Globalisasi dan Cabaran Pendidikan
 

Globalisasi dan Cabaran Pendidikan

 

Globalisasi Pendidikan

 

Globalisasi bermaksud merentas sempadan dan media. Dengan penggunaan Teknonologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) , pemerolehan ilmu tidak terhad di bangku sekolah sahaja tetapi berlaku melalui internet.

 

Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan atau GATS (General Agreement on Trade and Services : 1999)  yang ditandatangani oleh kebanyakan negara maju, bersetuju menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang untuk pertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan serta pengiktirafan sijil-sijil dari semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan tinggi diantara anggota-anggota.

 

Mengikut Prof.Micahel Gibbons (2003) , Setiausaha Agung Universiti Komanwel (ACU) globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan perlaksanaan pengajaran berkualiti. Ia mengalakkan penyelidikan  untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian.

 

Gibbons berkata globalisasi bukan budaya homogeniti tetapi menjana diversity. Guru akan merasa tertekan untuk menjana stail pengajaran kepada stail yang baru, Fungsi utama globalisasi ialah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkat tahap kemahiran dan pengalaman individu.

 

Cabaran globalisasi di Malaysia diteruskan dengan penubuhan Multimedia Super Corridor (MSC) , kembangan sekolah bestari, mereformasikan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, penswastaaan pendidikan tinggi.

 

Implikasi Globalisasi Pendidikan Terhadap Guru

 

Guru hendaklah bersifat dinamik iaitu responsive, berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari masa kesemasa. Hanya institusi yang dinamik berupaya memainkan peranan dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

 

Guru pada asasnya mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam matapelajaran yang hendak diajarinya. ajiji_facebook1.jpg Guru mesti mengetahui dan menguasai kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya agar pelajar memahami apa yang hendak disampaikan. Guru harus mempunyai sahsiah yang baik dan dihormati serta dicontohi. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan bersifat penyayang. Kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasil dari latihan yang membolehkan guru mengurus pengajarannya dengan berkesan. Latihan ini termasuk sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

 

Selain tugas diblik darjah, guru mempunyai peranan lain yang diharapkan masyarakat. Guru hendaklah menjadi pengganti ibu bapa, penasihat dan pebimbing di dalam pembentukan sahsiah pelajadi, menjadi kaunselor, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan sahsiah yang baik didalam masyarakat. Guru juga diharap menjadi agen pembaharuan, berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat pendidikan negara serta nilai dan kehendak masyarakat.

 

Di dalam konteks profesionalisme keguruan, pengetahuan yang diperolehi, kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap sesorang guru merupakan faktor penentu yang penting.

 

Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, seseorang guru hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap positif terhadap pekerjaannya. 

 

Ciri-Ciri Guru dalam Cabaran Globalisasi Pendidikan

 

  1. hendaklah mempunyai ciri beriltizam iaitu melibatkan cirri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas sebagai pendidik
  2. hendaklah berorientasikan maklumat iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru untuk dikongsikan
  3. hendaklah berwawasan iaitu berpandang jauh dan mempunyai visi
  4. hendaklah berpandangan global iaitu melihat perspektif pendidikan bukan terhad dalam negeri tetapi secara global
  5. hendaklah berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi dalam pendidikan serta perubahan kurikulumnya
  6. hendaklah berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan
  7. hendaklah mahir dalam teknologi pendidikan
  8. hendaklah membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan
  9. hendaklah merebut peluang pendidikan terbuka  seperti OUM, UNITAR, IMU , VMU
  10. hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan

 

Ciri berpandangan positif adalah ditonjolkan dalam kualiti perofesional keguruan iaitu:

 

- peka kepada perubahan

- sedar tentang keperluan negara

- bersikap positif terhadap pembelajaran

- mempunyai inovasi dalam tugas

 

Ciri fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran social merupakan kualiti social sesesorang guru iaitu:

 

-         mempunyai inovasi dalam perhubungan social

-         beperkerti mulia

-         mudah suai

-         berdaya kempimpinan

-         mempunyai kesedaran terhadap persekitaran

-         mengamal sikap toleransi

 

Perkembangan kendiri melalui proses pendidikan sepanjang hayat akan membolehkan guru melengkapi ilmu dan kemahiran terkini supaya berjaya melaksanakan tugas sebagai pendidik yang berwibawa, demi merealisasikan misi Kementerian Pendidikan serta aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

 

Dibina pada Sep 10 dan dikemaskini pada 09/06/2010 02:15 AM oleh Pengendali@2006