Kepelbagaian Murid dan Implikasinya Pelaksanaan Kurikulum
 

Kepelbagaian Murid dan Implikasinya Pelaksanaan Kurikulum

 

Hubungan Etnik dengan Kurikulum Sekolah

 

KONSEP RAS DAN RASISME

Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang di artikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang lain.

Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras ang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.

 

KONSEP ETNIK, ETNISITI DAN ETNOSENTRISME

Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.

 

Penyata Razak (1956)

  1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
  2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
  3. Tujuan Penyata Razak adalah
    1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
    2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
    3. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
    4. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
    5. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
    6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
    7. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak 1956 yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib 1960 ialah:

  1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
  2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
  3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
  4. Murid naik darjah secara otomatik
  5. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
  6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Cadangan-cadangan Laporan Rahman Talib 1960

 

1.  Di bawah rancangan Laporan Razak, kebanyakan murid yang gagal untuk masuk sekolah menengah terpaksa meninggalkan sekolah rendah mereka. Oleh itu, Jawatankuasa ini mencadangkan bahawa umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun.

 2 .Untuk menampung semua murid sekolah rendah naik ke sekolah menengah, dicadangkan untuk menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan.

3. Untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sekolah Pelajaran Lanjutan itu, mencadangkan pihak Kementerian Pelajaran menganjurkan latihan separuh masa selama tiga tahun.

4. Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum dicadang menukar namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

5. Mencadangkan Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961 dan Peperiksaan Senior Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun 1962, Bahasa Kebangsaan akan diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran

6. Mencadangkan supaya kerajaan hanya memberi bantuan penuh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan sahaja. Bagaimanapun, sekolah-sekolah yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya boleh menjadi Sekolah Menengah Persendirian.

7. Mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di K.Lumpur, Ipoh, P.Pinang dan di Pantai Timur. Sekolah-sekolah pertukangan juga harus ditubuhkan. Murid-murid yang berjaya dalam kursus pertukangan ini boleh memasuki Skim Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ketiga di Sekolah Menengah Teknik. Selepas itu, murid-murid boleh mengikuti Kursus Diploma di Maktab Teknik atau Universiti Malaya

8. Kemudahan hendaklah diberikan untuk mengajar agama Islam di sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya ada 15 oang murid yang beragama Islam. Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam sukatan pelajaran wajib mulai Darjah 4 hingga Tingkatan 5.

9. Mencadangkan bahawa bayaran yuran di semua sekolah rendah  dimansuhkan.

10. Mencadangkan pembentukan Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempat Penguasa Pelajaran Tempatan.

11. Mencadangkan supaya Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa menjalankan tugas penyeliaan mereka 

 

Laporan Rahman Talib 1960 :

 

Implikasi dan Kesan

 

•Matlamat Utama: Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah.

•Pendidikan percuma untuk semua murid dalam sekolah rendah akan membawa kesan yang mendalam.

•Pada tahun 1962, bilangan murid yang masuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) semakin bertambah.

•Menetapkan semua peperiksaan awam untuk murid-murid sekolah menengah dengan menggunakan bahasa rasmi.

•Sungguhpun cadangan menukarkan bahasa pengantar kepada bahasa rasmi ditentang hebat oleh Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina, tetapi ada juga yang bersetuju.

•Rancangan membentuk Sekolah Pelajaran Lanjutan tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Akhirnya, rancangan Sekolah Pelajaran Lanjutan dimansuhkan dan digantikan dengan suatu Sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1965.

 

Perubahan Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1957-1967

 

Boleh dibahagikan kepada 2 peringkat:

 

Peringkat 1: Pelaksanaan Laporan Razak

1. Menggubal satu sukatan pelajaran yang sama untuk semua sekolah.

2. Menubuhkan pusat latihan, terutamanya Maktab Perguruan Bahasa.

3. Kerjasama di antara pendidik dan ahli bahasa untuk menghasilkan buku teks supaya digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan.

4.Menubuhkan cawangan UM di Lembah Pantai, KL.

5.Membekalkan tempat-tempat belajar di sekolah rendah bagi semua aliran bahasa.

6.Pelajaran Bahasa Kebangsaan diwajibkan untuk semua jenis sekolah rendah

 

Peringkat 2: Pelaksanaan Laporan Rahman Talib

1.Umur persekolahan murid dinaikkan kepada 15 tahun.

2.Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk menampung murid-murid yang gagal mendapat tempat belajar di sekolah menengah akademik.

3.Menganjurkan peperiksaan awam dalam BI dan B.Kebangsaan

4. Memberi bantuan kewangan kepada SMK (aliran BM) dan SMJK (aliran BI). Di samping itu, menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

5. Memberi tempat percuma kepada murid yang sedang belajar di sekolah rendah, tidak kira apa jenis aliran pun.

6. Penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional untuk melatih murid-murid dalam pelbagai bidang jurusan.

 

Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967:

Implikasi dan Kesan

 

- Menetapkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi yang tunggal.                  

- Diluluskan pada 3.3.1967 di Dewan Rakyat.

- Dikuatkuasakan mulai dari September dalam tahun yang sama.

- Fasal 3 : Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri diberi  kuasa untuk menggunakan bahasa yang lain dalam penterjemahan dokumen rasmi atau komunikasi sekiranya terdapat keperluan dan kepentingan awam

- Fasal 4: “Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan agar meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai tujuan rasmi apabila dianggap perlu.

- Akta Bahasa Kebangsaan adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Article 152, Fasal 1 & 2 yang menyatakan:

Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan.

- Untuk sepanjang tempoh dalam 10 tahun selepas Hari Merdeka, dan selanjutnya, sehingga Parlimen menetapkan peruntukan lain, BI boleh digunakan dalam Dewan Rakyat,Dewan Negara, Dewan Negeri serta semua tujuan rasmi

 

Implikasi dan Kesan

 

- Mulai 1968, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah kerajaan.

- Dalam tahun yang sama, semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK(I), kecuali BI dan bahasa ibunda,diajarkan dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar.

- Lembaga Peperiksaan mengambil beberapa langkah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dalam peperiksaan-peperiksaan LCE, MCE, dan HSC.

- Calon-calon yang memohon untuk mengikuti kursus di Maktab Perguruan hendaklah memperoleh gred kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM/MCE mulai tahun 1970.

- Semua kursus di Maktab Perguruan disampaikan dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar mulai tahun 1973.

- Pelajar yang ingin menuntut di universiti luar negeri diwajibkan memperoleh sijil MCE/HSC

 

Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1963-1982

 

Kedudukan Sekolah

 

- Sistem SRJK (aliran BI) diteruskan sehingga 1969.

- Bahasa penghantar di SRJK (BI) ditukarkan kepada BM secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1970.

- Semua sekolah menengah kerajaan mula menggunakan BM sebagai bahasa penghantarnya hingga Tingkatan 6 pada tahun 1982.

- Mulai tahun 1983, BM menjadi bahasa penghantar bagi semua kursus di peringkat universiti

- Kenaikan darjah di sekolah rendah dan sekolah menengah adalah secara automatik.

- Sehingga tahun 1963, murid-murid pada akhir tahun Darjah 6 dikehendaki menduduki Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah untuk menentukan sama ada ditempatkan di Sekolah Menengah Akademik atau Sekolah Pelajaran Lanjutan.

- Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dimansuhkan pada 1964, diikuti dengan Sistem Sekolah Menengah Rendah ditukarkan kepada Sistem Pendidikan Aneka Jurusan.

-    Untuk menjamin kemajuan dan pencapaian murid dalam pelbagai mata pelajaran utama di sekolah rendah kerajaan, murid-murid dikehendaki menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5 mulai tahun 1967

- Mulai tahun 1973, Ujian Dignostik diperkenalkan untuk murid-murid Darjah 3 supaya guru boleh menjalankan kerja pemulihan dalam peringkat pelajaran murid yang lebih awal.

- Murid-murid yang cergas boleh ditempatkan dalam Sistem Kelas Ekspres dimana mereka menghabiskan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah dalam tempoh 5 tahun.

- Sistem kelas ekspres ini dimulakan pada 1962, tetapi dimansuhkan selepas beberapa tahun kemudian.

- Selepas belajar di sekolah menengah rendah selama 3 tahun, semua murid dikehendaki mendudukiPeperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dalam aliran Inggeris atau Melayu.

- Mulai 1978, Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dalam aliran Inggeris dimansuhkan

- Murid yang lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran akan dipilih mengikut keputusan peperiksaan mereka, untuk belajar di Sekolah Menengah Atas mengikut pelbagai aliran, iaitu Sains, Sastera, Teknik, Perdagangan, Pertanian atau Vokasional.

- Oleh itu, sekolah-sekolah menengah atas adalah dibahagikan kepada:

- Sekolah Menengah Akademik (Aliran Sains dan Sastera)

- Sekolah Menengah Vokasional yang menawarkan kursus-kursus seperti Perdagangan, Pertanian, Pertukangan dan Sains Rumahtangga di samping beberapa mata pelajaran am.

- Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan kursus-kursus vokasional dan akademik hingga Tingkatan 5

 

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979: Perakuan dan Perubahan yang Disyorkan

 

Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974.

- Ia mengandungi 8 anggota Menteri daripada pelbagai kaum.

- Matlamat Kajian:  Mengkaji sejauh mana pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan menerusi sistem pelajaran, termasuklah kurikulumnya yang ada pada tahun 1979:

(a) memastikan keperluan tenaga rakyat negara dipenuhi.

(b) menghasilkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.

 

2. Hasil daripada kajian ini,membuat syor-syor yang sewajarnya

- Jawatankuasa Kabinet telah meneliti dan membuat syor mengenai struktur persekolahan, peperiksaan, pentadbiran, sukatan pelajaran, buku teks, pendidikan sivik, pendidikan agama, pendidikan moral, disiplin, dan kegiatan kokurikulum.

- Perakuan dan Perubahan-perubahan yang disyorkan:

- Jawatankuasa Kabinet mengemukakan laporannya pada tahun 1979.

- Laporan ini mengandungi 173 perakuan, yang di antaranya memerlukan tindakan serta merta. Ada yang mudah dilaksanakan dan ada yang memerlukan perhatian yang lebih rapi dan melibatkan perbelanjaan yang besar

 

Contohnya:

- Kementerian Pendidikan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 sebagai peringkat percubaan .

- Ujian Diagnostik Darjah 3 dan Penilaian Darjah 5 digantikan oleh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, Tahun 6.

- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilancarkan mulai tahun 1988 sebagai peringkat percubaan

 

Akta Pendidikan 1996: Pindaan tahun 2002

 

- Mengikut Akta Pindaan ini, mulai tahun 2003, semua pra sekolah Malaysia wajib mematuhi dan melaksanakan Kurikulum Kebangsaan Pra-Sekolah yang digubal oleh Kementerian Pendidikan.

- Kurikulum ini adalah digubal berdasarkan ciri Kurikulum ini adalah digubal berdasarkan ciri kepelbagaian latar belakang murid, sekolah dan komuniti dalam masyarakat Malaysia.

 

Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR): Faktor-Faktor Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

 

1. Dasar Pendidikan Negara

 

- Matlamat Dasar Pendidikan Negara ini bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat melalui system pendidikan kebangsaan dengan pelaksanaan sukatan pelajaran yang sama serta penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di dalam semua peringkat persekolahan.

 

- Pada tahun 1974, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara dan Laporan Jawatankuasa Kabinet telah diumumkan pada tahun 1979.

- Mengikut kajian tersebut, beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan perakuan-perakuan telah dibuat.

- Perakuan-perakuan tersebut kemudian menjadi faktor asas dalam pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada awal tahun 1980

 

2. Cita dan Ideologi Negara

 

- Cita dan ideologi negara Malaysia adalah mewujudkan perpaduan rakyat berbilang bangsa berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara.

- Untuk mencapai cita ini, kurikulum sekolah harus mengandungi unsur aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan murid ke arah perpaduan negara.

- Dalam hubungan ini, kurikulum yang seragam melalui sukatan yang sama, aktiviti kokurikulum yang sama dan menduduki peperiksaan awam yang sama untuk semua jenis sekolah telah menjadi pertimbangan asas pula dalam

pembentukan KBSR

 

3. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah

- Mengikut Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah, rancangan dan pelaksanaan KBSR sepatutnya berlandaskan kepada ideologi yang memberikan pendidikan secara menyeluruh supaya murid-murid mendapat perkembangan yang seimbang dalam bidang intelek, rohani, sosial, dan jasmani.

- Melalui program KBSR, murid-murid akan dapat membaca, menulis dan mengira, memperolehi ilmu pengetahuan yang cukup, sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka, memupuk akhlak yang mulia, mengamalkan nilai- nilai yang murni serta memelihara tubuh badan yang sihat.

- Melalui program KBSR juga, segala minat dan bakat yang ada pada murid-murid dapat dipupuk dan dikembangkan.

  

4. Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah

a) Menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

b) Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah.

c) Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira.

d) Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas.

e) Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua

f)Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan Rukun Negara, serta menjadikan asas bagi amalan hidup.

g) Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.

h) Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain, serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi.

i) Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.

j) Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional

 

Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

 

Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM)

+ dibentuk berasakan beberapa faktor utama yang menitikberatkan kehendak individu ,negara dan sarwa jagat.

+ membolehkan pelajar memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang.

 

Faktor – faktor yang mempengaruhi :

- Syor-syor Laporan Kabinet (1979)

- Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara

- Dasar- dasar kerajan dan keperluan-keperluan negara

- Pendidikan Umum

- Pendidikan Kewarganegaraan

 

 Syor-syor Laporan Kabinet (1979)

 

- Perakuan 58.

Adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah, iaitu  memperkukuh lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional.

 

- Perakuan 59.

Pendedahan murid-murid kepada bidang teknik dan vokasional di peringkat menengah rendah amatlah terpisah sehingga ia merupakan suatu usaha ke arah pengkhususan. Oleh yang demikian, adalah diperakukan supaya kurikulum bagi mata-mata pelajaran elektif di peringkat ini diubah strukturnya. Sukatan peringkat ini diubah strukturnya. Sukatan pelajaran yang ada hendaklah digubal semula dengan tujuan supaya pendedahan murid-murid kepada pelajaran teknik dan vokasional tidak hanya terhad kepada bidang satu mata pelajaran elektif sahaja tetapi kepada ilmu pengetahuan yang penting daripada bidang-bidang elektif lain.

 

- Perakuan 61.

Kurikulum di peringkat sekolah menengah atas hendaklah bercorak pendidikan umum sesuai bukan sahaja bagi murid-murid yang akan bekerja bahkan bagi mereka yang akan terus menyambung pelajaran. Oleh itu , adalah diperakukan bahawa penjurusan kepada jurusan sastera, jurusan sains dan jurusan teknik dalam pedidikan di peringkat menengah atas ini dihapuskan. Pendidikan di peringkat ini diadakan dalam dua jurusan sahaja, iaitu jurusan akademik dan jurusan vokasional.

 

- Perakuan 62.

Diperakukan juga kurikulum baru bagi jurusan akademik ini digubal semula dengan mengambil pertimbangan bahawa kurukulum menengah atas ini merupakan sambungan daripada 9 tahun pendidikan di peringkat-peringkat sebelumnya. Langkah ini merupakan satu usaha ke aeah perkembangan pendidikan seumur hidup

 

KBSM harus berlandaskan aspek-aspek berikut :

 

(a) Kesinambungan daripada KBSR yang berasakan penguasaan kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis penguasaan kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.

(b)Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasional di antara bidang-bidang elektif sehingga terdiri daripada jurusan akademik dan jurusan vokasional sahaja.

(c) Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh menjadi kemahiran asas untuk meneruskan pendidikannya secara berterusan seumur hidup

 

Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara

 

 Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepada untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

 

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai sesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

 

 

 

Dasar-dasar kerajaan dan keperluan-keperluan negara

 

Kandungan KBSM mencerminkan dasar dan keperluan negara seperti berikut :

(a) Keperluan memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya akan cepat lagi wujudkan perpaduan rakyat dan identiti bangsa.

(b) Keperluan mendidik para pelajar supaya berkeupayaan menghadapi cabaran hidup.

(c) Keperluan mengembangkan kemahiran-kemahiran teknologi, sifat-sifat keusahawanan, pemikiran kreatif serta pengetahuan mengenai pengurusan masa dan etika kerja supaya pelajar-pelajar akan dapat memainkan peranan yang sewajarnya dalam proses pemodenan dan perindustrian.

 

Pendidikan Umum

 

Menitik beratkan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh melalui penguasaan kemahiran-kemahiran serta penerapan nilai-nilai murni untuk membolehkannya menjadi warganegara yang berguna, bersemangat

patriotik dan bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

  

Pendidikan kewarganegaraan

 

Merupakan satu mata pelajaran, juga merupakan satu pendekatan yang meliputi semua mata pelajaran KBSM, termasuk kokurikulum.

 

Struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah :

 

Dilaksanakan berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengikut perakuan seperti berikut :

 

Perakuan 58 yang mengesyorkan pengukuhan pendidikan asas dan perkenalan pendidikan umum yang merangkumi aspek-aspek pravokasional bagi sekolah menengah rendah.

 

Perakuan 61 yang mengesyorkan penjurusan yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu kurusan akademik terbahagi kepada dua jenis, iaitu kurusan akademik dan jurusan vokasional.

 

Perakuan 62 yang mengesyorkan kurikulum menengah atas menjadi sambungan pendidikan sekolah meengah rendah sebahai usaha ke arah perkembangan pendidikan seumur hidup.

 

Seperti KBSR, KBSM juga di olah melalui bidang utama :

 

- Bidang Komunikasi yang merangkumi mata pelajaran Bahasa dan Matematik

- Bidang Manusia dalam alam sekeliling yang merangkumi Agama, Moral, Sains yang merangkumi Agama, Moral, Sains dan kemasyarakatan.

-  Bidang Perkembanan Diri yang merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.

 

Ke Arah Merealisasikan matlamat Pendidikan Negara

Rancangan-rancangan Pendidikan :

 

-Wawasan pendidikan

-Wawasan Kementian Pendidikan

-Menggubal dan menguatkuasakan akti Pendidikan 1995

-Menggubal dan menguatkuasakan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi 1996

-Memcepatkan proses pengkoporatan dan penswastaan universiti tempatan

-Menubuhkan Lembaga Akreditasi (1996) bertujuan menjamin taraf dan mutu pendidikan

-Menubuhkan Koridor Raya Multimedia, MSC (1999) untuk menlaksanakan projek sekolah bestari

- Mengutamakan pelajaran Bahasa Inggeris dengan menggubal Sukatan Pelajarannya

- Mencepatkan proses pendaftaran universiti dan kolej universiti swasta yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar bahasa utama.

-Menubuhkan sekolah bestari di kawasan bandaraya

- Menguatkuasa Akta Pendidikan 1996 : Pindaan tahun 2002 iaitu:

 

- Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak

- Kurikulum Kebangsaan Pra Sekolah yang digubal oleh Kementerian Pendidikan wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua prasekolah.

- Mata pelajaran matematik dan Sains tahun 1 di sekolah rendah dan menengah, serta Ting 6 bawah diajar dalam bahasa Inggeris

 

 

Sumber : Kepelbagaian Murid dan Implikasinya Terhadap Perlaksanaan Kurikulum oleh Abdul Sukur Kamsir (Jan 28, 2009)

 

Dibina pada Sep 10 dan dikemaskini pada 09/04/2010 05:21 PM oleh Pengendali@2006