Make your own free website on Tripod.com
Keselamatan Analisis Am 2004

ASPEK KESELAMATAN DALAM PENGHASILAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

(Petikan Nota Mesyuarat Keselamatan dan Peningkatan Profesionalisma Pegawai/Kakitangan SPPU 24/5/04-28/5/04)

 

                                                                                                                                            Butakah Cinta ~ Berapa lamakah lagi~Terpaksa aku menanti~Sehingga teguhnya pendirian dihati ~Bukan hanya kepentingan~ Malahan keegoan telah ku korbankan~ Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan Buat mu seorang...Kiranya semua itu~Tak memadai bagi mu~Apa sebenarnya ~yang kau mahu~Ku tak tahu...Kau hilang bila ku tiba~Kau datang bila ku kecewa...Terasa diri...di persenda...Dimana berakhirnya nanti~Permainan sendiwara mu ini...Sesungguhnya aku... tak mengerti...Jika benar cinta itu buta...Butakah mata ku...Berkali terluka masih jua... ku merindu...Apa yang ku inginkan...Cuma kejujuran dalam perhubungan...Jika itu tiada...Apalah ertinya...Penantian ini hanya sia-sia...( 2X )

 

Analisis Item 

 

PIAWAIAN PERSONEL

  1. mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang keperluan dan kepentingan menganalisis item

  2. mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perkara-perkara yang akan diambil kira semasa menganalisis item

  3. mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang bagaimana hendak menganalisis item

PIAWAIAN PROSES

  1. menyemak keakuran item dengan Spesifikasi Ujian dari aspek

          - kandungan/tajuk

          - konstruk yang dikur

          - Jadual Spesifikasi Ujian

 

    2.   menyusun item mengikut kod tertentu

    

          - kandungan/tajuk

          - konstruk yang diukur       

 

    3.  menyemak semula item dari aspek persembahan fizikal

 

           -  kejelasan arah

           -  kejelasan, kecakupan dan kerelevanan maklumat

           -  pengunaan bahasa dan istilah yang betul

           -  bias dan sensitiviti

 

    4. memperbaiki atau mengubahsuai item yang tidak berfungsi

 

         

PIAWAIAN PRODUK

  1. sekumpulan item yang akur dengan spesifikasi ujian dan sedia untuk pemasangan kertas soalan

 

 

Tafsir 

 

Item

 

Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapat evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk yang hendak diketahui tahapnya/kehadirannya pada seseorang pelajar serta pemberian skornya

 

Item Pentaksiran

 

Alat, instrumen atau kaedah untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan atau pencapaian pelajar terhadap sesuatu konstruk untuk dibuat pertimbangan

 

Statistik Item

 

maklumat tentang tingkah laku item dari segi kesukaran item, keupayaan item, dari segi mendiskriminasi antara pelbagai tahap pencapaian calon yang mengambil ujian dan keberkesanan distraktor pada item berkenaan bagi menarik calon-calon yang tidak menguasai perkara-perkara yang diuji

 

Analisis Item adalah satu taburan data mengenai respons pelajar-pelajar terhadap item itu. 

 

Fungsi utama analisis item adalah mengawal kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian.

 

Diantara fungsi lain ialah :

 

1. mengenal pasti item yang mempunyai unsur keraguan (ambigous), salah kunci atau kunci kurang berfungsi, terlalu

   mudah, terlalu sukar, berupaya mendiskriminasi kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah, mempunyai unsur tekaan

   (guessing)

2. membaiki item supaya lebih berfungsi dari segi kesahan, kebolehpercayaan dan objektif ujian

3. membina bank item

4. menganggar statistik ujian sebenar

5.menggunakan untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian kurikulum, pemilihan, diagnosis, pemarkahan dan

    memperbaiki  kemahiran menulis

 

 

MAKLUMAT ASAS DATA ANALISIS ITEM

 

1. Indeks Kesukaran (Index Difficulty)

 

ialah satu indeks pengukuran tentang kesukaran item bagi kumpula yang diuji. Indeks ini menunjukan sama ada sesuatu item adalah terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah.

 

Garrett (1959), Sax (1980) dan Brown (1983) menyatakan bahawa satu kesukaran sesuatu item juga bergantung kepada berapa ramai calon dalam kumpulan yang diuji menjawab dengan betul. Dalam situasi ini, indeks kesukaran disebut sebagai indeks pilihan apabila ia mewakili perkadaran atau peratus calon dalam kumpulan yang diuji dapat menjawab sesuatu item dengan betul.

 

Indeks kesukaran dinyatakan sebagai perkadaran dan julatnya adalah diantara 0 dan 1. Lebih tinggi nilai indeks, lebih mudah item berkenaan kepada kumpulan yang diuji kerana lebih ramai calon dapat menjawab dengan betul.

 

Item yang diprauji adalah dari kumpulan yang berbeza. Skor daripada taburan yang berbeza hanya sah dibandingkan apabila purata dan sisih piawainya adalah sama. Indeks kesukaran bagi item-item yang telah di prauji mesti ditukarkan kepada satu skala linear supaya boleh dibuat perbandingan dan seterusnya digunakan untuk pemasangan satu kertas soalan. Indeks kesukaran item yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia ialah satu skala linear, yang dinamakan skala Delta, yang mengunakan sisih min 13 dan sisih lazim 14.

 

Lampiran 1 menunjukkan hubungan indeks pilihan dengan indeks kesukaran mengunakan skala delta

 

Pengunaan skala delta memerlukan andaian bahawa kebolehan (trait) yang diukur itu mempunyai taburan normal

 

Lampiran 2 mengemukakan pengiraan bagi indeks kesukaran item berbentuk subjektif/esei yang skornya berbentuk selanjar.

 

Lembaga Peperiksaan Malaysia memberi penilaian keatas nilai-nilai Delta seperti berikut :-

 

Indeks Kesukaran
(Nilai Delta)

Penilaian Item

16.5 Ke Atas

Terlalu sukar, Tidak sesuai digunakan

        16.0 - 16.4

Sukar, Item boleh diguna dengan syarat diperbaiki dan di prauji semula

        15.0 - 15.8

Sukar tetapi boleh terus diguna

        12.5 - 14.9

Sederhana dan boleh terus digunakan

        10.4 - 12.4

Mudah tetapi boleh terus digunakan

        9.8 - 10.3

Mudah, boleh diguna dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula

        9.6 Ke Bawah

Terlalu mudah, tidak sesuai digunakan

 

 

2. Indeks Diskriminasi (Discrimination Index)

 

Thorndike (1955)Tutor ..eeh betui ka dia ni "cikgu" ? mendefinisikan indeks diskriminisi sebagai indeks yang menunjukkan keupayaan item itu mendiskriminasi antara kebolehan kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah. Sax (1980) mentakrifkan indeks diskriminasi sebagai pekali korelasi yang menghubungkan skor item dengan skor kriterion, amnya skor kriterion merujuk kepada skor ujian.

 

Lembaga Peperiksaan Malaysia mengunakan korelasi biserial titik (Point Biserial), rpbis, yang menghubungkan antara prestasi berbagai kumpulan terhadap sesuatu item dengan prestasi mereka keatas sesuatu kriterion yang mengukur kebolehan yang sama. Markah keseluruhan ujian dijadikan kriterion. Korelasi ini juga digunakan kerana skor item adalah dikotomi dan skor kriterion adalah selanjar. Korelasi ini juga sangat sesuai digunakan kerana sampel praujian dianggap stabil atau setara dengan kumpulan pos-ujian.

 

Seorang pelajar yang memperolehi yang tinggi didalam sesuatu ujian seharusnya memperolehi skor yang tinggi bagi tiap-tiap item yang dijawab dalam ujian itu. ini bermakna korelasi tesebut tinggi. Dengan itu, item yang mempunyai pekali korelasi (indeks diskriminasi) yang tinggi dikatakan mempunyai keupayaan yang tinggi diskriminasinya.

 

Kebolehpercayaan merujuk kepada takat perbezaan markat ujian calon yang disebabkan oleh perbezaan sebenar kebolehan calon. Oleh itu, ujian yang kebolehpercayaan tinggi mesti mengandungi item-item yang mempunyai indeks diskriminasi yang positif dan tinggi.

 

Pengiraan bagi rpbis adalah seperti Lampiran 3

 

Jadual di bawah menunjukkan pekali korelasi yang sesuai digunakan mengikut bentuk skor item dan skor kriterion.

 

Pekali Korelasi

Skor Item

Skor Kriterion

Pearson

Selanjar

Selanjar

Point Biserial

Dikotomi Sebenar

Selanjar

Phi

Dikotomi Sebenar

Dikotomi Sebenar

Biserial

Selanjar tetapi ditukar kepada dikotomi

Selanjar

Tetrachoric

Selanjar tetapi ditukar kepada dikotomi

Selanjar tetapi ditukar kepada dikotomi

 

 

 

Indeks diskriminasi bagi sesuatu item objektif aneka pilihan boleh digunakan membahagi aras Tutor ..eeh betui ka dia ni "cikgu" ?prestasi pelajar yang diperkenalkan oleh Martuza (1977) dan Sax (1980). Setelah item-item diperiksa, kertas jawapan pelajar disusun mengikut markah secara tertib menaik. Kumpulan (20%-30%) pelajar cerdas dan Kumpulan (20%-30%) pelajar lemah diasingkan.

 

Dengan menggunakan rumus :

                                     

                    

   T     -     R

T     -   R

D=___________________

atau

D=_______________

1/2 (NT + NR)

NT @ NR

 

dengan keadaan

 

T                = bilangan pelajar dalam kumpulan cerdas yang menjawab dengan betul

R               = bilangan pelajar dalam kumpulan lemah yang menjawab dengan betul

NT             = jumlah pelajar dalam kumpulan cerdas

NR            = jumlah pelajar dalam kumpulan lemah

 

Jika semua pelajar dalam kumpulan cerdas dapat menjawab dengan betul dan tidak seorang pun pelajar dalam kumpulan lemah dapat menjawab dengan betul, nilai diskriminasi adalah 1. Jika sebaliknya berlaku, nilai indeks tersebut adalah -1. Jika nilai indeks 0, item tersebut tidak berupaya mendiskriminasi antara kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah.

 

Kaedah ini adalah seperti dalam Lampiran 4.

 

Pekali korelasi (indeks diskriminasi) hasil darab momen Pearson, r , digunakan untuk ujian esei/struktur yang skor item dan jumlah skornya bebentuk selanjar, pengiraan bagi r adalah seperti dalam Lampiran 5.

 

Ebel (1979), mengariskan beberapa penilaian keatas nilai-nilai indeks diskriminasi seperti berikut :-

 

Indeks Diskriminasi

Penilaian Item

0.4 Ke Atas

Sangat baik

0.30 - 0.39

Baik dan boleh tetapi mungkin boleh diperbaiki

0.20 - 0.29

Item ini boleh digunakan dengan syarat diperbaiki

0.19 ke Bawah

Sangat tidak baik, item perlu ditolak atau dikaji semula

 

Lembaga Peperiksaan Malaysia memberi penilaian ke atas nilai-nilai indeks diskriminasi seperti berikut :

 

Indeks Diskriminasi

Penilaian Item

0.4 Ke Atas

Sangat baik

0.30 - 0.39

Baik dan boleh terus digunakan

0.20 - 0.29

Baik tetapi mungkin boleh diperbaiki dan diprauji semula sebelum digunakan

0.15 - 0.19

Item ini boleh digunakan dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula

0.14 ke Bawah

Sangat tidak baik, item perlu ditolak atau dikaji semula

 

 

MENGANALISIS ITEM

 

Statistik Ujian

 

Rajah dibawah menunjukkan contoh satu keratan data statistik ujian

 

MPV  1974 ANALISIS ITEM BAGI 7000/1 PENGURUSAN ILMU

 

N    = 396 377

MDELTA = 13.492

K    = 50

MRPBIS  = 0.468

M   = 22.624

KR          = 20

SD = 11.473

SEM       = 3.057

 

Maklumat yang diperolehi merujuk kepada data tersebut

 

MPV 1974

Merujuk kepada jenis peperiksaan dan tahun diadakan. Bagi kes ini peperiksaan MPV  pada  tahun 1974

7000/1 

Merujuk kepada nama dan kod matapelajaran

N

Jumlah pelajar yang mengambil ujian

K

Jumlah item dalam ujian

M

Min skor bagi ujian

SD

Sisih lazim bagi ujian

MDELTA

Min Delta bagi ujian, nilai ini mewakili min aras kesukaran bagi ujian

MRPBIS

Singkatan bagi korelasi Mean R Point Biserial

KR20

Singkatan bagi Kudder-Richardson 20, kaedah khas untuk mencari pekali kebolehpercayaan dalaman ujian apabila item-item ujian diberi skor dalam bentuk dikotomus iaitu 1 untuk betul dan 0 untuk salah

SEM

Singkatan bagi Standard Error of Measurement

        

 

 

STATISTIK ITEM

 

Contoh menunjukkan satu keratan data statistik item

 

O

A

B

C

D

P

0.000

*0.408

0.274

0.176

0.142

MCS

4.236

15.382

12.201

10.654

10.115

RPBIS

0.000

0.493

0.712-

0.113-

0.201-

 

Nota pendek :-

 

Ruang O tidak perlu baca, O bermaksud omitted

A,B,C dan D bermaksud opsyen (pilihan)

 

P bermaksud kadaran pelajar yang memilih opsyen

 

*0.408 menunjukkan 40% daripada calon memilih jawapan A sebagai pilihan jawapan

0.274  menunjukkan 27.4% calon memilih B sebagai pilihan jawapan 

0.176 menunjukkan 17.6% calon memilih C sebagai pilihan jawapan

0.142 menunjukkan 14.2% calon memilih D sebagai pilihan jawapan

 

Jika P < 0.5, dikatakan soalan terlalu sukar

Jika P > 0.8, dikatakan soalan terlalu mudah

 

MCS adalah singkatan Mean Criterion Score (Markat Kriteria Min)

 

Berdasarkan data, markat kriteria min bagi kumpulan calon yang memilih A ialah 15.382 dan adalah paling tinggi berbanding dengan kumpulan calon yang memilih opsyen B,C dan D. Kumpulan calon yang lemah memilih opsyen D

 

RPBIS adalah singkatan korelasi R Point Biserial

 

menunjukkan indeks diskriminasi setiap opsyen. Semakin besar nilai RPBIS, semakin kuat keupayaan opsyen itu mendiskriminasi antara kumpulan calon cerdas dengan kumpulan calon lemah.

 

Tanda + dan -  selepas setiap nilai menunjukkan ciri opsyen. Opsyen yang tidak berdaya mendiskriminasi mempunyai nilai RPBIS menghampiri sifar.

 

 

Lampiran 1

 

Penukaran Nilai p kepada nilai Delta mengunakan Skala Delta

 pada Min Delta = 13.0 dan Sisihan Piawai Delta = 4.0

 

 

Nilai Delta

Nilai P

0.00

0.01

0.02

0.03

0.04

0.05

0.06

0.07

0.08

0.09

0.00

- - - - -

19.6

19.2

18.9

18.5

18.4

0.1

18.1

17.9

17.7

17.5

17.3

17.1

17.0

16.8

16.7

16.5

0.2

16.4

16.2

16.1

16.0

15.8

15.7

15.6

15.5

15.3

15.2

0.3

15.1

15.0

14.9

14.8

14.7

14.5

14.4

14.3

14.2

14.1

0.4

14.0

13.9

13.8

13.7

13.6

13.5

13.4

13.3

13.2

13.1

0.5

13.0

12.9

12.8

12.7

12.6

12.5

12.4

12.3

12.2

12.1

0.6

12.0

11.9

11.8

11.7

11.6

11.5

11.3

11.2

11.1

11.0

0.7

10.9

10.8

10.7

10.5

10.4

10.3

10.2

10.0

9.9

9.8

0.8

9.6

9.5

9.3

9.2

9.0

8.9

8.7

8.5

8.3

8.1

0.9 

7.9

7.6

7.4

7.1

6.8

6.4

-

-

-

-

 

 

Nota Pendek

Nilai P

Penilaian Item

 < 0.15 

Delta > 17

Terlalu sukar

0.84 - 0.16 

Delta 9.0 - 16.8

Sederhana

> 0.85 keatas

Delta < 9.0

Terlalu Sukar

                                           

 

 

Lampiran 2

 

Kaedah Pengiraan Indeks Kesukaran Bagi Item Struktur/Esei

 

Item

1(a)

 

1(b)

 

2(a)

 

2(b)

 

2(c)

 

3

 

4

 

Pelajar

6

4

3

3

4

10

10

1

 

 

 

 

 

 

 

2

 

 

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

 

 

4

 

 

 

 

 

 

 

5

 

 

 

 

 

 

 

6

 

 

 

 

 

 

 

7

 

 

 

 

 

 

 

8

 

 

 

 

 

 

 

9

 

 

 

 

 

 

 

10

 

 

 

 

 

 

 

J

 

 

 

 

 

 

 

B

 

 

 

 

 

 

 

Min

 

 

 

 

 

 

 

Indeks Kesukaran

 

 

 

 

 

 

 

Indeks Cuba

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1

Isikan markah bagi setiap item yang dicuba oleh calon, termasuk sifar

2

Dalam ruang J, tuliskan markah bagi setiap item

3

Dalam ruang B, tuliskan bilangan pelajar yang mencuba item

4

Dalam ruang min, hitung min skor setiap item

Min = J / Bilangan Pelajar

5

Indeks kesukaran = Min / Markah penuh Item

6

Indeks cuba = B / Bilangan sampel

            

Lampiran 4

 

Contoh pengiraan indeks diskriminasi bagi item objektif aneka pilihan menggunakan kaedah pembahagian aras prestasi pelajar

 

Bilangan Sampel = 50  Bilangan Item = 4

 

[Berdasarkan 30% kumpulan cerdas (T) dan 30% kumpulan lemah (R)]

 

 
No. Item Kunci Kumpulan A B C D O
1 C T 2 1 11 1 0
R 2 2 5 1 2
2 B T 2 10 1 1 1
R 1 10 0 2 2
3 A T 11 2 1 1 0
R 12 1 0 1 1
4 C T 0 1 1 12 1
R 0 0 5 6 4
 

 

Dengan menggunakan rumus :

                                                         

   T     -     R

T     -   R

D=___________________

atau

D=_______________

1/2 (NT + NR)

NT @ NR

dengan keadaan

 

                                              T     = bilangan pelajar dalam kumpulan cerdas yang menjawab dengan betul

                                              R     = bilangan pelajar dalam kumpulan lemah yang menjawab dengan betul

                                              NT   = jumlah pelajar dalam kumpulan cerdas

                                              NR  = jumlah pelajar dalam kumpulan lemah

 

 
Indeks diskriminasi bagi item 1    =  11 - 5 / 15   = 0.4
Indeks diskriminasi bagi item 2   =   10 - 10 / 15 = 0.0
Indeks diskriminasi bagi item 3   =  11 - 12 / 15  = - 0.067
Indeks diskriminasi bagi item 4   =  12 - 6 / 15 = 0.4
 
     

 

Selamat Mencuba

 

  "sabar lah menanti ......akan disambung kelak " selepas ini adalah Penggreddan

 

 

Banyak lagi tafsiran yang ada didalam tatacara tetapi penulis hanya menulis beberapa perkara yang dianggap penting saja sebagai panduan. Tafsiran lain-lain boleh dipohon dengan menulis kepada Pengarah Peperiksaan atau jika masih tidak boleh memulakan latihan ini , sila pohon dengan menulis kepada penulis secara rasmi, insyaallah dengan surat rasmi bolehlah kita berkongsi bersama sedikit ilmu pengetahuan,      insyaallah.

 

 ( Nota ini adalah nota panduan sahaja, bukan nota/panduan rasmi )    Kembali Ke Aacaan

 

| Keselamatan Fizikal | Keselamatan Personel  | Keselamatan Dokumen  | Keselamatan ICT  | Tafsiran |

| Koleksi Panduan | Koleksi Laporan | Kembali |

 

Dibina pada 05/28/04 dan dikemaskini pada 07/07/2011 oleh Azizi@2004