|
Permuafakatan Komuniti dan Sekolah Konsep, Rasional dan Kepentingan
Masyarakat, Komuniti, Sekolah dalam Sistem Sosial Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.
Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku
Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, "perhubungan
baik dengan orang lain". Perkataan societas diambil dari sociusyang bererti
"teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Ini bermakna
telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan
dan matlamat yang sama. Maka,
masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah negara.
Walaupun setiap masyarakat itu berbeza, namun cara ia musnah
adalah selalunya sama:
penipuan, pencurian, keganasan, peperangan dan juga kadangkala penghapusan etnik jika perasaan perkauman itu timbul. Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang masih bersama, ataupun
daripada sesiapa yang tinggal. Masyarakat adalah
terdiri daripada kumpulan manusia yang hidup bersama dalam seusatu tempat
mengikut peraturan dan cara tertentu. Anggota masyarakat
hendaklah penghuni dalam satu kawasan yang sama; berinteraksi
diantara satu sama lain; mengamal budaya dalam sesuatu komuniti; hendaklah
mematuhi peraturan yang disetujui atau dikautkuasa sebagai undang-undang. Komuniti dirujuk sebagai masyarakat kecil yang ditempatkan dalam satu
kawasan tertentu dan ditadbirkan oleh kerajaan tempatan yang dikenali sebagai
Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Ciri-ciri sistem sosial
komuniti dihuraikan secara ringkas :
-
terdiri
dari sekumpulan manusia
-
semua
ahli berinteraksi dalam kawasan yang sama
-
menjalankan
aktiviti mengikut fungsi khusus tetapi salin kait mengait
-
aktiviti
komuniti diatur mengikut sesuatu kebudayaan dan sistem sosial
-
setiap
anggota menganggap diri sebahagian daripada komuniti
-
setiap
ahli bertindak dengan cara bersatu padu dan teratur mengikut sistem sosial yang
dipersetujui Konsep Sekolah Sebagai Masyarakat Kecil Sekolah
adalah sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat. Sekolah merupakan salah
sebuah komuniti dalam masyarakat. Sekolah mempunyai ciri-ciri komuniti berikut :
-
sekolah
terdiri dari kumpulan manusia iaitu Guru Besar/Pengetua, guru-guru, kakitangan
dan murid
-
semua
anggota berinteraksi dalam kawasan sekolah yang sama
-
Guru
Besar/Pengetua, guru-guru, kakitangan dan murid menjalankan tugas masing-masing
mengikut peranan yang ditetapkan dan saling berkaitan
-
Aktiviti
anggota sekoalah diatur mengikut budaya dan peraturan sekolah
-
Setiap
anggota sekolah bertindak dengan cara bersatu padu dan teratur mengikut sistem sosial
yang dipersetujui Konsep Sekolah Sebagai Satu Sistem Sosial Terdapat
Sekolah
ialah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan
anggota-anggota masyarakat supaya memboolehkan mereka menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan
masyarakatnya. Institusi
adalah sesuatu sistem perhubungan sosial manusia yang teratur, mengandungi
nilai-nilai dan peraturan-peraturan yang diterima oleh ahli-ahli untuk memenuhi
keperluan asas masyarakat. Ciri-ciri Sistem Sosial Institusi Diantara ciri asas
sistem sosial institusi ialah :
-
mempunyai
matlamat dan objektif
-
mempunyai
kod tingkah laku dan peraturan untuk dipatuhi
-
mempunyai
autoriti untuk melaksana pelbagai fungsi
-
mempunyai
cara-cara perhubungan dan bertindak dengan asosiasinya serta institusi yang
lain Sekolah sebagai
satu institusi pendidikan mengandungi ciri sistem sosial institusi seperti :
-
tempat
penyebaran ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk dimilik
setiap anggota
-
biasanya
mengandungi persatuan atau asosiasi seperti Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan
Ibu Bapa Guru, Persatuan Murid Tua, Lembaga Murid Tua, Lembaga Pengawas, Kelab
dan Persatuan, Badan Unit Uniform, Kelab Sukan dan Permainan Fungsi dan Peranan Sekolah dalam Sistem
Sosial Fungsi
utama sekolah ialah memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses
membentuk manusia yang sanggup berfikiran kritikal dan mempunyai daya kreatif. Latihan bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan
psikomotor. Oleh
itu, peranan sekolah ialah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda
untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai
untuk melanjutkan perkembangan masyarakat. Sekolah
juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid mengikut aliran
dan kehendak masyarakat.
Persekolahan yang berorganisasi memainkan perana dalam
mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Diantaranya perkara yang
berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun, hormat menghormati
dan tidak ketinggalan mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengenali dan
meluhurkan bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Sekolah
bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanam sikap,
nilai dan sahsiah yang sempurna, mematuhi peraturan masyarakat. Sekolah
juga sebagai agen memodenasasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan
dan kemajuan. Sekolah
juga harus selamat dan menyeronokkan, suasana sekolah harus menggembirakan dan
menyenangkan dengan maksud jika senang dan gembira maka murid bersedia menerima
segala tunjuk ajar daripada sekolah. Guru besar, guru dan murid adalah anggota utama dalam organisasi
ini. Hubungan Timbal Balik Antara Sekolah dan
Komuniti Masyarakat kecil
atau komuniti adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup bersama
mengikut peraturan dan cara tertentu. Corak
dan kedudukan masyarakat manusia bukan static tetapi dinamik dan sentiasa
berubah mengikut peredaran zaman.
Perhubungan
sekolah dengan komuniti adalah erat, malah saling berinteraksi dan saling
mempengaruhi di antara mereka. Malah
sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang
mendatang kesan dalam pembentukan sasiah murid atau pelajarnya. Pengaruh sekolah
melandaskan kebudayaan masyarakat yang merangkumi agama, kepercayaan, norma, nilai, sikap, aspirasi, ilmu pengetahuan dan warisan
kebijaksanaan. Sekolah
diharap menjadi agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan
dan kemajuan. Ini bermakna sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan
perkembangan kualiti murid serta membawa pembaharuan semasa. Sekolah
ditubuhkan memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Taggungjawab sekolah
ialah melahirkan pelajar memgikut keperluan yang dinayatakan dalam Matlamat
Pendidikan Negara. Kerjasama di
Antara Sekolah Sekolah
bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi sekolah masing-masing tetapi memberi
peluang interaksi sosial pelajar diantara sekolah, dmi memupuk persefahaman,
toleransi, persahabatan dan perpaduan khasnya yang terdiri dari pelbagai kaum. Diantara bidang
aktiviti-aktiviti yang bole memupuk dan meningkat kerjasama yang membawa
menafaat kepada sekolah yang terlibat ialah :
-
perjumpaan
secara formal dan informal gurubesar/pengetua bagi tujuan bertukar pendapat
tentang pengurusan sekolah
-
perjumpaan
secara formal dan informal antara guru-guru untuk bertukar pendapat tentang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, atau aktiviti
kokurikulum
-
bekerjasama
menggubal soalan peperiksaan, menjalankan kajian dan projek yang meibatkan
aktiviti pendidikan sekolah
-
bekerjasama
pertukaran pakar guru untuk latihan dan bimbingan khasnya bidang kokurikulum
-
bekerjasama dalam penggunaan kemudahan sekolah seperti
Kerjasama
diantara sekolah-sekolah di Malaysia mengutamakan kesefahaman dan perpaduan
diantara anggota pelbagai kaum.
Konsep Sekolah Wawasan diperkenalkan untuk meningkat dan mencepatkan proses
pencapaian perpaduan dikalangan anggota sekolah khasnya murid dari Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil). Konsep Sekolah Wawasan Diperkenalkan
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan Tidak mendapat
sambutan daripada Dong Jiao Zong , Gabungan Persatuan
Guru-Guru dan Lembaga Pengelola Sekolah Cina kerana bimbiang kehilangan
identity sekolah Cina. Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
1.
Untuk
mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan
latar belakang
2.
Untuk
memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
3.
Untuk
melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu 4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
Hubungan Sosialisasi Keluarga dengan Sekolah
Cara hidup kanak-kanak di rumah dan persekitaran tempat tinggal merupakan pengaruh sosial yang menentukan pencapaian persekolahan mereka. Kanak-kanak yang diasuh dengan cara yang baik dan mendapat perhatian dan dorongan ibu bapa akan mencapai prestasi persekolahan yang lebih tinggi. Ibu bapa yang mampu memberi aspirasi dan harapan kepada anak-anak mereka biasanya akan dapat membantu kebolehan anak-anak mereka.
Perhubungan Keluarga dengan Sekolah
Perhubungan dianatara keluarga dengan sekolah biasanya dapat ditinjau daripada perhubungan aspek aspirasi, nilai dan sikap di antara keluaraga dengan sekolah. Jika aspirasi nilai dan sikap ibu bapa yang bertentang dengan pihak sekolah biasanya anak-anak akan menunjukkan sikap menentang dan negative terhadap usaha pihak sekolah.
Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi
Guru
bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan tetai
menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat. Guru memainkan peranan dengan membawa perkembangan kualiti sosial
mengikut arus perkembangan masa kini seperti berikut :
-
sebagai
penyebar ilmu kemasyarakatan
-
sebagai
pembentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat
-
sebagai
pembentuk masyarakat penyayang
-
sebagai
role model untuk dicontohi murid dalam masyarakat
-
sebagai
penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat - sebagai penyumbang kepada msayarakat
Fungsi PIBG di Sekolah
Adalah merupakan satu pertubuhan di dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid. Ahli-ahli PIBG yang aktif boleh menyumbangkan tenaga dan sumber kewangan mereka dari semasa demi kemajuan sekolah. Pertubuhan PIBG di sekolah rendah dan menengah adalah hasil syor Laporan Aziz 1971.
Fungsi utama PIBG ialah menjaga dan
melindungi kebajikan pelajar dan guru disamping memberi sumbangan untuk
perkembangan sekolah. Fungsi PIBG dapat diperlihatkan daripada kegiatan sosial, akademik
dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan
Kegiatan Sosial PIBG
-
pungutan
derma untuk sumber kewangan persatuan dan pembiayaan projek sekolah
-
menganjur
kursus motivasi
-
memberi
sumbangan dalam bentuk peralatan
-
menganjur
Hari Terbuka diantara ibu-bapa, guru dan pelajar
-
menganjur
lawatan sambil belajar untuk sekolah
-
menganjur
majlis-majlis berkaitan - menganjur projek gotong-royong bagi tujuan mengerat hubungan para ibu-bapa, pelajar dan guru
Kegiatan Akademik PIBG
-
menderma
buku ilmiah sebagao rujukan tambahan
-
menganjur
kelas tambahan bagi tujuan peningkatan prestasi dan pencapaian
-
membantu
menjemput pensyarah, pakar guru dan pemeriksa kertas jawapan - menganjur kelas pemulihan
Kegiatan Kebajikan PIBG
-
membantu
pelajar miskin menjelas yuran peperiksaan
-
menderma
buku latihan dan peralatan kepada murid tidak berkemampuan
-
menderma
kepada yang ditimpa kemalangan
-
membantu
membaiki tempat kerja agar kemas, bersih dan selesa - membaiki kemudahan dan menghiasi kwasan sekolah agar lebih kondusif
Kerjasama Di Antara Sekolah dan Masyarakat/Komuniti
Sekolah ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan berlandaskan kehendak masyarakat. Perkembangan dan kemajuan masyarakat pula bergantung sumbangan sekolah yang ditubuhkannya.
Sekolah boleh memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam seperti Persatuan Bulat Sabit Merah, Pengakapa, Pandu Puteri, St John, Pancaragam Sekolah termasuk tenaga guru dan pengajar apabila menganjur aktiviti perayaan dan kebudayaan dari masa kesemasa.
Kemudahan
dewan,
Tanggungjawab dan Peranan Sekolah Terhadap Masyarakat/Komuniti
Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendedahan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan bertujuan memberi kemahiran teknikal psikomotor.
Peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai berbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk meneruskan perkembangan masyarakat dan komunitinya.
Sekolah juga mementingkan perkembangan dan
perubahan tingkahlaku murid mengikut aliran dan kehendak
masyarakat
Nilai budaya masyarakat ini adalah amat penting kerana ia menentukan kandungan normanya. Misalnya jika anggota masyarakat meletakkan nilai yang tinggi terhadap kemahiran teknik dan vokasional, maka norma masyarakat tersebut akan berusaha membekalkan peluang bagi anggotanya agar memperolehi kemahiran teknik dan vokasional itu.
Sekolah merupakan tempat yang mengekal dan menyebarkan budaya masyarakat menerusi pemupukan budaya ilmu di kalangan pelajar.
Kejayaan memupuk budaya ilmu dapat diperlihatkan daripada situasi berikut:
-
kewujudan
satu keadaan yang mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, secara
langsung atau tidak langsung dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan
-
ilmu
dianggap sebagai keutamaan tertinggi dalam system nilai peribadi dan masyarakat
- kewujudan
keadaan di mana segala tindakan manusia pada peringkat individu dan masyarakat
dilakukan atas landasan keilmuan, sama ada melalui kajian atau syurah
-
kewujudan
keadaan usaha manusia menggunakan ilmu untuk meningkatkan kualiti hidup serta
membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk keluarga, masyarakat
dan negara
-
kewujudan
keadaan segala lapisan masyarakat mengunakan ilmu untuk memperjuangkan
kebenaran dan keadilan, menolak kejahilan dan kepalsuan Maka guru memikul tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan sekolah dan masyarakatnya. Diantara tanggungjawab yang dipikul oleh guru ialah :
-
mengelakkan
diri daripada menyebar sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar
atau bertentangan dengan Rukun Negara
-
memupuk
sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh emmbantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama
-
menghormati
masyarakat sebagai tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat - mengalakkan kerjasama dan persefahaman diantara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaandan kencedikiaan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang so[an yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Perhubungan sekolah dengan masyarakat umpama kuku dengan isi, seperti aur dengan tebing yang amat penting untuk perkembangan dan kemajuannya.
Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Di zaman moden ini sekolah dipertanggungjawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif keatas murid atau pelajar. Sekolah juga diminta menyediakan ahli masyarakat untuk menghadapai dan menerima pembaharuan.
Sejarah perkembangan negara tamadun di sepanjang zaman adalah berkaitan rapat dengan perkembangan ilmu dan mengunakkannya untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara. M.Waisullah Khan, Canselor East-West Universiti, USA dalam Education and Society in Muslims World (1981) menulis : “Sejarah telah membuktikan kebangunan dan keruntuhan sesebuah negara tamadun adalah berkaitan rapat dengan perolehan, perkembangan dan mengunakan ilmu secara penuhnya untuk kemajuan rakyat dan negara. Yang mengungguli ilmunya memegang pucuk pimpinan bangsa dan negaranya.”
Masyarakat Yunani kira-kira 2000 tahun lampau mengutamakan aktiviti pendidikan sebagai matlamat kehidupan utama mereka. Socrates, ilmuan filosof terkemuka pada zaman tersebut sanggup mengorbankan jiwa diri kerana mempertahankan jiwa diri kerana mempertahankan ilmu yang sebenar,
Ketika aku menemukan kehidupan (duniawi) kutemukan bahwa akhir kehidupan adalah kematian, namun ketika aku menemukan kematian, aku pun menemukan kehidupan abadi. Karena itu, kita harus prihatin dengan kehidupan (duniawi) dan bergembira dengan kematian. Kita hidup untuk mati dan mati untuk hidup – Socrates
Rahsia untuk menjadi ahli falsafah terkemuka dunia (the secret to become the world greatest philosopher) iaitu sepertimana yang di nyatakan oleh Socrates--get a bad wife, and you will become the world greatest philosopher sebabnya bila isteri Socrates yang panas baran mencurahkan sebaldi air keatas Socrates, Socrates tidak akan memarahi isterinya tetapi sebaliknya Socrates akan berkata yang hujan dah tiba.......
F.Rosenthal dalam karyanya Knowledge Triumphant (1970) mengakui bahwa ilmuilmu yang dikembangkan oleh tokoh-tokoh Islam di zaman pertengahan telah menjadi batu asas untuk membantu dunia Barat mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam bidang ilmu sehingga masa kini.
Di
zaman kegemilangan Dinasti Tang (618-960 TM) di negara
Dalam abad ke-20 disaksikan kesungguhan dan kehebatan negara-negara Barat khasnya Aaerika Syarikat yang memperkenalkan ilmu sebagai wawasan utama hingga membawa ke suatu situasi dikenali sebagai ledakan ilmu. Pengaruh dan pimpinan Amerika Syarikat dalam bidang politik dan ekonomi dunia masa kini ada kaitan dengan penguasaan rakyat mereka dalam bidang ilmu pengetahuan yang canggih.
Bangsa yang luhur dan disanjung tinggi
adalah rakyatnya yang menungguli dan memiliki semangat untuk memperoleh,
memperkembangkan dan menggunakan ilmu untuk membawa diri dan negara ke mercu
kejayaan dan kegemilangan.
Sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Pelajar yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama antara sekolah dan masyarakat adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju kearah kejayaan dan kegemilangan. |