Make your own free website on Tripod.com
 

Apa itu Refleksi ?

Penyatuan persembahan portfolio anda adalah proses refleksi. Refleksi bukanlah satu tambahan ('add-on') kepada proses pembelajaran anda, portfolio atau amalan pengajaran. Refleksi yang baik akan membolehkan proses kesedaran kendiri, perkembangan diri dan perkembangan profesional serta mempertingkatkan amalan pengajaran.


Refleksi boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan, Anda akan berpeluang untuk berkongsi pengalaman pengajaran anda dengan orang lain dan akan mendapati penerimaan kefahaman yang berbeza dalam perkembangan anda sebagai seorang pendidik.


Oleh itu, refleksi kendiri dan dialog atau perbincangan dengan rakan sekerja akan membolehkan anda mendapatkan
:

 
1. bagaimana dan kenapa anda berfikir mengenai diri anda sebagai guru, pengajaran dan pentaksiran

2. apakah tindakan yang diambil oleh anda, apa kah pilihan yang telah anda tetapkan

3. apakah maksud dan pilihan tindakan anda

4. apakah pengajaran dan pengembangan yang telah berlaku

5. bagaimanakah anda boleh menukarkan amalan anda dimasa hadapan

6. apakah yang anda percaya mengenai nilai sosial pendidikan

7. apakah yang anda percaya mengenai peranan anda sebagai seorang yang profesional dalam bidang pendidikan


Apakah tujuan refleksi
?

 
Anda akan menerangkan dapatan yang diperolehi dari kerja kursus dan pengalaman anda. Refleksi boleh dikatakan sebagai pengumpulan dan pengingatan semula kejadian dan aktiviti yang telah lepas , ia adalah pengingatan mengenai kepercayaan anda. Dewey (1933) menyatakan  "reflection thus implies that something is believed in (or disbelieved in), not on its own direct account, but through something else which stands as witness, evidence, proof, voucher, warrant; that is, as ground of belief." .

 

Mengikut Dewey, pemikiran reflektif mengandungi dua bahagian: satu keadaan tentang kesangsian dan pencarian untuk mengatasi kesangsian.


 

PANDUAN MENULIS REFLEKSI

 

Salah satu tujuan anda menulis refleksi adalah untuk membolehkan anda memperlihatkan pengalaman, menyatukan pengajaran dan memastikan ianya relevan dengan tujuan anda, Kebiasaannya anda mungkin mempunyai topik spesifik untuk ditulis atau dimulakan dengan mengunakan kenyataan terbuka (open-ended ). Ini membolehkan anda memberi fokus dan perhatian mengenai sesuatu aspek tertentu atau pengalaman mengenai aspek tersebut. Bagaimana pun, selepas anda memulakan penulisan tersebut anda mungkin ingin menerangkannya dengan lebih mendalam atau pun menulis mengenai topik yang lain.

Mungkin juga anda ingin menentukan apakah yang menarik dan penting bagi anda.

 

Apabila anda menulis, anda hendaklah mengambil kira


___ penonton atau pembaca sebagai penasihat, instruktor atau rakan kuliah anda.
___ refleksi bukan lah sama dengan ringkasan. Anda hanya meringkaskan kandungan bahan atau pengalaman anda jika perlu bagi pembaca untuk memahami apa yang cuba anda tuliskan dan juga terhadap komen yang anda cuba nyatakan.

___ anda seharusnya menulis secara lebih mendalam.

Panjang sesuatu penulisan refleksi bukan sahaja bergantung kepada tajuk atau topik, jumlah bahan atau panjangnya pengalaman yang cuba disampaikan, tetapi turut diambil kira adalah sejauh manakah penyatuan idea dan hubungkaitannya dengan bahan dan pengalaman yang cuba disampaikan.


Kerapkali, pelajar akan bertanya kepada instruktor atau penasihat apakah yang di inginkan atau di mahukan dalam refleksi. Walaupun kandungan refleksi adalah berdasarkan kepada apa yang anda fikir dan bagaimana anda menyatukan idea, ia memerlukan pandangan yang mendalam, kaitan yang bermakna, bukti kefahaman dan penyatuan idea yang meluas. Terdapat banyak cara untuk menyatakan kriteria-kriteria tersebut, tetapi bagi yang berminat untuk mengetahui bimbingan lebih lanjut, untuk corak penulisan yang baik yang sesuai untuk semua adalah...

___ meringkaskan dan memadatkan kefahaman anda dengan ayat anda sendiri,
___ menyokong perspektif anda dengan contoh-contoh berdasarkan pengalaman anda,
___ setuju atau tidak setuju sokong dengan bukti,
___ keraguan atau persoalan sebarang elemen atau kesimpulan,
___ huraikan kesimpulan anda dengan gata tersendiri,
___ kenalpasti dan persoalkan soalan yang berikutnya.

Bukanlah menjadi kemestian untuk menyenaraikan kesemuanya bila menulis sesuatu refleksi; bagaimana pun, refleksi anda hendaklah menerangkan dengan mendalam pembelajaran anda dan keperluan yang menyeluruh bagi anda dan pembaca anda melakarkan atau membayangkan gambaran yang sebenar.

 

Pengendali@2006

Jun 17, 2008

 

Sumber : For Preservice and Inservice Art Teachers
Authored by: Sheri Klein, UW-Stout and William Chandler, UW-Whitewater

http://www.uwstout.edu/art/artedportfolios/reflect...