Konsep Asas Falsafah

 

 

Konsep Asas Falsafah

 

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaituphilos (bermakna kecintaan) dan sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataanYunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu.

 

Mengikut Russell (1946), falsafah adalah diertikan sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibuktikan. Manakala, seperti pendekatan sains, falsafah pula berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.

 

Mengikut E.D. Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984), falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Sehubungan ini, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai satu usaha berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

 

Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984) memberi tafsiran falsafah dengan lebih lengkap, iaitu;

 

• Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting.

• Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

• Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran.

• Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.

• Falsafah ialah sesuatu penyiasatan komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia, khususnya dalam bidang sains, seni,agama dan pendidikan.

 

Ringkas kata, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal

 

 

Falsafah Pendidikan Barat : Eksistenstialisme

 

•  Berpusatkan kepada fitrah kewujudan manusia

•  Manusia bertanggungjawab terhadap matlamat dan arah tuju kehidupan

•  Jenis kurikulum- bersifat estetik dan berfalsafah

•  Peranan guru- sebagai pemangkin utk meluahkan perasaan dan emosi

•  Kaedah mengajar - berpusatkan aktiviti murid seperti main peranan,simulasi

• Peranan murid- melibatkan diri secara aktif

 

Falsafah Pendidikan Barat : Rekonstruktivisme

 

•  Sekolah sebagai tempat meningkatkan kualiti hidup

•  Mengasaskan corak budaya dan menghapuskan penyakit sosial

•  Jenis kurikulum- sains sosial

•  Peranan guru- agen perubahan dan pembaharuan

•  Kaedah mengajar- berpusatkan murid dan penyelesaian masalah

•  Peranan murid- mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba

 

Falsafah Pendidikan Barat : Progresivisme

 

•  Bermula daripada pragmatisme

•  Perubahan sebagai intipati realiti

•  Menghasilkan individu yang sedia menghadapi cabaran

•  Jenis kurikulum- kebebasan utk memilih mata pelajaran yang ingindipelajari

•  Peranan guru- pembimbing dan merangsang minat murid

•  Kaedah mengajar- pendekatan induktif

•  Peranan murid- belajar cara mengemukan soalan

 

Falsafah Pendidikan Barat : Esensialisme

 

•   Menekankan perkara asas sahaja- praktikal + prakmatik

•   Perkara asas boleh berubah

•   Pengajaran berbentuk fakta yang perlu dipelajari dan dihayati

•  Jenis kurikulum- kemahiran 3m

•  Peranan guru- mengawal bilik darjah dan juga sebagai rol model

•  Kaedah mengajar- pendekatan didaktik

•  Peranan murid- murid perlu rajin belajar

 

Falsafah Pendidikan Barat : Perenialisme

  • Perenial-tidak berubah
  • Ciri-ciri2 asas manusia berbentuk sejagat
  • Matlamat-mengajar pengetahuan yang bersifat sejagat
  • Jenis kurikulum-kemanusiaan dan sastera
  • Peranan guru- menyampaikan ilmu, mendisiplin murid
  • Kaedah mengajar- kaedah didaktik
  • Peranan murid- berusaha mendapat ilmu

 

Falsafah Pendidikan Timur

 

Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam.

 

Konfusianisme

 

Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China. Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

 

Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.

Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Mereka menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan.

ajiji_facebook.jpg

Bagaimanapun, untuk menjadikan manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyrakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyrakat. Sehubungan itu, pelajar hendaklah menghafal kelima-lima buku klasiks yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendikiawan dari tamadun purba kala, iaitu buku syair, buku sejarah, buku elemen, buku upacara dan buku annals.


Confucius mengakui bahawa setiap induvidu mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk menyampaikan pelajaran. Didalam zaman dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-1107), dan Zhuxi (1130-1200), memperkenalkan unsur rasionalisma dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional dengan mentalnya. Sehubungan ini, mereka menyarankan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pangetahuan. Mereka menghuraikan tujuan pendidikan sebagai perkembangan kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya sempurna.

 

Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming, berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu. Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. Beliau pula menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai pendekatan pengajaran. Sebaliknya, beliau menyarankan teknik peneguhan dan motivasi digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam pembelajaran.

 

Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfucianisme menjadi falsafah pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China. Sejak tahun 1911, iaitu masa Koumintang mengambil alih tempat perintahan, falsafah pendidikan barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China, terutama apabila Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey, memperkenalkan idea-idea pragmatisme dan progresivisme dalam kurikulum sekolah negeri China. Beliau menyarankan kaedah induktif digunakan untuk mengkaji tatabahasa dan mengutarakan pendekatan ”berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti”. Beliau pula menyarankan persepaduan matapelajaran kemanusian dengan sains supaya mengembangkan potensi individu secara keseluruhan.

Falsafah Pendidikan Timur - Nasionalisme dan Internasionalisme

Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian, dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalime yang positif.

Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984), menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti berikut:

 

-          Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran.

-          Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.

-          Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menempusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.

-          Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat kepada buku dan berhubung dengan hidup.

-          Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.

-          Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentukperkembangan kayak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif.

-          Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen adalah bertujuan menanamkan idel-ideal dan tradisi negara dan pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan, dan keadaan serta keperluan negara pada masa kini, termasuk juga masalah serta kesilapan dan pencapaian negara, kegagalan dan kejayaannya.

-          Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan memupuk perhubungan baik, persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dunia, dan pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah bagi yang diperolehi dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung dengan adat-istiadat dan tradisi, sejarah dan kebudayaan orang-orang di negara lain.

-          Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa dan sikap individu sepenuhnya.

-          Pendidikan untuk perkhidmatan social dan kecekapan adalah bertujuan mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan masyarakat dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik- baik dan menghormati antara satu sama lain.

 

 

 

Dibina pada Julai 10 dan dikemaskini pada 07/29/2010 12:25 AM oleh Pengendali@2006