling asas, sistem nota rujukan yang digunakan dan senarai bibliografi yang dilampirkan perlu seragam.

 

2.          Mencadangkan Format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

 

3.          Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES.

 

4.          Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar seperti yang terkandung dalam panduan pelajar..

 

5.      Tutor perlu menasihati pelajar jangan mengambil jalan mudah dengan hanya merujuk kepada sumber internet. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik penulisan ilmiah dan menulis rujukan sama ada buku atau laman web atau jurnal dan bahan-bahan sumber lain dengan betul. Guna gaya APA. Tutor perlu menerangkan kepada pelajar bahawa dalam disiplin sejarah, sumber yang berwibawa adalah teras yang menentukan sesuatu penulisan itu baik atau tidak.

 

 

Disediakan pada Okt 8, 2010 dan dimuatnaikkan pada Okt 8, 2010 oleh Pengendali@2006