2.0            Falsafah Pendidikan Islam

 

2.1              Falsafah Islam

 

Berdasarkan kepada pengajaran Islam yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terunggul yang juga merupakan seorang saintis, pakar perubatan dan ketua hakim (Qadi) dan Khalifah di Andalusia (Sepanyol) pada abad ke 12 adalah Ibnu Rashid atau Averroes.  Beliau berasal dari  keluarga intelek yang dihormati, sementara bapa dan datuknya adalah Hakim. Sangat berpengaruh dalam fahaman barat dan berpendapat agama dan falsafah adalah saling melengkapi.

 

Falsafah Islam menerangkan pertalian manusia dengan Penciptanya (Allah s.w.t), antara manusia dan manusia dan manusia dan persekitarannya. Ibnu Rushd, berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kawalan terhadap suratan takdirnya dan tidak juga ditentukan sepenuhnya oleh manusia.

 

2.1.1                    Pendidikan Islam

 

Ibnu Rushd menyatakan Islam bertujuan mendapatkan ilmu sebenar yang didefinisikan sebagai ilmu Tuhan dan ciptaanya termasuk pengetahuan tentang cara mencapai kepuasan dalam dunia ini dan bagaimana untuk mengelak daripada kesengsaraan diakhirat nanti.

 

Pendidikan Islam mendidik dan melatih minda manusia , fizikal, rohani dan emosinya. Melalui proses wahyu (Al-Quran), amalan Nabi Muhammad s.a.w. (sunnah) dan para sahabatnya, pengalaman salaf al-salih serta pendidik-pendidik yang ternama, Pendidikan Islam adalah satu proses membimbing pendidik untuk membentuk murid berdasarkan pengajaran Islam.

 

Bagi Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan amalan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membekalkan manusia dengan pengalaman dan ilmu yang mencakupi supaya ia tahu siapa dirinya serta peranan dan tanggungjawabnya sebagai suruhan Tuhan dan sebagai Khalifah (pemimpin) untuk memelihara dan memajukan  dunia.

 

2.1.2       Tujuan dan Matlamat Pendidikan Islam

 

Matlamat pendidikan Islam ialah untuk membentuk manusia supaya menjadi orang yang cintakan Allah dan Rasul-Rasulnya dan boleh menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah didunia ini. Orang yang sebegini adalah orang yang percayakan Allah, berpengetahuan, mempunyai ciri-ciri dan perawakan yang baik, melakukan kebajikan. Ia sentiasa berusaha untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan, sikap, pandangan hidup dan kemahiran  untuk menjadi hamba kepada Allah dan Khalifah yang beramanah untuk membentuk individu, masyarakat, persekitaran dan negara untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat kelak.

 

Oleh itu, pendidikan Islam adalah untuk mendidik murid supaya:

-bertingkah laku baik

-mencapai kesempurnaan rohani

-melakukan kebajikan

-mengamalkan budaya halus

-membiasakan diri dengan kebersihan, keikhlasan dan amalan baik

 

Islam ialah satu ad-Diin (cara hidup) dan pengajaran dan amalan Islam adalah berasaskan  kepada falsafah pendidikan Islam.

 

2.1.3       Falsafah Pendidikan Islam

 

”sesiapa yang belajar tentang anatomi akan meningkatkan lagi kesetiaannya kepada keagungan dan keunggulan Tuhan yang maha kuasa” kata Ibnu Rushd. Ini mengimbaskan kembali pemikiran disebalik falsafah pendidikan Islam. Seseorang itu dianggap berpendidikan apabila yang dipelajari mmperkukuhkan kesetiaannya terhadap Penciptanya.

 

Falsafah pendidikan Islam adalah berdasarkan kepada pengajaran Islam atau wahyu. Mengikut Ibu Rushd, minda adalah alat muktamad untuk mendapatkan ilmu. Allah telah mencipta minda bagi membolehkan individu membuat penaakulan tentang kewujudanNya dan menaakul tentang perkara-perkara di dunia ini. Beliau juga menyatakan bahawa kesempurnaan mental dan emosi akan hanya dicapai apabila manusia cinta dan patuh kepada Allah.

 

 

Falsafah Asas | Falsafah Barat | Falsafah Islam | Falsafah Pendidikan Malaysia | Rumusan | Kembali

Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
                        
 

Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada 14 Apr 2011  oleh Pengendali@2006