Pendidikan dan Pembangunan Insan
 

 

Pendidikan dan Pembangunan Insan

 

Pembangunan Insan Seimbang dan Sumber Manusia

 

Matllamat Pendidikan Malaysia adalah d cerminkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

 

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

 

Matlamat pendidikan dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani tanpa mengenepikan kepatuhan kepada perintah Tuhan

 

Pendidikan memainkan peranan yang amat penting sebagai agen dan alat untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian kaum dalam mana-mana negara dia alam jagat ini. Bertitik tolak daripada fakta inilah agenda perencanaan dan perlaksanaan dasar pendidikan sesebuah negara wajib mempunyai komponen dan eleman menyatupadukan rakyat khususnya bagi negara yang mempunyai masyarakat majmuk.

 

Diatas kesedaran inilah timbul dikalangan tokoh-tokoh pendidikan tentang betapa significannya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan kolonial yang telah ditinggalkan oleh British. Maka reformasi pendidikan mula berlaku dan lahirlah Dasar Pendidikan (pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Reformasi pendidikan berlaku pada tahun 1960 danajiji_facebook1.jpg lahir Laporan Rahman Talib dan kemudiannya termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Reformasi pendidikan terus berlaku sehingga lahir Laporan Jawatankuasa 1979. Laungan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadikan Malaysia sebuah negara maju menerusi aspirasi Wawasan 2020 nya dan cetusan idea Koridor Raya Multimedia (MSC) sudah barang tentunya merancakkan lagi reformasi pendidikan. Satu tinjauan dibuat dalam kertas penyelidikan ini mengenai reformasi-reformasi pendidikan menuju alaf baru sehingga apakah nanti pendidikan kita wajar digelar pendidikan bertaraf dunia bak kata pepatah "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan pendidkan di Amerika, Britain dan lain-lain.

 

 

Pada September 1974, reformasi terhadap pendidikan terus dicadangkan iaitu Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran. Isu yang dibahas adalah:

Mengkaji semula kesan sistem pelajaran dan kurikulum dalam rangka masa depan pelajaran untuk keperluan tenaga kerja ……Supaya sistem pendidikan negara dapat memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat bersatu padu   (Jawatankuasa Kabinet, Sept 1974)

Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Perdana Menteri sewaktu Pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 melalui satu kertaskerja yang bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" adalah bertujuan mengemukakan beberapa pandangan mengenai arah masa depan negara dalam usaha untuk menjadi sebuah negara dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Sememangnya kita tidak berhasrat meniru sepenuhnya kemajuaan negara-negara maju yang ada sekarang, tetapi matlamat Malaysia adalah untuk menjadi negara maju mengikut cara tersendiri tanpa terikut-ikut cara dan corak negara maju tersebut. Ini kerana walaupun negara-negara tersebut maju dari segi meterial, namun mereka terpaksa menghadapi pelbagai masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan masyarakat mereka.

Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;


(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;


(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;


(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;


(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;


(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;


(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;


(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan


(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunajiji_facebook1.jpg sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masing-masing. Ini adalah kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu.

Dalam konteks pendidikan, seseorang guru tidak boleh lari daripada memahami konsep dan teras utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Rukun Negara, Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Misi Nasionalnya. Semua ini menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘first and foremost’ dalam diri seorang individu yang bergelar guru. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan.

Jadi dalam usaha membentuk pelajar yang memiliki ciri-ciri yang mampu membina sebuah negara bangsa suatu hari kelak, guru haruslah menjalankan peranannya dalam:

a.      Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai


Ciri perkampungan global dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran yang diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model yang direka bentuk oleh pengasas dan penaja sistem teknologi maklumat dan teknologi telekomunikasi yang telah tersebar luas di seluruh dunia. Kedhaifan kebanyakan Negara Dunia Ketiga dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan telekomunikasi memungkinkan mereka sukar untuk menolak gelombang yang besar dan berisiko ini (Mohamad, 1995). Oleh itu, perubahan dalam arus teknologi maklumat di negara ini telah menyebabkan wujudnya gejala sosial yang baru, misalnya isu pornografi.

Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujukajiji_facebook1.jpg pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal,  maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan wahyu.

Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka tugas itu akan menjadi mudah dan memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.

b.     Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku

Matlamat pendidikan negara ini antara lain termasuklah mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.

Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

c.      Pembangunan insan asas kualiti hidup


Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap.

Paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah SWT. Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat  menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya  harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.

d. Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti professional


Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat  bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ).

Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik . Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran  dalam bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada negara dalam jangka panjang. Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna.  Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

d.      Menjadi agen sosialisasi kepada pelajar

Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, peranan guru pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Juga, beliau mengganggapkan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.

Guru juga perlu menjalankan peranannya sebagai individu yang paling dekat dengan pelajar semasa pelajar berada di sekolah. Oleh itu guru mestilah melaksanakan peranannya sebagai pengganti ibu bapa. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa hormat pelajar kepada guru atau orang lain di sekolah. Pelajar akan rasai dihargai dan diberi perhatian. Oleh itu tidak akan ada mana-mana pelajar beranggapan kehadiran mereka di sekolah seolah-olah tidak disedari oleh orang lain. Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan vandalisme dengan alasan ingin menarik perhatian rakan atau guru.

Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan

berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian

 

Perubahan kurikulum sekolah hendaklah berlandaskan selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mencapai matlamat dan aspirasi Wawasan 2020 yang meliputi :

 

-         perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu

-         perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran

-         perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

-         perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kearah pendidikan umum

-         perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk membangunkan sumber manusia dengan melatih kemahiran pelajar dalam bidang sains dan teknologi

 

Inovasi dan Reformasi Pendidikan Untuk Pembangunan Insan

 

Inovasi kurikulum dalam Pendidikan

 

Juga dikenali sebagai reformasi kurikulum. Membawa maksud pembaruan, perbaikan, pengubahsuaian atau pemulihan terhadap kurikulum sedia ada agar menjadi lebih  baik, lebih sempurna dan lebih sesuai mengikut keperluan negara. Tujuan pelancaran kaedah ini ialah:

 

-         keperluan masyarakat dan negara seperti melatih lebih banyak tenaga mahir dalam bidang vokasional

-         perkembangan sains dan teknologi dengan memberi tumpuan dalam Matematik dan Sains

-         perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan

 

Pelaksanaan KBSR dan KBSM kearah Wawasan 2020

 

Perubahan dan pelaksanaan yang diperlukan dalam KBSR ialah:

 

-         menyerapkan nilai-nilai murni dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

-         bukan menekankan kemahiran asas tetapi pengunaanya dengan secara betul dan jujur dan bertanggungjawab dalam sebarang urusan harian

-         kemahiran-kemahiran disusun semula yang paling asas kepada yang kompleks mengikut topic masing-masing

-         sukatan pelajaran setiap matapelajaran disusun semula mengikut perubahan dalam susunan kemahiran sekolah

-         amalan perdagangan diserap dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

-         matapelajaran Alam dan Manusia dipecah kepada Sains dan Kajian Tempatan

 

Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari menjelang tahun 2000 membawa reformasi kurikulum pendidikan untuk kedua-dua KBSR dan KBSM. Empat matapelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diperkenalkan di 90 buah sekolah rendah dan menengah dengan mengunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengjaran dan pembelajaran dengan kerjasama Pusat Perkembangan Kurikulum dengan Telekom Smart School.

 

Inovasi Kurikulum 2003

 

Diperingkat sekolah menengah beberapa reformasi pendidikan dilaksanakan seperti:

-         memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar dengan melanjutkan tempoh pelajaran dari 9 tahun hingga 11 tahun iaitu sehingga tingkatan 5 diperingkat sekolah menengah

-         mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga

-         mengubah sistem peperiksaan SRP kepada PMR mulai tahun 1993

-         menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah kepada peringkat umum

-         mengubah system peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dan menjadi system peperiksaan terbuka

-         mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuaikan KBSR dan KBSM menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

-         mengutamakan pelajaran Bahasa Inggeris dengan menggubal sukatan pelajarannya setarafdengan Kertas Ujian Bahasa Inggeris 1119 dalam peperiksaan SPM dan mewajibkan calon STPM mengambil kertas Ujian Bahasa Inggeris (MUET) sebagai syarat memohon masuk universiti tempatan

-         memperkenalkan computer sebagai alat pengajaran-pembelajaran

-         menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC 1999) untuk melaksanakan projek sekolah-sekolah bestari dan memperuntukkan kemudahan teknologi bagi penyelidikan dan kursus sarjana yang diusahakan dalam kampus Universiti Multimedia yang terletak dlam kawasan bandaraya MSC

-         menubuh sekolah-sekolah bestari didalam kawasan bandaraya MSC dan di tiap-tiap negeri di Malaysia menjelang 2000

-         melancarkan Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001-2010) pada 8.10.2001

-         melaksanakan program kurikulum baru bagi KBSR dan KBSM berdasarkan inovasi kurikulum untuk menghadapi cabaran pendidikan alaf baru

-         menukar bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah mulai tahun 2001

 

Ciri-Ciri Kurikulum Masa Depan Ke Arah Pembangunan Insan

 

Mengikut Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001-2010) yang diumumkan dalam Seminar Perkembangan Pendidikan di Shah Alam pada 8.10.2001 beberapa ciri kurikulum masa depan dapat diramal berdasarkan rancangan pendidikan berikut:

 

1.       Pendidikan Pra-Sekolah

 

-         system monitor akan dikuatkan agar pengurusan pra-sekolah akan mematuhi peraturan dan mengikut kurikulum yang ditetapkan Kementerian Pendidikan

-         kesempatan latihan pra-sekolah untuk guru akan ditambah

 

2.     Pendidikan Sekolah Rendah

 

-         persekolahan wajib sekolah rendah dikuatkuasakan bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur 6+ hingga 11+ tahun

-         memperbaiki penguasaan kemahiran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

-         memperkenalkan pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai matapelajaran dalam sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan untuk memupuk perpaduan dikalangan murid berbilang kaum

-         memastikan tiada masalah kekurangan guru dalam peringkat sekolah rendah

-         menempatkan 100% guru siswazah untuk diajar dalam Tahap Dua menjelang 2010

 

  1. Pendidikan Sekolah Menengah

 

-         menjelang tahun 2008, tempoh masa pendidikansekolah menengah akan dikurangkan dari 7 tahun ke 6 tahun

-         peperiksaan PMR akan dimansuhkan; pelajar Tingkatan Dua akan menduduki Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) bagi menentukan kemasukan ke aliran bidang pengajian di sekolah menengah atas yang akan dilaksanakan dalam tahun 2005

-         peperiksaan SPM di Tingkatan 4 yang dijangka bermula dalam tahun 2007

-         bidang pengajian untuk sekolah menengah atas dibagaikan mengikut 5 aliran iaitu Sastera, Sains, Teknikal, Agama, Kemahiran dan Voksional

-         sukatan pelajaran Sains sedia ada dimodifikasikan merangkumi elemen-elemen baru seperti Mekatronik, Bioteknologi dan Mikroeletronik

-         memperbaiki mutu Bahasa Inggeris pelajar termasuk kaum guru dan memperkenalkan program Bahasa Inggeris seperti Bahasa Inggeris Umum, Alternatif, Sains, Teknikal dan Remedial

-         lebih banyak opsyen Sains di Tingkatan Enam untuk mengalakkan lebh ramai pelajar bumiputera belajar Sains

-         program latihan tenaga pekerja akan diperkenalkan untuk melatih guru ijazah sarjana supaya mengajar Tingkatan Enam. Menjelang Tahun 2010, semua guru yang mengajar di Tingkatan Ena hendaklah pemegang Ijazah Sarjana

 

 

 

Cita negara untuk membangunkaninsan seimbang dan sumber manusia yang berkualiti adalah dicerminkan dalam intisari Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

 

Dibina pada Sep 10 dan dikemaskini pada 09/05/2010 11:30 PM oleh Pengendali@2006