Menulis Review ~ Artikel
Sekilas Pandang
Apabila anda cuba menulis ‘review’ sesuatu artikel ,
anda hendaklah merumuskan , menilai dan memberikan komen yang kritikal mengenai idea dan informasi yang penulis artikel (author) cuba sampaikan didalam artikel beliau.
Artikel penyelidikan/saintifik
adalah berstruktur tinggi bagi membolehkan
maklumat mudah dicari, Kebiasaannya artikel penyelidikan mengandungi bahagian-bahagian berikut:
Tajuk Muka (Title Page), Abstrak (Abstract), Pengenalan (Introduction),
Kaedah (Method),
Keputusan (Results), Perbincangan
(Discussion) , Rujukan/Bibliografi (References/Bibliography),
dan Jadual dan Rajah (Tables/ Figures).
Anda hendaklah membaca dan memahami artikel,
menganalisa dapatan atau perbincangan dan menganalisa dan membuat komen
tentang artikel tersebut.
Membaca Artikel
Beri atau peruntukan masa untuk memahami bacaan anda
Baca artikel tanpa membuat nota
bagi membolehkan anda memperolehi kefahaman menyeluruh tentang idea yang cuba
disampaikan.
Kenalpasti:
-- soalan kajian (biasa dinyatakan di bab Abstrak dan Pengenalan)
-- hipotesis
artikel (biasanya di bahagian Pengenalan)
-- apa yang dicari atau ditulis (di
bahagian Kaedah)
-- dapatan (di bahagian Keputusan, termasuk Jadual dan Rajah)
-- bagaimana dapatan di terjemahkan (di bahagian Perbincangan)
Baca artikel berulangkali dan buat analisa
serta catatkan idea dan topik utama.
Kenalpasti
idea utama dan buat catatan ringkas.
Ulangi bacaan.
Tanya soalan-soalan
ini pada diri anda:
-- Apakah yang menarik tentang maklumat ini?
-- Bagaimanakah penulis menyokong hipotesis?
-- Apakah tujuan utama artikel ini?
-- Adakah artikel ini sesuai ?
-- Adakah perbincangan/tesis
ini sesuai dan menyakinkan? Adakah buktinya sah?
-- Bagaimanakah rekabentuk kajian menerangkan tesisi ini?
-- Apakah kawalan bagi kajian ini?
-- Adakah kaedahnya sesuai atau adakah
kelemahan?
-- Adakah keputusan atu hasilannya menyakinkan, adakah ianya diterangkan secara menyeluruh?
-- Apakah persoalan yang belum dijawab atau
yang dibuang atau tidak dinyatakan?
-- Adakah dapatan dikemukakan dan diterangkan dengan sepenuhnya?
-- Bolehkan dapatan atau maklumat di
terjemahkan dalam cara yang lain?
-- Bagaimanakah artikel ini menyumbang kepada bidang yang disampaikan atau adakah ianya menyumbang
kepada tujuan asal?
-- Bagaimanakah artikel
ini dihubungkaitkan dengan kursus?
Menulis Artikel
Pengenalan
-- Berikan atau nyatakan tajuk artikel dan nama penulis, sertakan sedutan penuh (citation) artikel tersebut. Kenla[sti penulis
melalui pekerjaan atau kepentingan.
-- Kenalpasti tujuan artikel ditulis
-- Maklumkan persoalan masalah yang cuba
disampaikan dan terangkan mengapa ianya penting dan
menarik. Nyatakan pandangan dan tanggapan keseluruhan anda.
-- Adalah mustahak, perenggan pengenalan dinyatakan kenyataan tesis yang mengenalpasti fakta utama yang akan
anda bincangkandalam peranggan analisa.
Badan (Analisa)
-- Nyatakan dengan ringkaskan kaedah, rekabentuk kajian, berapa perkara yang dikaitkan, apa yang berlaku, pembolehubah, apa yang diukur dan dimana kajian
dijalankan.
-- Nyatakan keputusan atau apakah yang diperolehi.
-- Tuliskan ringkasan analisa dapatan, perbincangan atau kesimpulan artikel atau kajian.
-- Bincangkan kelemahan atau kegunaan artikel
atau kajian.
-- Bicangkan kelemahan, kekuranganatau permasalahan artikel atau kajian.
-- Bincangkan apakah yang dipelajari atau diperolehi dari artikel atau rekomendasi
anda pada pelajar.
-- Sokongkan analisa anda dengan kenyataan
atau contoh yang spesifik.
Kesimpulan
-- Ringkas atau rumuskan perbincangan sebleumnya.
-- Buat keputusan mengenai atau nilaikan
artikel.
-- Nyatakan apakah yang telah anda pelajari
atau perolehi dari artikel tersebut.
-- Berikan pandangan atau komen untuk
masa depan atau implikasi kajian
Pengendali@2006
Jun 17, 2008