Apa itu
Refleksi
?
Penyatuan persembahan
portfolio anda adalah
proses refleksi.
Refleksi bukanlah
satu tambahan ('add-on')
kepada proses
pembelajaran anda,
portfolio atau amalan
pengajaran. Refleksi
yang baik
akan membolehkan
proses kesedaran kendiri,
perkembangan diri
dan perkembangan
profesional serta
mempertingkatkan amalan
pengajaran.
Refleksi boleh
dijalankan secara
individu atau
secara berkumpulan,
Anda akan
berpeluang untuk
berkongsi pengalaman
pengajaran anda
dengan orang lain
dan akan
mendapati penerimaan
kefahaman yang berbeza
dalam perkembangan
anda sebagai
seorang pendidik.
Oleh itu,
refleksi kendiri
dan dialog atau
perbincangan dengan
rakan sekerja
akan membolehkan
anda
mendapatkan :
1. bagaimana
dan kenapa
anda berfikir
mengenai diri
anda sebagai guru,
pengajaran dan
pentaksiran
2. apakah
tindakan yang diambil
oleh anda,
apa kah
pilihan yang telah
anda tetapkan
3. apakah
maksud dan
pilihan tindakan anda
4. apakah
pengajaran dan
pengembangan yang telah
berlaku
5. bagaimanakah
anda boleh
menukarkan amalan
anda dimasa hadapan
6. apakah yang
anda percaya
mengenai nilai
sosial pendidikan
7. apakah yang
anda percaya
mengenai peranan
anda sebagai
seorang yang profesional
dalam bidang
pendidikan
Apakah tujuan
refleksi
?
Anda akan
menerangkan dapatan yang
diperolehi dari
kerja kursus
dan pengalaman
anda. Refleksi
boleh dikatakan
sebagai pengumpulan
dan pengingatan
semula kejadian
dan aktiviti yang
telah lepas
, ia adalah
pengingatan mengenai
kepercayaan anda. Dewey
(1933) menyatakan
"reflection thus implies that something is believed
in (or disbelieved in), not on its own direct account, but through something
else which stands as witness, evidence, proof, voucher, warrant; that is, as
ground of belief." .
Mengikut
Dewey, pemikiran reflektif
mengandungi dua
bahagian: satu
keadaan tentang
kesangsian dan
pencarian untuk
mengatasi kesangsian.
PANDUAN MENULIS REFLEKSI
Salah satu tujuan anda
menulis refleksi adalah untuk membolehkan
anda memperlihatkan pengalaman, menyatukan pengajaran dan memastikan ianya relevan dengan tujuan anda, Kebiasaannya
anda mungkin mempunyai topik spesifik untuk ditulis atau
dimulakan dengan mengunakan kenyataan terbuka (open-ended ). Ini membolehkan anda memberi
fokus dan perhatian mengenai sesuatu aspek tertentu
atau pengalaman mengenai aspek tersebut. Bagaimana pun, selepas anda memulakan
penulisan tersebut anda mungkin ingin menerangkannya
dengan lebih mendalam atau pun menulis mengenai topik yang lain.
Mungkin juga anda ingin
menentukan apakah yang menarik dan penting
bagi anda.
Apabila anda menulis, anda hendaklah mengambil kira …
___ penonton atau pembaca sebagai
penasihat, instruktor atau rakan kuliah
anda.
___ refleksi bukan lah sama dengan
ringkasan. Anda hanya meringkaskan kandungan bahan atau pengalaman anda jika perlu
bagi pembaca untuk memahami apa yang cuba anda tuliskan dan
juga terhadap komen yang anda cuba nyatakan.
___ anda
seharusnya menulis secara lebih mendalam.
Panjang sesuatu penulisan refleksi bukan sahaja bergantung
kepada tajuk atau topik, jumlah
bahan atau panjangnya pengalaman yang cuba
disampaikan, tetapi turut diambil kira
adalah sejauh manakah penyatuan idea dan hubungkaitannya dengan bahan dan
pengalaman yang cuba disampaikan.
Kerapkali, pelajar akan bertanya kepada
instruktor atau penasihat apakah yang di “inginkan” atau
di “mahukan” dalam “refleksi”. Walaupun kandungan refleksi adalah berdasarkan kepada apa yang anda
fikir dan bagaimana anda menyatukan idea, ia memerlukan pandangan yang mendalam, kaitan yang bermakna, bukti kefahaman dan penyatuan
idea yang meluas. Terdapat banyak cara untuk
menyatakan kriteria-kriteria
tersebut, tetapi bagi yang berminat untuk mengetahui bimbingan lebih lanjut, untuk corak
penulisan yang baik – yang sesuai untuk semua
adalah...
___ meringkaskan dan memadatkan kefahaman anda dengan ayat anda
sendiri,
___ menyokong perspektif anda dengan contoh-contoh
berdasarkan pengalaman anda,
___ setuju atau tidak setuju – sokong dengan bukti,
___ keraguan atau persoalan sebarang elemen atau kesimpulan,
___ huraikan kesimpulan anda dengan gata
tersendiri,
___ kenalpasti dan persoalkan soalan yang berikutnya.
Bukanlah menjadi kemestian untuk menyenaraikan kesemuanya bila menulis sesuatu refleksi; bagaimana pun, refleksi anda hendaklah
menerangkan dengan mendalam pembelajaran anda dan keperluan
yang menyeluruh bagi anda dan pembaca
anda melakarkan atau membayangkan gambaran yang sebenar.
Pengendali@2006
Jun 17, 2008
Sumber
:
For Preservice and Inservice
Art Teachers
Authored by: Sheri Klein, UW-Stout and William Chandler, UW-Whitewater
http://www.uwstout.edu/art/artedportfolios/reflect...