HAK
ASASI KANAK-KANAK
Kanak-kanak mudah dipengaruhi,
memerlukan jagaan dan perlindungan khas
terutamanya perlindungan oleh keluarga, perlindungan undang-undang dan
perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia juga sekali lagi mengesahkan
keperluan bagi Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat
kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak, Merupakan satu peranan yang amat penting
bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak. Berdasarkan Konvensyen Hak
Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November
1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang
berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam
Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa
tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan
setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak- kanak.
Kewujudan
dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk
hidup, dan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan
perkembangan kanak-kanak itu.
PERKARA 18
1.
Negara-Negara
Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan
pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua
ibu bapa mempunyai tanggungjawab
bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.
Ibu bapa atau, mengikut
mana-mana
yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai
tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.
Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi
perhatian asas.
Tanggungjawab ibu bapa
1. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara hendaklah
menyokong mereka
dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.
2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang
dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi
bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang
dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan
kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil
segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa
yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan
jagaan anak yang mereka layak.
PERKARA 27
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak
tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan
fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.
Taraf hidup
1. Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak
kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental,
kerohanian,
kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak
mempunyai taraf hidup
yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab
ini boleh dilaksanakan.
Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material
kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.
2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain
yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama
untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan
hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak
itu.
3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara
dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi
kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan
hendaklah, jika diperlukan,
memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya berhubungan
dengan
pemakanan, pakaian dan perumahan.
4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil
segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali
nafkah
untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak
itu, baik dalam Negara Pihak dan
dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab
kewangan terhadap
kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan
daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah
menggalakkan
kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian,
serta membuat perkiraan lain yang
sewajarnya.
PERKARA 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak
kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara
berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah,
secara khususnya:
(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan
dan diadakan secara percuma kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan
pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan
vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap
kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan
pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan
tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang
sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat
pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua
kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah
untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar
keciciran.
Pendidikan
1. Kanak-kanak mempunyai hak
kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan
utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk
yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan
pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin
sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara
hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak
ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil
segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah
ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan
dengan menepati Konvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan
dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan
dengan
pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian
kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan
memudahkan akses kepada
pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden.
Dalam hal ini,
perhatian yang
khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara
membangun.
PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah
dihalatujukan kepada:
· Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental
dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;
· Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan
kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
· Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak,
identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan
negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal,
dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;
· Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab
dalam masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan,
toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang,
kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk
asli;
· Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semula jadi.
Matlamat
pendidikan
1. Pendidikan hendaklah mempunyai
matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan
fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan
hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam
masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak,
identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang
kebudayaan dan nilai orang lain.
2. Tiada bahagian dalam perkara ini atau
perkara 28 boleh ditafsirkan sebagai mengganggu kebebasan individu dan badan
untuk mewujudkan dan mengarahkan institusi pendidikan tertakluk sentiasa
kepada pematuhan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam perenggan 1 perkara
ini dan kepada keperluan bahawa pendidikan diberikan di institusi sedemikian
hendaklah mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh Negara.
Hak Asasi Kanak-kanak di Malaysia
Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada
kanak-kanak, termasuk institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan
kesedaran umum yang semakin meningkat.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan
kesejahteraan kanak-kanaknya, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan
menandatangani Konvensyen-konvensyen yang berikut:
-
Konvensyen Hak Asasi
Kanak-kanak : 19 Mac 1995
-
Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi
terhadap Wanita: 4 Ogos 1995
-
Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur
minimum untuk diambil bekerja) : 1997
-
Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk
buruh kanak-kanak yang paling teruk): 10 November 2000
-
Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional
: 26 September 2002 (ditandatangani)
Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang
perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk
membentuk Akta
Kanak-kanak 2001* (Child Act 2001) yang menjadikan
laporan penganiayaan kanak-kanak mandatori.
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak
telah diterima dengan rasminya oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu yang
ke - 44 pada 20 November 1989 secara konsensus. Pada 26 Januari 1990,
Konvensi itu telah dibuka untuk ditandatangani ketika menyambut ulang tahun ke-30 Deklarasi
Hak-hak Anak (1959-1989) dan ulang tahun ke 10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-1989).
Konvensi mengenai Hak Anak telah dikuatkuasakan pada 2 September 1990
selepas 30 hari ianya diiktiraf oleh 20 negara.
Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen
mengenai Hak Kanak-kanak pada 28.12.94 dan telah guna pakai pada 7.2.95
akan tetapi Kerajaan Malaysia telah membuat reservasi terhadap fasal
1,2,7,13,14,15,22,28,37,40 kerana bertentangan dengan dasar,
undang-undang dan amalan nasional. Tetapi reservasi-reservasi tersebut
akan ditarik balik pada keadaan dan masa yang sesuai oleh kerajaan
Malaysia.
Pada 25.2.99 Kerajaan telah menarik balik beberapa
reservasi dan masih lagi mengadakan reservasi bagi fasal 1,2,7,13,14,
15,28 para 1(a) dan fasal 37.
Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-kanak mendorong Kerajaan supaya lebih bertanggungjawab untuk
kesejahteraan kanak-kanak sebagai mengiktiraf hak mereka. Konvensi itu
juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan
orang dewasa.
Konvensyen tersebut mengandungi tiga bahagian dan 54 artikel yang
disusun seperti berikut:
Bahagian I:
41 artikel mengenai hak kanak-kanak.
Bahagian II:
4 artikel mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan Konvensyen serta
implikasi bagi negara-negara
anggota.
Bahagian III:
9 artikel mengenai pengiktirafan konvensyen dan implikasinya.
Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun
mempunyai hak seperti:
-
Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan
pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih
sayang dalam suasana kekeluargaan.
Untuk mendapat identiti sebagai
individu dan warganegara.
Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam
hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam
keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.
Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan
dari keperluan orang dewasa dengan mengambil kira keperluan seperti:
-
Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanak-kanak.
-
Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak.
-
Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya, kepercayaan atau agama, keluarganya.
-
Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan keluarga ganti
/ pelihara.
Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak.
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (AKTA 308)
PROSEDUR
PENDAFTARAN TASKA
Baru/Pendaftaran
Semula
-
Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan
TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang
Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM
- Pemohon
mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
- Pemohon
mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis
Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan
Kesihatan
- Pemohon
mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran
beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Permohonan
disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
- Permohonan
dikemukakan ke JKMN
- Permohonan
disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN
- Permohonan
dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
- Permohonan
diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya
- Perakuan
Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan
NOTA:
-
PKMD: Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah
-
JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
-
JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)
Prosedur Pendaftaran
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)
-
Menerima
permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.
- Mendapatkan
kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah
untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan
dan kelulusan.
- Sebagai Pegawai
Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa
premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak
untuk tujuan menjamin bahawa:
-
kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau
pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;
-
daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah
diselenggarakan dengan sempurna;
-
alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
-
struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
-
pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau
apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan
kanak-kanak yang diasuh dalamnya".
HUKUMAN KE ATAS TASKA YANG TIDAK
BERDAFTAR
Mereka
yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000.
Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh
didenda tidak melebihi RM2,000.00.
Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) PRA SEKOLAH
Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada
murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan
potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran
asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah
rendah.
Latar Belakang
18 Disember 1991
KPM melaksanakan program
prasekolah.
27 Januari 1992
Akta Pendidikan 1996
6 Jun 2001
Kriteria Pemilihan Sekolah
a) Lokasi Pedalaman/Luar Bandar/Pinggir
Bandar/Bandar.
b) Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah Tinggi.
c) Tiada Operator Tadika Lain.
d) Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun Satu bagi
tahun berikutnya (>15 orang).
e) Kemudahan Ubah Suai/Bina Bilik Darjah.
f) Permintaan Masyarakat Setempat.

Kriteria Pemilihan Murid
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur 5 dan 5+ tahun.
c) Setiap kelas 25 orang murid.
d) Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan
tanggungan ibu bapa / penjaga.
Geran Per Kapita (PCG)
RM100 seorang murid setahun
RM100 X 25 murid X 1 kelas
Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun
Bantuan Makanan
RM1.50 seorang murid sehari
RM1.50 X 1 murid X 200 hari
Jumlah : RM300 seorang murid setahun
Program-Program Prasekolah KPM
a) Program ICT Prasekolah (KPM) Mulai 2002
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)
b) Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) Mulai
2001
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 1 set bagi kelas prasekolah yang terpilih)
Sehingga Februari 2004 . KPM terima 59 set daripada
IBM (M) Sdn Bhd
c) Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas
Mulai 2003 . 3 kelas
( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)
-
SK Seksyen 20, Shah
Alam, Selangor.
-
SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
-
SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.
d) Program Prasekolah Pendidikan Khas Mulai 2004 . 28
kelas
-
Prasekolah Bermasalah
Pembelajaran
-
Prasekolah Bermasalah Penglihatan
-
Prasekolah Bermasalah Pendengaran
e) Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah Mulai
2004
Sumber Maklumat:
i) Kementerian Pelajaran Malaysia
ii)
Tatacara Pra-Sekolah Swasta
|