Make your own free website on Tripod.com
 

Pembinaan Item Ujian

 

Jadual Penentuan Ujian

 

Membantu untuk memilih jenis ujian/item soalan

 

Dua jenis item ujian bertulis iaitu

 

item objektif (memilih jawapan yang betul atau melengkapkan ayat, item betul salah, aneka pilihan padanan atau pelengkap) dan

 

item subjektif (menggubal jawapan sendiri, item berjawapan pendek, sederhana atau panjang; item jawapan terbuka atau item berkaitan penyelesaian masalah)

 

 

 

Jadual Penentuan Ujian

 

Konsep pencapaian dipecahkan kepada pengetahuan dan kemahiran (Haladyna,1977)

 

Penggubalan kertas ujian perlu mengikut spesifikasi

 

Ujian yang hendak ditadbir hendaklah mewakili seluruh sukatan pelajaran yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap

 

Ujian yang dijalankan hendaklah mengunakan soalan relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran

 

 

 

Proses Jadual Penentuan Ujian

 

a)      Penyediaan JPU

b)      Pembinaan item ujian

c)      Membuat ujian rintis

d)      Memurnikan item ujian

e)      Dinilai ahli matapelajaran

 

Membantu memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan dan pengukuran adil (Hale, 1980)

 

 

 

Penyediaan JPU

 

Carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran

 

Lajur carta menyenarai objektif pengajaran dan kandungan pengajaran

Baris carta menyenarai konsep utama yang diajar dan ingin diukur

 

JPU menjadi panduan mengenai apa yang perlu diajar dan objektif yang perlu dicapai

JPU menjadi panduan untuk pembinaan item ujian merangkumi kandungan pengajaran dari awal hingga akhir

 

JPU harus dibina seawal mungkin ; sebelum memulakan pengajaran

 

 

Kepentingan JPU

 

Kertas ujian dapat dibina secara sistematik

Kesahan terjamin

Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang

Meliputi keseluruhan matapelajaran

Aras kesukaran kekal setiap tahun (walau dibina pembina lain)

 

 

Langkah Penyediaan Item Ujian

 

1)      Menyediakan JPU (rujuk nota awal)

 

2)      Menulis item ujian

 

Prinsip-prinsip :

 

Arahan hendaklah ringkas dan mudah difahami

Arahan jawapan hendaklah jelas

Guna bahasa yang mudah dan jelas

Bina item yang jawapannya berkaitan spesifik pengetahuan/kemahiran

Nyatakan unit dan ketepatan ukuran

  

3)      Menyemak item ujian

 

Prinsip-prinsip :

 

Arahan menjawab setiap bahagian/soalan adalah tepat dan mudah

Item ditulis dengan bahasa mudah difaham dan maklumat dan kehendak soalan hendaklah jelas dan mencukupi

Item dibina mencukupi dan seimbang dari sei kandungan dan objektif pengajaran

Item dibina tidak mengandungi petanda (clue)

 

4)      Menilai item ujian

 

Prinsip-prinsip :

 

Arahan menjawab dan bahasa adalah mudah

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan

Soalan dibina mencukupi dan seimbang

Jawapan yang diberi mengikut kehendak soalan dan dalam masa yang diperuntukkan

 

5)      Membuat kajian rintis terhadap item

 

Keperluan :

 

Arahan menjawab dan bahasa difahami dan tiada kesilapan

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan

Tiada soalan terkeluar dari objektif

Soalan dijawab mengikut dan sesuai dengan masa

 

 

 

 

 

Membina Item Objektif

 

Mempunyai tiga (3) bahagian :

 

1)      Stimulus (peransang)

 

Maklumat khusus soalan didasarkan, berbentuk grafik, teks, jadual atau perbuatan

 

2)      Stem (badan)

 

Mengandungi tugasan dan berbentuk ayat lengkap , ayat tidak lengkap atau soalan

 

3)      Jawapan pilihan

 

Mengandungi jawapan pilihan , berbentuk angka, symbol, frasa, gambarajah atau jadual

 

 

Dikatakan sukar dibina dan sukar dijawab tapi mudah diperiksa (mudah mengunakan OMR) , perlu dijawab dengan tepat

 

Sembilan (9) prinsip yang terkandung :

 

Arahan hendaklah jelas dgn jawapan tepat dan betul atau terbaik

Soalan dan jawapan hendaklah padat, jelas, dan tidak membuang masa

Elak perkataan berulang

Jawapan pilihan hendaklah menarik agar munasabah

Taburan jawapan secara rawak (tidak mengikut system)

Jawapan pilihan ditulis sama panjang

Jawapan “berbentuk semua diatas/tiada satu diatas”dikurangkan

Aras kesukaran perlu setara atau sama

Jawapan pilihan boleh disusun ikut abjad, nilai nombor atau tahu atau mengikut susunan

 

 

 

 

Membina Item Betul-Salah

 

Mempunyai tiga (3) bahagian :

 

1)      stimulus

2)      pernyataan dan

3)      jawapan pilihan

 

sesuai untuk untuk menguji fakta

 

Lapan  (8) prinsip yang terkandung :

 

Arahan hendaklah jelas dgn penandaan yang jawapan tepat dan betul atau terbaik

Pernyataan soalan ditulis dengan padat, jelas, dan tidak membuang masa

Aras kesukaran perlu setara atau sama

Soalan hendaklah pernyataan jelas betul jelas salah

Pernyataan hendaklah sama panjang

Elak soalan penekaan

Sediakan pernyataan sama bilangan

Taburan jawapan hendaklah sama banyak

 

 

 

 

Membina Item Mengisi Ruang Kosong

 

Mempunyai dua (2) bahagian :

 

Sesuai untuk menguji fakta dengan jawapan pendek dan tepat

 

Enam  (6) prinsip yang terkandung :

 

Arahan hendaklah jelas dgn jawapan perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau kertas jawapan

Pernyataan hendaklah dituli secara padat, jelas dan tidak berbunga

Aras kesukaran yang setara

Perkataan yang dikosongkan terdiri drpd perkataan penting

Elakkan drpd meninggalkan terlalu banyak ruang kosong

Ruang kosong hendaklah ditempatkan dipenghujung pernyataan

 

 

 

 

Membina Item Padanan

 

Perlu dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan (mungkin perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan

 

Mempunyai enam (6) prinsip :

 

Arahan hendaklah jelas dengan padanan

Padanan hendaklah padat, jelas dan tidak berbunga

Aras kesukaran yang setara

Pernyataan mempunyai perkaitan dengan tepat

Elakkan terlalu banyak perkataan

Bilangan maksimum padanan adalah 5 sahaja

 

 

 

 

 

Membina Item Subjektif

 

Adalah item jawapan terbuka , jawapan tidak spesifik, membenarkan objektiviti.

 

Mempamerkan kedalaman pengetahuan. Sesuai mengukur tahap kognitif tinggi , mengukur penguasaan menganalisis , mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan yang perlu kemahiran berfikir

 

Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menjawab secara kreatif , jawapan boleh panjang atau pendek

 

Mempunyai tujuh (7) prinsip :

 

Semakan perlu menepati  sukatan pelajaran dan objektif pengajaran

Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan , menjawab diatas kertas soalan atau kertas jawapan

Item hendaklah padat , jelas dan direct

Aras kesukaran yang setara dengan markah yang sama

Soalan boleh dibayangi pelajar dengan berupaya merangka struktur jawapan

Tentukan markah yang akan diberi bagi tujuan penyediaan skema

Gunakan banyak soalan berjawapan pendek (1/2 m/s dari 2-3 m/s)

 

 

 

 

 

Kata Tugas Item Subjektif

 

Satu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan

 

 

Kata Tugas

Jawapan Yang Di Harapkan

Analisiskan

Pernyataan terperinci tentang aspek atau perkara yang dikatakan

Anggarkan

Memberi nilai kuantitatif yang sesuai

Apakah

Meberi maklumat yang khusus

Bagaimanakah

Memberi penerangan

Bandingkan

Menyatakan persamaan dan perbezaan

Berapakah

Memberi kuantiti

Bezakan

Menyatakan kelainan

Bilakah

Menyatakan masa

Binakan

Membuat sesuatu

Bincangkan

Memberi penerangan

 

 

 

 

 

Pembinaan Item Berjawapan Pendek

 

Memerlukan jawapan yang pendek dengan peluang menyampaikan pendapat, pandangan, hujah atau idea sendiri Sesuai mengukur pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan penyelesaian. Perlu menyediakan skema jawapan

 

 

 

 

Pembinaan Item Berjawapan Terbuka

 

Membenarkan jawapan terancang dan memberi jawapan secara bebas , mengundang pelbagai kemungkinan jawapan.  Item yang sesuai mengukur konstruk, memerlukan kemahiran intrepretasi, selesaikan masalah dan membuat keputusan yang membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif

 

Walaupun item ini sukar dijawab dan diperiksa, ianya mempunyai kekuatan dengan mengalakkan pelajar :

 

Menerokai pelbagai cara atau pendekatan menyelesaikan masalah

Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea

Mempamerkan jawapan asli

Mengabungkan pengetahua, idea dan maklumat

Mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea

 

Kekangan :

 

Memerlukan pemeriksan terlatih

Masa yang panjang unuk memeriksa jawapan

Masa yang panjang untuk pelajar menjawab

Pelajar perlu menulis dengan jelas dan readable

 

 

  

 

Kelebihan dan Kekangan Item Objektif

 

Kekuatan Item Objektif

Kelemahan Item Objektif

Persampelan kandungan yang luas

Sukar membina item, terutama aras tinggi

Dapat diperiksa secara objektif

Mengalakkan tekaan

Dapat diperiksa dengan mesin

 

Cepat dan mudah diperiksa

 

 

 

Persampelan yang luas bagi ujian yang mengunakan item objektif  -> kesahan ujian yang tinggi

 

Kelebihan dan Kekangan Item Subjektif

 

Kekuatan Item Subjektif

Kelemahan Item Subjektif

Keupayaan mengukur objektif pengajaran pada peringkat tinggi

Persampelan kandungan yang kecil

Mengelah tekaan

Susah dan lambat diperiksa

Item mudah dibina

Tidak dapat diperiksa secara objektif

 

Tidak dapat diperiksa oleh mesin

 

 

 

 Ringkasan Perbezaan Jenis-Jenis Item Ujian

 

Jenis Item

Kelebihan

Kekangan

Aneka Pilihan

Boleh mengukur semua jenis kebolehan

Sample meluas

Cepat dan mudah diperiksa

Diperiksa secara objektif

Sukar membina item yang baik/tinggi

Menggalakkan tekaan

Padanan

Sample meluas

Kurang masa pembacaan

Diperiksa secara objektif

Tidak sesuai untuk item aras tinggi

Menguji ingatan mudah

Betul-Salah

Sample meluas

Diperiksa secara objektif

Menggalakkan tekaan

Sukar membina item yang baik/tinggi

 

Mengisi Tempat Kosong

Sample meluas

Diperiksa secara objektif

Kurang tekaan

Tidak sesuai untuk item aras tinggi

Menguji ingatan mudah

Jawapan Pendek

Mengurangkan tekaan

Mudah dan cepat dibina

Sample meluas

Mengukur kebolehan tahap rendah

Tidak boleh diperiksa mesin

Pemeriksaan berpandu pertimbangan

Esei

Mudah dan cepat dibina

Kurangkan tekaan

Menguji tahap tinggi

Bilangan item terhad

Mengambil masa pemeriksaan

Keboehpercayaan item  agk rendah

 

 

 

Latihan 1

 

  1. Jelaskan apa yang terdapat dalam sel Jadual Penentuan Ujian
  2. Senaraikan dua (2) kepentingan Jadual Penentuan Ujian
  3. Jelaskan maksud item objektif
  4. Apakah perkaitan kesahan dengan persampelan solan

 

Latihan 2

 

  1. Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek
  2. Berikan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini
  3. Berikan contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini
 
 
Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini 
 Page Created 1 Mac 2006 and last updated on 06 Aug 2010 by Pengendali@ 2006