PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN DAN KEGURUAN
Make your own free website on Tripod.com

 

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN DAN KEGURUAN

 

1.    Konsep Pendidikan Dan Matlamat Pendidikan

 

 

Pendidikan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia

 

Pendidikan adalah aktiviti persekolahan yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu demi untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat pada masa depan.

 

Pendidikan menjadi satu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa.

 

1.1          Konsep Pendidikan Dari Perspektif Islam dan Barat

 

Pengertian pendidikan mengikut individu, zaman, tujuan dan tugasannya :

 

a) Ilmuan Barat

 

Bil

Individu

Zaman

Kefahaman Tentang Pendidikan

1

Plato

427-347 SM

Yunani

Membentuk akhlak mulia

Memberi latihan moral kewarganegaraan, setia dan patuh undang-undang

2

Aristotle

384-322 SM

Yunani

Bersifat etikal dan politikal

Mencapai kebahagiaan hidup

Mematuhi peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap

3

Jean Jacques Rousseau

1712-1778

Perancis

Proses berterusan dan bermula dari kecil

Kebolehan semulajadi lahir dari diri sendiri

4

John McDonald

 

Penulis A Philosophy of Education

 

Pendidikan primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang. Disampaikan melalui tunjuk ajar secara tidak langsung dari keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa

 

Pendidikan moden ialah latiha khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan

Disampaikan secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar

5

Froebel

1782-1852

Bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia

6

John Stuart Mill

1806-1873

Proses memberi bantuanuntuk setiap individu supaya hidup dengan penuh kegembiraan

7

T.H.Huxley

1825-1895

Penulis Science of Education

Orang yang benar-benar dikatakan berpendidikan sempurna akan bersedia berkhidmat demi kemajuan diri dan masyarakatnya

Rela melaksanakan kerjayanya dengan ikhlas dan patuh kepada undang-undang alam, penuh bertenaga, bersemangat, berseni dan bermasyarakat

8

Maria Montessori

1870-1952

Doktor dan pendidik Itali

Proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani dan rohani dan sosial kanak-kanak

9

John Dewey

1859-1952

Pakar pendidik Amerika

Proses perkembangan individu.

Mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi supaya dapat hidup lebih berguna dan lebih selamat

 

 

b) Tokoh Islam

 

-       penyatuan ilmu pengetahuan berlandaskan Al-Quran sebagai teras pendidikan bagi mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

 

Bil

Individu

Zaman

Kefahaman Tentang Pendidikan

1

Mohammad Qatb

 

Proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ketahap kesempurnaan

2

Dr.Mohd Athiyah al-Abrasyi

 

Pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras ajaran agama Islam

3

Amal al-Shaibani

 

Melatih manusia membuat persiapan kehidupan dunia dan akhirat

4

Al-Ghazali

1058-1111

Proses pendidikan hendaklah merangkumi intelek, jasmani, pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati

5

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)

 

Tokoh Indonesia abad ke-20

Membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta berbudi pekerti yang mulia seperti merendahkan diri, sabar, menghormati orang tuan dan sebagainya

 

c) Tokoh Timur

 

-       membina tingkah laku manusia supaya berakhlak mulia, mematuhi peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara

 

Bil

Individu

Zaman

Kefahaman Tentang Pendidikan

1

Confucius

551-479 SM

Pendidik dan Falsafah Cina

 

Proses memupuk kesempurnaan tingkah laku, sopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat pada pemerintah dan negara

2

Raindranath Tagore

1861-1941

Falsafah dan penyair India

 

Proses bertujuan melahirkan manusia berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala asepk kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna.

 

Pendidikan harus menjadi proses yang berhidup, dinamik dan realistik ; tidak terikat kepada buku tetapi dihubungkaitkan dengan pengalaman dan kehidupan manusia

 

Seorang yang berpendidikan hendaklah bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas tetapi mendukung sikap nasionalisme yang ideal, kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif

 

 

 

Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff dalam Falsafah Pendidikan ; pendidikan adalah satu proses atau aktiviti :

 

i)              proses persekolahan formal

ii)             proses latihan

iii)            proses perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi

iv)           proses indokterinasi dengan tujuan agar pelajar mempercayai apa yang disampaikan

v)            proses berterusan untuk kemajuan seumur hidup

vi)           aktiviti bersepadu untuk mencapai matlamat seperti memperolehi kemahiran pengetahuan dan sikap secara intergrasi

vii)          sebagai satu disiplin , seni dan sains

 

 

  Pendidikan ialah satu proses aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya mendapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya .

 

 

 

 

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

 

Matlamat Pendidikan Negara

 

Melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :

 

i)              percaya dan patuh kepada Tuhan

ii)             berilmu pengetahuan

iii)            berakhlak mulia

iv)           bertangunggjawab kepada diri dan masyarakat, agama dan bangsa

v)            memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

vi)           memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum

 

 

Objektif Pendidikan Negara

 

i)              melahirkan rakyat bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara

ii)             menghasilkan rakyat progresif , mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugasnya secara produktif serta sempurna, demi

         memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perlembagaan negara

iii)            melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cia demokrasi mengkiut Perlembagaan

iv)           melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara

v)            melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum

vi)           mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi social dan peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas

         pendidikan kepada golongan yang kurang berada

 

 

   Merumus konsep pendidikan

 

 

 

 

Dibina pada Julai 10 dan dikemaskini pada 07/12/2010 11:15 AM oleh Pengendali@2006