Make your own free website on Tripod.com
 

PEMBINAAN ITEM UJIAN

 

Dalam proses membina ujian, item didefinisikan sebagai perkara atau alat untuk mendapatkan respon yang merupakan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk

 

Menulis item memerlukan kombinasi kemahiran melalui latihan intensif, kritikal, pengalaman dan kreativiti.

 

 

Ciri Penulis Item

 

1.  mengetahui dengan baik konstruk termasuk tajuk, unit, konteks, tema dan sebagainya

2. mengetahui kefahaman tentang falsafah , matlamat dan objektif matapelajaran dgn tujuan kesahan 

    kandungan

3. mengetahui psikologi pendidikan tentang individu yang akan menduduki ujian dgn tujuan pertimbangan 

    profesional

4. mahir dalam komunikasi verbal termasuk interpretasi

5. mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis item dan pembinaan peraturan markah

6. mestilah kreatif dan mempunyai daya imaginasi dan pertimbangan yang baik

 

 

Idea Penulisan Item

 

JPU/JSU digunakan untuk memberi garis panduan tentang spesifikasi item yang akan dibina. Seharusnya item mengandungi perkara yang akan ditaksir dan dimanakah ini akan ditaksir. Contoh idea adalah :

 

1. pengetahuan tentang istilah, konsep, fakta, kaedah, syarat, hukum

2. kebolehan membuat inferens berdasarkan gambar dan pemerhatian

3. kebolehan mengunakan formula

 

 

Konsep Item

 

perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang merupakan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk

 

Komponen Item

 

1. Rangsangan/Stimulus

 

    matlamat khusus di mana soalan itu di dasarkan, mungkin berbentuk petikan, pernyataan, gambar rajah, 

    carta aliran, perbualan dan lain-lain (jangan lupa 50G)

 

2. Tugasan

 

    pernyataan tentang apa yang perlu diberikan atau dikemukakan sebagai respons kepada item dan 

    terdapat pada stem  soalan

 

3. Arahan

 

    pernyataan yang menunjukkan bagaimana cara respons itu harus diberikan atau di sampaikan

 

4. Peraturan Pemarkahan

 

    panduan yang telah disediakan untuk memberikan skor kepada respons pelajar

 

 

Ciri-Ciri Item

 

Item yang baik harus mempunyai ciri-ciri berikut ;

 

1. Keakuran

 

- akur kurikulum -> perkara yang ditaksir dan dimana ditaksir (tajuk/konteks) mestilah sebahagian dari

                             kurikulum

 

- akur spesifikasi -> perkara yang ditaksir dan dimana ditaksir (tajuk/konteks) mestilah akur dengan

                              spesifikasi ujian untuk menagwal mutu

 

- akur peluang -> pelajar.calon mestilah diberi peluang yang mencukupi mempelajari perkara yang di

                         taksir; peluang merujuk kepada kemudahan yang ada, kehadiran pengajar, kepakaran  

                         mengajar dalam menyampaikan ilmu, perkara yang ditaksir kepada calon, pengalaman

                         harian pelajar

 

2. Ketepatan dan Kejelasan

 

- tepat dengan konstruk -> perkara yang ditaksir iaitu perkara yang akan diperkembangkan di dalam diri

                                       pelajar yang dikenalpasti dari HSP dikategorikan sebagai pengetahuan,           

                                       pemahaman, kemahiran dan nilai

 

- tepat dengan tajuk/konteks -> penting untuk memastikan calon biasa dengan perkara atau idea yang

                                                dikemukakan; jadi kalau tidak di ajar maka tidak tepatlah item

 

- jelas -> stimulus, tugasan dan arahan hendaklah jelas dengan maksud isyarat yang diberikan harus

              berkaitan dengan apa yang dilakukan dan bagaimana harus di respons

 

3. Kesesuaian

 

- aras kesukaran -> a) item mudah ( boleh dijawab sebahagian besar pelajar )

                            b) item sederhana ( boleh dijawab pelajar sederhana dan cemerlang )

                            c) item sukar ( boleh di jawab pelajar cemerlang sahaja)

 

- kepentingan -> item yang diberi merupakan perwakilan beberapa tajuk-konstruk dan jika

                         tajuk/konstruk itu adalah asing maka hendaklah dielakkan

 

- adil -> tidak memberi faedah kepada golongan tertentu sahaja samada mengkut aras, jantina, tempat

             tinggal atau status ekonomi

 

9-Poin Item

 

9poin

Click to see better

 

Klasifikasi Item

 

1. Item Pengingatan (Recall) -> item mengingat kembali

2. Item Pemikiran (Thinking) -> mengaplikasi kemahiran berfikir untu menjawab

 

- item pemikiran harus di kembangkan sesuai dengan HSP

- pemikiran kreatif -> konsep generatif

                             - melibatkan -> menghasilan baru

                             - kelancaran -> menghuraikan

                             - keluwesan - >mengembang

                             - kejelasan -> kebolehan

                             - keaslian -> menghasil perkara baru

- pemikiran kritis  -> konsep evaluatif

                            - keboleh keobjektifan -> menilai dengan fakta tepat

                            - kejituan -> pertimbangan tepat dan sesuai

                            - kegigihan -> pertahankan pendirian

 

 Oleh itu , setiap item yang  memerlukan pelajar berfikir secara kritis hendaklah mempunyai :

 

                     i) situasi dibekalkan

                    ii) set pengetahuan/kemahiran

                   iii) peluang membuat penghakiman

                    iv) peluang membuat keputusan

 

 

 

Ringkasan Perbezaan Jenis-Jenis Ujian

Jenis

 

Kelebihan

 

Kekangan

 

Aneka Pilihan

 (Multiple-choice)

 

  • Boleh mengukur semua jenis kebolehan tahap pelajar
  • Membolehkan persampelan meluas keatas kandungan subjek
  • Cepat dan mudah penskoran
  • Membolehkan penskoran objektif
  • Boleh dianalisa keberkesanan

 

  • Sukar membina item yang baik
  • Mudah kearah mengukur pengetahuan

 

Padanan

(Matching)

 

  • Mudah dibina
  • Mengurangkan masa pembacaan
  • Membolehkan skoran berkesan dan objektif

 

  • Tidak berapa sesuai untuk menguji kebolehan tahap tinggi
  • Menguji kearah “simple recall. “

 

Betul-Salah

 (True/False)

 

  • Berkesan untuk menguji pensampelan maklumat yang besar
  • Membolehkan  penskoran berkesan dan objektif

 

  • Meninggikan kadar tekaan
  • Sukar membina item berkesan.

 

Jawapan Pendek
  • Mengurangkan tekaan
  • Membolehkan rangkuman kandungan yang luas
  • Mudah dibina.

 

  • Mengukur kebolehan yang terhad
  • Tidak boleh menggunakan mesin untuk penskoran.
  • Penskoran berpandukan pertimbangan

 

Esei

 

  • Mudah dan cepat dibina.
  • Mengurangkan tekaan  
  • Menguji tahap pemikiran tinggi.

 

  • Bilangan item terhad.
  • Mengambil masa untuk penskoran.
  • Kebolehpercayaan skoran agak rendah.

 

  Kesesuaian Padanan Ujian

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Jenis Ujian

 

Pelajar akan boleh mengkategorikan dan

menamakan komponen proses

 

Ujian Objektif

(Aneka pilihan, Padanan)

 

Pelajar akan boleh membuat kritikan dan

memberi pandangan

 

Ujian Bertulis

 

Pelajar akan boleh menunjukkan

keberkesanan

 

Ujian Pencapaian

 

Pelajar akan boleh membuat penghafalan

 

Ujian Jawapan Pendek

 

 Dalam membina item,anda hendaklah mengambil kira item dan masa yang diperuntukkan. Fikirkan mengenai jangkamasa kelas dengan tahap pembacaan murid anda. Anda tentu tidak mahu murid anda tergesa-gesa dan akhirnya kecewa disebabkan mereka tidak dapat menunjukkan kebolehan kefahaman mereka tentang bahan yang diberikan dengan masa yang diberikan. Bersama ini disertakan jangkaan masa bagi menyediakan item ujian seperti yang dilaporkan Nitko, 1996.

In writing test items, you must consider the question of test length. Consider both the length of the class and the reading level of your students. You do not want students to feel rushed and frustrated because they were not able to demonstrate their knowledge of the material in the allotted time. Some general guidelines regarding time requirements for high school student test takers (as reported by Nitko in1996) are as follows:
 

Task

Approximate Time Per Item
True/False items 20-30 seconds
Multiple-choice (factual) 40-60 seconds
Multiple-choice (complex) 70-90 seconds
Matching (5 stems/6 choices) 2-4 minutes
Short-answer 2-4 minutes
Multiple-choice (with calculations) 2-5 minutes
Word problems (simple math) 5-10 minutes
Short Essays 15-20 minutes
Data analysis/graphing 15-25 minutes
Extended essays 35-50 minutes

Jika anda mengabungkan item pelbagai pilihan dan esei, anggaran ini boleh membantu anda menentukan berapakah yang harus di masukkan. Biasanya guru yang baru akan menyediakan terlalu banyak item berbanding dengan masa yang diperuntukkan. Ini adalah kurang baik.

If you are combining multiple-choice and essay items, these estimates may help you decide how many to include. One mistake often made by first-time teachers is having too many questions for the time allowed.

http://www.pitt.edu/~ciddeweb/ta/ta_handbook/chapter-8.htm

 

 
Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini  
Page Created 1 Mac 2006 and last updated on 07 Jul 2011 by Pengendali@ 2006