Pengantar Pendidikan Topik 5 ~ Pendemokrasian Pendidikan
 

Pendemokrasian Pendidikan

Konsep

Dibawah konteks pendidikan membawa maksud peluang sama bagi setiap individu mendapat pendidikan dan kemudahannya yang disediakan. Meliputi hak individu memilih jenis sekolah yang difikirkan sesuai untuk menuntut ilmu pendidikan tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latarbelakangnya.

Rasional dan Kepentingan Pendemokrasian Pendidikan

1988, UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization /Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu) melancarkan Projek APPEAL (Asia Pacific Programme of Education for All) di New Delhi, India.

Usaha membawa rformasi dalam pendemokrasian pendidikan dengan tujuan membasmi buta huruf dikalangan penduduk dalam Negara kurang maju melalui bantuan kewangan, latihan dan pelaksanaan projek pendidikan yang bertujuan merapatkan juran pencapaian akademik kerana ketidaksamaan pelaung dalam pendidikan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik

-          Perbezaan kelas sosial

-          Perbezaan sosialisasi dan bahasa

-          Perbezaan lokasi bandar dan luar bandar

a)      Perbezaan Kelas Sosial

Mengikut Pierre Bourdieu (1930-   ) ahli sosiologi pendidikan Perancis, pencapaian persekolahan adalah berkaitan dengan latar belakang kebudayaan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa lebih banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak.

Bourdieu merumuskan :

Terdapat ketidaksamaan pengagihan modal budaya di antara kelas sosial; kelas dominan memperolehi modal budaya yang terbanyak

Sistem pendidikan aliran masa  ketika itu, mencerminkan bentuk budaya penguasaan kelas sosial dengan melegitimasi dan rasionalisasikan pengagihan modal budaya yang kurang adil

Pelajar kelas atasan yang mewarisi banyak modal budaya daripada ibu bapa berpendidikan tinggi mencapai keputusan yang lebih baik dari pelajar kelas bawahan

Bourdieu berkata lagi bahawa , perbezaan pembawaan kelas sosial banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan dan aspirasi terhadap pendidikan seseorang pelajar.

B.Bernstein (pendidik British) (1925-2000) berkata, wujudnya dua jenis bahasa diantara kelas sosial iaitu bahasa awam (kelas pekerja) dan bahasa formal (kelas menengah dan atasan). Bahasa yang tinggi sering mengatasi bahasa pekerja.

McClelland (1990) menyatakan habitus dan budaya bukan sahaja menentukan peringkat pencapaian seseorang tetapi meluaskan jurang ketidaksamaan sosial dalam aspeks jantina dan kaum.

Dianne Raeay (1995) membuktikan banyak dinamika kumpulan dibentuk di sekolah adalah berdasarkan criteria jantina dan etnik mereka

Paul Willis (1977) , proses pendidikan sekolah telah gagal mendidik pelajar kelas bawahan untuk memperolehi modal budaya kelas menengah. Akibatnya sekolah hanya merupakan alat reproduksi kelas sosial yang tetap dan ketidak samaan sosial yang sedia ada.

 

Hubungan Modal Budaya dengan Sekolah Malaysia

ajiji_facebook.jpg

Bourdieu (1973), ahli dan penyokong perspektif konflik, menekankan sistem pendidikan kapitalisme melengkapkan keseluruhan proses reproduksi mengikut struktur pengagihan modal budaya di kalangan kelas sosial yang sedia ada.

Apabila sekolah mengekalkan ketidaksamaan dengan menentukan criteria pencapaian berdasarkan modal budaya yang terdapat dalam pelajar berkelas; pelajar kelas bawahan terpaksa menghadapi penganiayaan simbolik dalam pencapaian persekolaha disampin sering dihukum kerana tidak menurut piawaian sekolah kapitalisme tersebut.

Di Malaysia, pengaruh ketidaksamaan di serapkan sejak pemerintahan British yang hanya mengembangkan sekolah Inggeris dan satu-satunya pengaruh Inggeris yang dibenarkan adalah di Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk golongan elit dan bangsawan.

Hampir semua sekolah Melayu dibina di luar Bandar dan hanya ke peringkat Darjah Empat sahaja.

Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (1922) dibina untuk melatih guru-guru sekolah rendah  Melayu yang berorientasikan penguasaan vokasional, seperti kemahiran ketukangan, perkebunan dan anyamana. Maka tidak harian, kelas sosial menengah dikekalkan melalui proses reproduksi mengikut pengagihan modal budaya yang sedia ada.

Selepas Merdeka 1957, perubahan pada sistem pendidikan member peluang pendidikan sehingga peringkat Universiti secara beransur untuk semua pelajar pelbagai kaum. Peningkatan dan perubahan yang tinggi berlaku di sekitar tahun 70’an.

Mengikut tinjuan, perbezaan pencapaian di peringkat university tempatan masa kini masih ketara kerana punca perbezaan modal budaya yang diwarisi dari kelas sosial yang mempunyai perbezaan latar belakang budaya masing-masing.

 

b)      Perbezaan Sosialisasi Dan Bahasa

George Herbert Mead (1863-1931) , ahli falsafah, psikologi dan sosiologi dari Amerika Syarikat membentuk perspektif teori interaksionisme. Belaiu berpendapat “orang sebagai insane yang mempunyai kesedaran psikologikal adalah hasilan sosial”.

Mead  membuat analisis interaksionisme dengan membezakan komunikasi bukan simbolik (pengunaan gerak isyarat) dan komunikasi simbolik (pengunaan idea dan konsep).

Mead menyatakan komunikasi simbolik meliputi pengunaan bahasa yang membolehkan manusia mencerminkan situasi dan perasaan atau pemahaman dalam mindanya. Beliau berpendapat bahasa yang dikuasai oleh manusia boleh :

- mengorganisasikan dan menyimpan tanggapan dan pemahamanya terhadap dunia fizikal dan sosial

- memindahkan konsep kepada orang lain yang berkongsi bentuk bahasa

- mengaplikasikan konsep yang diperolehi minda keatas situasi baru, persepsi atau komunikasi simbolik yang diterima daripada orang lain yang kemudiannya mencipta kefahaman baru terhadap isyarat tersebut

Bordieu (1930-  ) ahli sosiologi neomarxist berkata, proses persekolahanmassa memindahkan ketidaksamaan sosial daripada satu generasi kepada generasi berikutnya. Berpendapat sistem pendidikan mengandungi habitus masyarakat iaitu tindak balas manusia terhadap alam sekitarnya dengan cara tertentu mengikut keadaan tertentu. Mula dibentuk semasa sosialisasi dalam keluarga dan berubahsuainya mengikut keadaan persekitarannya.

Bordieu (1984) mengenalpasti tiga kategori kelas sosial yang mempunyai citarasa yang berbeza iaitu :

-          Kelas dominan (citarasa sah)

-          Kelas tengah (citarasa middle brow)

-          Kelas bawah (citarasa popular)

Kelas dominan mempunyai modal budaya yang tinggi, berkuasa, berpengaruh dalam menentukan kandungan sistem pendidikan yang rasmi. Sekolah mengamalkan budaya kelas dominan dan autoriti guru mewakili autoriti kelas dominan. Prestasi pelajar di nilai berdasarkan sejauh mana kebolehannya menyerap dan menonjolkan budaya sekolah.

Pelajar kelas bawahan yang tidak mempunyai modal budaya sekolah sering dihukum kerana tidak mencapai kriteriayang bercenderung kepada kelas tengah atau kelas atas.

Hukuman atau penindasan ini merupakan penganiayaan simbolik, akibatnya prestasi pelajar yang mempunyai modal budaya dengan citarasa sah kelihatan cemerlang.

  

c)       Perbezaan Lokasi Bandar dan Luar Bandar

Pendidikan Malaysia semasa British bercorak kapitalisme bagi mengekal kelas sosial masing-masing iaitu kepentingan mereka. Juga mengamalkan polisi pecah belah dikalangan orang Melayu dan menumpukan serta membekalkan persekolahan hanya setakat peringkat sekolah rendah sahaja. Tujuannya mendidik anak Melayu sampai peringkat hanya mampu menyara hidup di kampong sahaja.

British bimbang jika Melayu diberi pendidikan tinggi, mereka akan menuntut hak-hak politik daripada British. British menubuhkan MCKK (1905) untuk raja dan bangsawan sahaja. Menubuhkan MPSI dan MPPM hanya untuk membekalkan guru melayu yang mahir mengajar seni pertanian, kraftangan dan sains rumah tangga sahaja.

O.T. Dussek, Pengetua MPSI (1922-1936) berusaha untuk membangkitkan semangat mengejar ilmu pengetahuan tetapi sumbangan dan jasa beliau tidak direstui British. Dengan demikian taraf pendidikan orang-orang Melayu adalah ditahap rendah dan ini menimbulkan jurang besar sosioekonomi diantara kaum.

Mengikut Teori Konflik, punca utama stratifikasi kelas sosial adalah berasaskan daripada factor ekonomi iaitu jurang ekonomi yang besar diantara kelas sosial. 13 Mei 1969, merupakan titik tolak perubahan sistem pendidikan di Malaysia dalam mengurangkan jarak perolehan ekonomi dan pendidikan.

Akibatnya, RMK-2 (1971-1975) di bentuk. Perpaduan Negara menjadi matlamat penting. Perpaduan hanya boleh dicapai jika wujudnya perseimbangan yang lebih luas antara kumpulan-kumpulan masyarakat dan kaum di Malaysia dengan penyertaan mereka dalam bidang pembangunan negara supaya bersama menikmati  faedah daripada pembangunan dan kemajuan negara. Dengan itu peluang pekerjaan yang mencukupi untuk memenuhi kehendak-kehendak tenaga kerja mereka.

Adalah diandaikan bahawa kemiskinan boleh menghancurkan perpaduan negara.  Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru ditubuhkan bagi tujuan mengurang dan membasmi kemisikinan. Dengan itu, kerajaan berusaha menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia dengan reformasi penghidupan luar Bandar, mewujudkan satu masyarakat perniagaan dan perusahaan di kalangan kaum bumiputera seupaya keadaan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan menghapuskan identity kaum berlandaskan fungsi ekonomi.

Rancangan pelajaran dan latihan akan memberi sumbangan penting dalam proses mengalakkan perpaduan negara. Dalam melaksanakan rancangan pendidikan dalam empat bidang utama tersebut , strategi-strategi yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua ialah :

a)   Melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar yang utama di sekolah secara berperingkat

b)   Mengurangkan jurang perbezaan dalam peluang pelajaran diantara kawasan dan kaum, pembinaan sekolah baru dan kemudahan asrama, menggantikan sekolah buruk dan bekalan alat mengajar dan kelengkapan makmal, menambah bilangan guru terlatih disekolah luar Bandar.

c)   Membaiki mutu pelajaran dengan mengurangkan bilangan terkandas, membuat penilaian serta membaiki sukatan pelajaran, cara mengajar, kemudahan nisbah di antara guru dan pelajar serta memperseimbangkan diantara mata pelajaran

d)   Membuat penyelidikan dan penilaian pada setiap masa selaras matlamat sistem pendidikan

 

Program Kesaksamaan Pendidikan

1.   Murid daripada keluarga yang kurang beruntung

Modal budaya (culture capital) diantara kelas sosial dan individu merangkumi keseluruhan latar belakang kebudayaan, ilmu pengetahuan , pembawaan dan kemahiran tekniknya. Modal budaya merujuk kepada seseorang individu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.

Budaya tersekat merupakan halangan atau kekuranga modal budaya. Individu yang mengahdapi masalah budaya tersekat akan mengalami masalah kekurangan modal budaya yang menyekatnya memperolehi pencapaian aspirasinya khasnya dalam bidang akademik dan sosial.

a)      Program Pendidikan Imbuhan

Muncul selepas perang dunia ke II ketika keadaan sosioekonmi yang tidak adil telah mewujudkan peluang pendidikan yang tidak saksama diantara golongan atasan dengan bawahan.

Di Malaysia , projek pendidikan imbuhan dilaksanakan pada 1975-1980. Projek ini menghasilkan bahan pelajaran khas untuk pelajar luar bandar disamping guru-guru terlatih terpilih untuk menyertai kursus supaya memperolehi kemahiran bagi melaksanakan projek ini.

Projek ini menitikberatkan perkara-perkara berikut :

-          Tindakan diambil diperingkat awal seperti menjalanakn ujian diagnostic untuk mengesan punca masaalah

-          Penentuan objektif-objketif yang nyata

-          Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun rapi untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran

-          Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran

-          Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dna projek pembangunan komuniti

-          Kordinasi dengan agensi-agensi yang boleh member sumbangan untuk program kesihatan, makanan, subsidi kewangan

           dan sebagainya

 

Ciri-Ciri Pendidikan Imbuhan

-          Rancangan pembelajaran disediakan untuk pelajar mengahadapi masalah sosioekonomi

-          Rancangan pembelajaran untuk semua matapelajaran mengikut perkembangan kognitif

-          Skop kajian meliputi pedagogi dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik luar bilik darjah

-          Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah program meliputi program makanan, bantuan dari segi

           kemudahan dan kewangan

-          Bantuan untuk semua pelajar golongan bahawahan di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka

-          Objektif utama ialah merapatkan jurang dalam peluang pendidikan diantara golongan kaya dengan golongan miskin

 

Perbezaan di antara Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan

Konsep  pendidikan pemulihan dan imbuhan berkait rapat dan berunsur bertindak lapis antara satu sama lain tetapi mengandungi ciri-ciri berbeza.

Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas untuk menolong pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Aktiviti biasanya dijalankan dalam satu tempoh yang pendek iaitu selepas pengajaran kemahiran asas manakala pendidikan imbuhan merupakan satu program pendidikan yang meliputi bukan sahaja usaha mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi usaha mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaran pelajar dari peringkat awal.

Skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas kerana pendidikanimbuhan meliputi bukan sahaja unsur pedagogi dalam bilik darjah seperti pendidikan pemulihan tetapi unsur sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.

 

 

Projek InSPIRE (Intergrated Sistem of Programmed Instruction for the Rural Environment)

Dikelolakan oleh Pusat Pengajian Pendidikan USM pada Ogos, 1977. Tujuan penubuhan ada dua iaitu :

i)    Mengkaji , mengembang dan mencuba teori-teori pendidikan supaya digunaka untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam sekolah rendah di luar bandar dan

ii)   Membantu Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.

Mula beroperasi pada tahun 1983 dengan penyediaan bahan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk pelajaran bahasa dan matematik sebagai percubaan, penyelidikan dan penilaian. Hasilnya beberapa set lembaran kerja bahasa dan matematik KBSR untuk digunakan sebagai aktiviti pemulihan dan pengayaan dialam bilik darjah dihasilkan.

 

2.       Pendidikan Inklusif untuk Murid Istimewa

Inkulsif bermaksud termasuk atau merangkumi semua. Boleh diertikan sebagai pendidikan umum dengan semua diberi peluan pendidikan yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang pendidikan untuk mengembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi , sosial dan jasmani supaya menjadi insane berilmu, berakhlak mulia dan berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat.

Pendidikan inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia termasuk kurang upaya dan cacat.  Dibawah program ini, kanak-kanak cacat khasnya yang mempunyai potensi akan di tempatkan dalam kelas biasa dibawah bimbinga seorang guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru biasa.

Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) adalah bagi kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurkulum biasa pada peringkat permulaan. Mereka mengikuti program yang dirancangkan berdasarkan kebolehan mereka seperti kemahiran manipulative seperti berkebun, membasih, menggosok dan memasak.

Berdasarkan definisi dan huraian keadaan kanak-kanak bermasaalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, samada lisan atau tulisan, persepsi kognitif atau aktiviti psikomotor. Halangan ini dapat dihuraikan daripada kriteria-kriteria :

a)   Percanggahan di antara tingkah laku yang spesifik dengan kebolehan atau pencapaian kanak-kanak bermasalah pembelajaran

b)   Tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa tetapi memerlukan kaedah mengajar khas untuk membantu mereka belajar

c)  Kaedah mengajar khas ini bukan digunakan terutamanya untk mengajar kanak-kanak yang tidak berpeluang mengajar

 

3.       Kanak-Kanak Kecelaruan Tingkah Laku

 

Boleh dikelasifikasikan kepada empat kategori :

a)  Tingkah laku terbias : menentang autoriti, tidak mematuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang contohnya hiperaktif, hipernetik

b)  Tingkah laku ketidakmatangan : kirang berupaya menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri

c)   Tingkah laku anti-sosial : bertindak liar dan kerap menimbulkan masaalah  disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri, ponteng kelas dan sekolah

d)   Sifat kongkongan dalaman : bersifat pemalu, pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung, sering melakukan tindakan di luar dugaan

 

4.       Kanak-Kanak Cacat Pendengaran dan Masalah Berkomunikasi

 

Sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan dengan jelas dan tepat. Di golongkan dalam dua kumpulan iaitu :

 

a)      Cacat pendengaran pretutur atau prelingual

b)      Cacat pendengaran postutur atau postlingual

Kanak-kanak pekak dari lahir, manakala cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya yang biasa berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap. Ini adalah disebabkan oleh kerosakan gegendang telinga , saraf pendengaran atau warisan baka.

 

5.       Kanak-Kanak Cacat Penglihatan

 

      Cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70

      selepas pembetulan berbanding dengan penglihatan kanak-kanak normal iaitu 20/20.

 

      Boleh digolongkan dalam beberapa jenis iaitu rabun dekat, rabun malam, rabun warna, astigitamatisme, glaucoma dan julin.

      Punca kecacatan mata adalah kesakitan mata, kekurangan zat makanan atau pun kerosakan saraf optic atau menghidap

       penyakit hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya.

Kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang paling teruk dimana penghidap akan menghadapai masalah pengajaran dan pembelajaran khasnya persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat.

 

Program Pendidikan Khas

 

Pendidikan khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.

Pendidikan khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan , strategi, kaedah dan teknik mengajar untuk kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana mereka tidak akan sanggup dapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.

Dr Chua Tee Tee (1982) berkata pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani , sosial atau emosi. Mereka tidak akan mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa yang biasa diperolehi daripada program pendidikan sekolah biasa.

Kanak-kanak istimewa digolongkan dalam tujuh (7) kategori :

 

i)          Kanak-Kanak Terencat Akal (Mentally Retarded)

Kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kecerdasan IQ antara 35-85. Biasanya menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan atau gangguan hormone dan sebagainya

 

ii)         Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities)

Kanak-kanak yang tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa. Biasanya disebabkan masalah keluarga atau peribadi atau kedua-duanya. Mempunyai konsep kendiri negatif, motivasi rendah, introvert, tabiat malas berusaha, kurang minat dan kecenderungan atau sering sakit.

Mengikut Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan bagi Kanak-Kanak Cacat 1986, gangguan tattertib dapat diperlihatkan daripada proses mengingat semula peristiwa lama, pemikiran, pertuturan, membaca, mengeja atau pun mengira. Keadaan yang dirujuk sebagai handicap persepsi, dyslexia, asphyxia dan kecederaan otak.

 

iii)        Kanak-Kanak Kecelaruan Tingkah Laku (Behavorial Disorders)

 

Boleh dikelasifikasikan kepada empat kategori :

a)      Tingkah laku terbias : menentang autoriti, tidak mematuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang contohnya hiperaktif, hipernetik

b)      Tingkah laku ketidakmatangan : kirang berupaya menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri

c)      Tingkah laku anti-sosial : bertindak liar dan kerap menimbulkan masaalah  disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri, ponteng kelas dan sekolah

d)      Sifat kongkongan dalaman : bersifat pemalu, pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung, sering melakukan tindakan di luar dugaan

 

iv)        Kanak-Kanak Cacat Pendengaran dan Bermasalah Komunikasi

 

      Sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan dengan jelas dan tepat. Di   

      golongkan dalam dua kumpulan iaitu :

 

a.       Cacat pendengaran pretutur atau prelingual

b.      Cacat pendengaran postutur atau postlingual

 

Kanak-kanak pekak dari lahir, manakala cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya yang biasa berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap. Ini adalah disebabkan oleh kerosakan gegendang telinga , saraf pendengaran atau warisan baka.

 

v)     Kanak-Kanak Cacat Penglihatan

Cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan berbanding dengan penglihatan kanak-kanak normal iaitu 20/20.

Boleh digolongkan dalam beberapa jenis iaitu rabun dekat, rabun malam, rabun warna, astigitamatisme, glaucoma dan juling. Punca kecacatan mata adalah kesakitan mata, kekurangan zat makanan atau pun kerosakan saraf optic atau menghidap penyakit hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya.

Kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang paling teruk dimana penghidap akan menghadapai masalah pengajaran dan pembelajaran khasnya persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat.

 

vi)  Kanak-Kanak Cacat Fizikal

 

Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik atau anggotanya. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot, menyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya.

Kecacatan fizikal ini akan mejejaskan pencapaian akademik khasnya dalam pelajaran yang bergantung kepada kecekapan anggota badan misalnya senilukis, kemahiran manipulatif, muzik dan pendidikan jasmani.

Punca utama kanak-kanak kecatatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan. Pergerakan anggota badan yang kurang cekap atau lancer adalah ciri yang jelas diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal.

 

vii)  Kanak-Kanak Pintar-Cerdas dan Berbakat

       

        Merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kecerdasan melebihi 120. Di golongkan dalam tiga (3) kategori :

a.       kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi

b.      kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta

c.       kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis, penulisan, drama, muzik, kraftangan, sukan dan  

          sebagainya

 

              Dr Chua Tee Tee berkata pelajar pintar-cerdas ialah kanak-kanak yang menunjukkan potensi atau kebolehannya dengan cemerlang dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logic atau kemahiran bertutur. Mempunyai daya ingatan yang tinggi serta berbakat mencipta atau berbakat khas dalam senilukis, drama, muzik, penulisan dan sebagainya. Tujuh ciri pelajar pintar menurut Dr Chua Tee Tee ialah :

 

a)      mempunyai keupayaan berfikiran kreatif

b)      memperolehi kebolehan intelek am

c)       memiliki kebolehan akademik khusus

d)      berbakat dalam satu atau lebih kesenian

e)      cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi

f)       boleh bervisi jauh

g)      mempunyai bakat memimpin

 

Falsafah Pendidikan Khas 1986 berbunyi : “ ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak khas seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih”

Lapan strategi melaksanakan program pendidikan khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah :

1)   menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk kanak-kanak cacat

2)  melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran dan vokasional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna

3)  melalui bimbingan dan kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran sekolah

4)  menyediakan pekhidmatan bimbingan dan kaunselin bagi mengikat konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar

5)  melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas yang berkesan

6)  menyediakanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan

7)  menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal, mental atau emosi kanak-kanak cacat

8)  bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat

 

                      Di Malaysia program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut :

1.    program pendidikan khas diintergrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama

2.    program pendidikan khas dilaksanakan dalam instusi khas misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan tuli

 

3.       Kelas Bercantum untuk Sekolah Yang Kurang Enrolmen

 

            Kelas bercantum merupakan kelas yang mengandungi murid-murid yang terdiri lebih dari satu tahun persekolahan. Misalnya, sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua tahun persekolahan (iaitu Tahun 1 dan Tahun 2) atau daripada tiga taun persekolahan (iaitu Tahun 1, 2 dan 3).

Kelas bercantum diwujudkan kerana bilangan murid di dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang.  Kelas bercantum biasanya boleh didapati di sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid yang tidak melebihi 145 orang. Bilangan guru dan guru besar pula tidak melebihi 5 orang. Seseorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum

Kelas bercantum ini biasanya didapati di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan-kawasan terpencil dan pendalaman. khususnya Sabah dan Sarawak.

 

Ciri-Ciri Kelas Bercantum

 

Kelas bercantum adalah kelas yang unik. Diantara  ciri-ciri itu ialah :

a.       umur murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan mengikut tahun persekolahan mereka

b.      bilangan murid sebuah kelas tidak melebihi 14 orang

c.       seorang guru terpaksa mengajar murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan secara serentak dalam sebuah kelas yang sama

d.      strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum adalah tersendiri dan berlainan dari kelas biasa contohnya semasa guru mengajar murid tahun satu, murid tahun dua dan tiga adalah ditinggalkan

e.      bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum adalah tidak melebihi 5 orang mengikut nisbah bilangan kelas pada sekolah

f.        keadaan bangunan dan kemudahan sekolah biasanya kurang lengkap dan biasanya pondok kecil sahaja

g.       biasanya sekolah yang mempunyai kelas bercantum terletak dikawasan terpencil dan bilangan penduduk juga tidak ramai

 

Kriteria Percantuman

Untuk memeudahkan guru mengajar murid-murid dalam kelas bercantum, criteria percantuman hendaklah dipatuhi. Diantaranya ialah :

a.  Umur murid : biasanya mengikut umur yang hamper sama dan biasanya murid Tahun 1 dan 2,  Tahun 3 dan 4 atau Tahun 5 dan 6

b. Keperluan murid : murid Tahun 1 ynang baru masuk sekolah memerlukan perhatian dan layanan yang lebih daripada guru. Begitu juga bagi murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR.

c.  Bilangan murid : sekiranya jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid maka ianya hendaklah dicantumkan

d. Bilangan bilik darjah ; sebuah kelas bercantum biasanya akan bercantum dan mengunakan satu kelas sahaja

e. Bilangan tenaga pengajar : biasanya seorang guru akan mengajar 2  atau 3 kelas bercantum

 

Akta  Pendidikan 1996 : Pindaan Tahun 2002

Pendidikan wajib untuk semua kanak-kanak yang telah sampai cukup umur masuk belajar di sekolah rendah tahun satu.

Mewajibkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka yang cukup umur supaya masuk sekolah rendah tahun satu mulai Januari 2003. Jika ibu bapa enggan , mereka boleh didakwa kerana melanggar undang-undang di bawah Pindaan Akta Pendidikan 1996.

Implikasi pelaksanaan pendidikan wajib melalui Pindaan Akta Pendidikan adalah ;

-    program pendemokrasian pendidikan dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang ditentukan

-    setiap kanak-kanak yang cukup umur belajar disekolah akan tidak ketinggalan dalam peluang mendapat pendidikan yang disediakan

-    matlamat melahirkan generasi yang berilmu pengetahuanakan direalisasikan mengikut program pendidikan yang dirancangkan

-    memastikan setiap orang dapat pendidikan yang sempurna , demi menjadi rakyat yang berguna dan sanggup memeilhara kesejahteraan diri dan keluarganya serta memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara.

 

 

Dibina pada Julai 10 dan dikemaskini pada 07/29/2010 12:23 AM oleh Pengendali@2006