CIRI-CIRI UTAMA UJIAN

 

Penilaian merangkumi kesemua proses yang melibatkan pengukuran dan pengujian dan membuat penghakiman terhadap hasilan keputusan yang diperolehi. Dengan itu, pengujian dan penilaian merupakan alat yang amat penting didalam sesuatu organisasi.

 

Untuk membina sesuatu ujian yang dikatakan baik, setiap guru hendaklah memahami dan mengetahui beberapa prinsip yang penting. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan adalah :

 

a) Kesahan
b) Kebolehpercayaan
c) Keobjektifan
d) Kebolehtadbiran
e) Kebolehtafsiran

Kesahan merujuk kepada tahap sesuatu ujian dapat mengukur apa yang sepatutnya di ukur iaitu tahap dimana sesuatu ujian memenuhi objektif yang dihajati. Ciri-ciri kesahan dalam pengujian boleh dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan pengujian yang ingin di jalankan yang di antaranya adalah :

a) kesahan kandungan
b) kesahan ramalan
c) kesahan serentak
d) kesahan konstruk

 

>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

 

  1. Ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya di ukur
  2. contoh jika kita hendak mengukur sikap hendaknya kita mengukur sikap
  3. contoh jika kita gunakan ujian diagnostik maka tidak sah jika diberi gred
  4. contoh jika ujian ejaan hendaknya mengukur kebolehan mengeja atau ujian mendengar hanyalah untuk mengukur kemahiran mendengar

 

1) Kesahan kandungan/isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

 

-          merangkumi kandungan ujian yang hendak di ukur

-          merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan pengajaran yang ditentukan atau bidang pengajaran yang khusus

-          digunakan dalam ujian pencapaian

-          mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi matapelajaran tertentu

-          memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili aspek penting pelajaran yang diajar

-          bergantung kepada relevansi atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diiperhatikan atau diketahui

-          perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran, Jadual Spesifikasi Ujian

 

2) Kesahan Berkaitan Kriteria

 

Perbezaan diantara kesahan semasa dan ramalan bergantung kepada prosedur mentadbir ujian iaitu :-

 

Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent) atau setelah beberapa bulan berlalu (predictive)

 

a) Kesahan semasa/serentak bertujuan menentukan tahap seseorang murid. Merujuk kepada pencapaian ujian seseorang calon didalam sesuatu ujian adalah sama atau setara dengan pencapaian di dalam ujian yang lain.

 

Contohnya, jika anda melakukan kesilapan di dalam satu ujian matapelajaran, anda juga di jangka akan melakukan kesilapan yang hampir sama di dalam ujian yang lain (yang sama), bermaksud anda akan mengulangi kesilapan yang sama di dalam ujian ulangan untuk matapelajaran yang sama. 

 

Contohnya, jika sesorang guru membina dan menjalankan satu ujian yang melibatkan aspek kerja sekolah dan hasilan keputusan ujian adalah sama dengan pencapaian yang di tunjukkan maka dikatakan ujian tersebut mempunyai kesahan semasa yang tinggi.

 

Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

 

- hubungkait diantara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriteria tertentu

- di tadbir pada masa yang sama atau dalam jangkamasa yang pendek



b) Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Untuk mendapatkan kesahan ramalan yang tinggi, item ujian hendaklah benar-benar menguji kebolehan yang relevan dengan kebolehan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan didalam sesuatu bidang yang akan diterokai kelak.

 

Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.

 

Contohnya, seseorang pelajar Matrikulasi yang memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan SPM/STPM akan dijangka memperolehi keputusan yang baik di peringkat peperiksaan Matrikulasi kelak.

 

- maklumat dikumpul melalui ujian/criteria/tingkahlaku yang hendak di ukur oleh ujian berlaku

- membuat perbandingan antara maklumat  yang dikumpul  dan skor yang diperolehi daripada pelajar yang mengambil ujian tersebut

- dapat menentukan kebolehan calon untuk melaksanakan tugasan didalam sesuatu keadaan yang berbeza dengan efektif.

- dapat meramalkan perubahan sikap seseorang calon di masa akan datang.

 

3) Kesahan gagasan/konstruk merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Tujuan ujian ini adalah untuk mengukur tahap kebolehan ciri mental atau kognitif individu seperti kecerdasan, kebolehan dan kemahiran berfikir, kreaviti, motivasi, emosi, toleransi, kebolehan mengulas, keadilan dan sifat

 

Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

 

Contohnya, alat yang dibina untuk mengukur konstruksabarsepatutnya mengukur konstruk ini dengan baik. Pembina item inventori perlu terlebih dahulu memahami maksudtidak sabar’, kurang sabar’, ‘sabardan juga ciri orang yang ‘tidak sabaratau kurang sabar

 

- ujian ditadbir kepada pelajar yang julat pencapaiannya luas

- keputusan ujian membezakan antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan yang rendah dan ujian tersebut dianggap mengukur kebolehan konstruk

 

 

4) Kesahan muka merujuk kepada ujian dilihat mengukur apa yang hendak diukur. Nampak pada permukaan sahaja dan jika sesorang itu tidak terlatih dalam pembinaan dan perealisasian item , maka item dikatakan sah.

 

ajiji_facebook.jpg

-
meningkatkan motivasi semasa pelajar mengambil ujian

- mengurangkan perasaan kurang puas hati atau tidak adil kepada kumpulan pelajar yang berskor rendah

- membantu menyakinkan pengguna yang berpotensi contohnya guru, pentadbir sekolah untuk mengunakan ujian tersebut
 

 

 

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. Juga bermaksud ketekalan markah atau skor yang dihasilkan dari  ujian tersebut Namun kebolehpercayaan juga di pengaruhi oleh faktor-faktor seperti emosi, tempat ujian dijalankan, situasi persekitaran, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.
 

Jenis-Jenis Kebolehpercayaan

 

a) Ukuran Kestabilan juga dipanggil "anggaran kebolehpercayan uji-uji semula ( test-retes estimate of realibility) boleh di kira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian pertama di tadbirkan dan seterusnya mengira pekali korelasi Perason antara dua atau pasangan skor yang diperolehi setiap pelajar.

 

- memberi gambaran tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi skor yang diperolehi pelajar sekiranya di ulang semula ujian yang sama

 

b) Ujian Keseteraan atau ujian keselarian (parallel) dikira dengan memberi dua ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Sepsifikasi Ujian, format soalan dan arahan menajwab serta min, varians dan interkolerasi skor) kepad kumpulan pelajar dan pada hari yang sama dan seterusnya mengira pekali korelasi Pearson antara dua atau pasangan skor yang diperolehi setiap pelajar.

 

c) Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan ini akan memberi tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generlisasi skor yang akan diperolehi pelajar sekiranya mereka diberi ujian yang setara pada masa yang berlainan. Ujian akan menghapus kesan hafalan jawapan atau kesan latih-tubi soalan ujian pertama terhadap jawapan ujian kedua di samping menilai pencapaian pelajar selepas jangka masa yang panjang.

 

d) Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan mengunakan sekali ujian sahaja. Boleh di lakukan dengan membelah atau memecahkan ujian kepada separuh-separuh (split-half). Mengunakan rumus Kuder-Richardson dan kaedah Alpha Cronbach. Pengiraan akan menunjukkan hubungan atau korelasi antara setiap item dengan sejumlah skor ujian atau keseragaman (homogeneity) antara item dalam sesuatu ujian.

 

e) Kebolehpercayaan Pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran atau skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Kebolehpercayaan pemeriksa akan memberikan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi bahawa skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa kepada pelajar adalah sama bagi menyeragamkan pemberian markah apabila skrip jawapan ujian diperiksa oleh ramai pemeriksa.

 

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

 

i) Panjang Ujian indeks kebolehpercayaan akan meningkat sekiranya ujian bertambah panjang.

ii) Kehomogenan Kumpulan mempengaruhi indeks kesukaran dimana indeks kebolehpercayaan akan menjadi lebih rendah jika kumpulan homogenous yang mengambil ujian.

iii) Kesukaran Item menunjukkan ujian yang susah akan mewujudkan kumpulan yang heterogenous (berbeza) yang akan meningkatkan nilai kebolehpercayaan.

iv) Objektiviti Jawapan menunjukkan item-item yang jawapannya lebih objektif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan sebaliknya item-item yang mempunyai jawapan yang lebih subjektif akan mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah.

 

 


>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin. Panduan Pemarkahan dan proses moderasi turut di jalankan untuk memastikan perbezaan pemarkahan  di antara pemeriksa dapat di kurangkan.

>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Ujian juga hendaklah praktikal dan mudah di urus. Pelaksanaan ujian juga memerlukan bilik darjah atau dewan peperiksaan yang memenuhi spesifikasi dan sesuai untuk dijalankan ujian. Ini termasuklah persediaan dewan atau bilik darjah yang sistematik dan efisien, penghantaran dan pentadbiran kertas ujian, memneri arahan dengan terang dan jelas, pengawasan yang teratur dan pemungutan kertas ujian dan skrip jawapan. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

 

>> Kemudahtafsiran maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian. Merujuk kepada hasilan keputusan ujian yang diterjemahkan agar ianya memberi maklumat yang jelas tentang objektif penilaian. Ini bermaksud hasilan dan keputusan ujian mudah diperolehi dan diterjemahkan bagi memberi gambaran tentang atau mengenai :

 

i) pencapaian seseorang pelajar di dalam bilik darjah

ii) pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

iii) kekuatan dan kelemahan pembelajaran seseorang pelajar

iv) kesesuaian strategi pengajaran

v)  kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar

vi) kesesuaian aras kesukaran item ujian

vii) membandingkan keputusan di antara ujian-ujian yang dijalankan

 

Ini bermakna keputusan pemarkahan yang diperolehi boleh di tukarkan kepada pernomboran statistik seperti purata (mean), sisihan piawai (standard deviaiton), skor piawai Z dan skor piawai T. Dan jika semua ini berlaku, ujian di anggap sebagai mudahtafsiran. 

 

 

Relevansi

 

Alfa Cronbach

Indeks untuk mengukur ketekalan dalaman atau keseragaman item atau soalan yang bukan berjawapan dikotomi

 

Indeks Kesukaran

Indeks untuk mengukur aras kesukaran sesuatu item iaitu nisbah calon yang memberi jawapan betul kepada jumlah calon atau markah purata dibahagikan  dengan julat markah penuh

 

Indeks Diskriminasi

Indeks yang dihasilkan oleh sesuatu item untuk mengukur perbezaan keupayaan pelajar iaitu nisbah pelajar pandai yang menjawab dengan betul ditolak nisbah pelajar lemah yang menjawab soalan yang betul

 

Indeks Kebolehpercayaan

Indeks untuk mengukur ketekalan ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu ukuran yang boleh dikira dengan mengunakan pekali korelasi Pearson (coefficient correlation), Kuder-Richardson atau Alpha Cronbach

 

Indeks Kesahan

Indeks untuk mengukur sejauh mana sesuatu alat dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut  yang boleh dikira menggunakan pekali korelasi Pearson atau persamaan regresi

 

Kesahan Konstruk/Gagasan

Kesahan dari segi sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk tertentu

 

Kesahan Kandungan

Kesahan sejauh mana sesuatu ujian mewakili kandungan sukatan pelajaran yang telah diajar

 

Kesahan Kriteria

Kesahan sejauh mana sesuatu ujian mempunyai hubungan dengan ujian yang lain sama ada ujian yang ditadbirkan secara serentak atau kemudian

 

Kesahan Muka

Kesahan sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk tertentu seperti yang dipersepsikan calon yang menduduki ujian

 

Semakan  9 Poin

Semakan 9 Poin

 

 

Dibina pada Julai 10 dan dikemaskini pada 07/15/2010 09:16 AM oleh Pengendali@2006