Make your own free website on Tripod.com
 

Kerja Kursus Yang Di Jalankan Di Dalam Kelas PISMP 2006

 

1. Empat domain objektif pengajaran yang ringkas adalah :

 

a) domain kognitif perkembangan pemikiran pelajar

b) domain afektif perkembangan sikap dan nilai pelajar

c) domain psikomotor perkembangan kemahiran fizikal pelajar

d) domain sosial perkembangan perhubungan sosial pelajar

 

2. Taksonomi Objektif Domain Kognitif (Bloom) (Melibatkan perkembangan intelek)

 

Penyusunan pengetahuan atau kognitif haruslah bermula dari yang senang kepada susah iaitu bermula dengan :

 

pengetahuan -> kefahaman -> aplikasi -> analisis -> sintesis -> penilaian

 

a) Domain pertama, pengetahuan atau kognitif -> mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip,   

    prosedur atau peristiwa yang berlaku

 

    Soalan yang dibina diperingkat pengetahuan tidak mengalakkan pelajar berfikir tetapi hanya 

    berlandaskan pertalian

 

    Umumnya , anda hendaklah membina soalan berasaskan apa yang diajar , harus berkait dengan

    pengetahuan tidak makruh bagi tidak disentuh semasa pengajaran

 

    Jawapan soalan boleh hanya Ya atau Tidak

 

    Perkataan yang biasa digunakan ialah Siapa, Apa, Di mana, Bila, Beri , Definisi

 

b) Domain kedua, kefahaman atau comprehension ->  keupayaan menjelaskan pengetahuan secara

    bermakna dalam bentuk tulisan, lisan atau symbol tertentu

 

    Aspek kefahaman yang dipeerlukan adalah menterjemah, menafsir dan mengekstrapolasi atau  

    membuat inferen/kaitan rujukan

 

    Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan sendiri

   

    Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan ialah huraikan, bandingkan, nyatakan, dalam

    perkataan

 

c) Domain ketiga, aplikasi atau application -> keupayaan mengunakan konsep, prinsip, teori,

    hukum, prosedur, kaedah am

 

    Sering mengunakan proses mental aplikasi

    Melibatkan mengunakan prinsip, menyelesai masalah dan dalam situasi baru

    Soalan hendaklah berkaitan dgn masalah situasi baru yg tidak sama dengan masalah yang  

    dibincang dalam bilik darjah

   

     Perkataan yang digunakan ialah gunakan, pilih, buat, kira , selesaikan

 

d) Domain kempat, analisis atau analysis bermaksud berupaya memecahkan perkara ke unsur kecil

    dan memperlihatkan keupayaan antara unsur-unsur tersebut

 

  Antara Unsur analisis adalah :

 

 Analisis unsur menentukan unsur yang terdapat dalam satu dokumen , cari bukti dari dokumen 

 untuk menyokong kesimpulan

 

 Analisis hubungan menentukan hubungan unsure dalam komunikasi , kaitan bukti, hipotesis atau 

 dengan kesimpulan

 

 Analisis prinsip mengenalpasti prinsip untuk menghasil sesuatu , mengenal pasti pendekatan artis

 menarik minat penonton

 

Soalan mengunakan proses mental analisis, samada unsur , hubungan atau prinsip

Situasi masalah adalah baru, tidak biasa atau berbeza dengan situasi masa pengajaran

Situasi, dokumen atau bahan yg hendak dianalisis hendaklah ada pada pelajar

Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari

 

Perkataan yang kerap digunakan ialah mengapa, kenapa, apakah faktor, rumuskan, buktikan

 

e) Domain kelima, sintesis atau synthesis bermaksud mengabungkan unsur dan bahagian supaya lebih berstruktur, tersusun

 

    Sintesis ada tiga :

 

    Sintesis penyampaian hasilkan penyampaian seperti menghiburkan, huraikan, menarik minat,  

                                      menyampai hujah dengan baik  dalam perbahasan

   

    Sintesis himpunan hasilkan sesuatu perlakuan, dapat menyusun kandungan pelajaran untuk  

                                 persediaan peperiksaan

   

    Sintesis cadangan hasilkan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak,   

                                mengemukakan teori dalam pelajaran  dan pengajaran

 

    Soalan sesuai dengan proses mental sintesis

    Situasi hendaklah baru atau hendaklah berbeza dengan semasa pengajaran

    Kebebasan untuk menjawab samada dari segi isi atau masa

    Hasil dinilai oleh pembaca atau pemerhati

    Soalan tidak perlu terperinci kerana membataskan kreativiti

 

    Perkataan yang kerap digunakan ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan berlaku

 

f)  Domain ke enam, penilaian atau evaluation bermaksud keupayaan menilai sesuatu berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar. 

 

Soalan menguji proses mental diperingkat penilaian

Sitiuasi hendaklah baru dan tidak pernah disentuh ketika pelajaran

Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar

Soalan berdasarkan apa yang hendaklah dinilai, arahan tindak balas, criteria yang digunakan

 

Perkataan yang biasa digunakan adalah pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan

 

  1. Objektif Domain Afektif  Bloom (Melibatkan perkembangan sikap dan nilai)

 

Mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat , sikap, penghargaan dan nilai

Dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada paling rendah kepada yang paling tinggi

 

   Tinggi ----------------------------------------------------------------------------Rendah

 Perwatakan     ->   Organisasi    ->   Penilaian    ->    Gerakbalas     ->  Penerimaan

 

Penerimaan - kesediaan menerima sesuatu yang ingin disampaikan

                  - contoh lepas dengar muzik pelajar akan menyanyi

 

Gerakbalas - bertindak terhadap rangsangan yang diberi

                  - contoh jika diberi pujian apa yang akan diperolehi

 

Penilaian    - memahami nilai sesuatu perbuatan

 

Organisasi - dapat menyusun semula nilai yang diterima dan menghasil sesuatu yang praktikal

 

Perwatakan - mematuhi sesuatu nilai dan sanggup mengamalkan untuk amalan

 

 

3. Objektif Domain Psikomotor (Melibatkan perkembangan kemahiran dan kebolehan fizikal)

 

Kemahiran yang berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal

Tujuh peringkat atau heirarki dari mudah ke senang

 

Persepsi - memerhati sesuatu pergerakan kemudian mengikut pergerakan

Persediaan - bersedia dari segi mental , emosi dan fizikal

Pergerakan Terkawal - biasanya meniru atau mencontohi pergerakan awal

Pergerakan Mekanistik - melakukan sesuatu pergerakan yang dipelajari secara mahir dan yakin

Pergerakan Kompleks - melakukan pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin

Pergerakan Suaian - melakukan pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan

Pergerakan Ciptaan - melakukan pergerakan baru secara cekap dan licin

 

  1. Objektif Domain Sosial (Melibatkan Perkembangan hubungan/tingkahlaku sosial)

     Sering ditinggalkan dan tidak diberi tumpuan. Dettmer mencadangkan satu domain khusus untuk 

     hubungan dan tingkah laku sosial . Lapan peringkat objektif iaitu :

i) Berhubung - membuat perhubungan dengan menunjuk tingkah laku seperti eye contact
ii) Berkomunikasi - cuba berkomunikasi , memberi atau menerima mesej
iii) Melibatkan Diri - mengambil bahagian didalam sesuatu aktiviti
iv) Berunding - membuat perbincangan didalam kumpulan
v) Bekerjasama - memberi kerjasama dengan kumpulan
vi) Menghakim - bertindak mendamaikan keadaan dan membuat keputusan
vii) Memulakan - memulakan sesuatu yang baru walaupun berisiko
viii) Menukar - berupaya menukarkan keadaan kepada yang baru

 
 
Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini 
 Page Created 1 Mac 2006 and last updated on 07 Aug 2010 by Pengendali@ 2006